Sunday, August 14, 2005

Sokong Keng Yaik !

Sumber: Mingguan Malaysia

Lupakan formula kontrak sosial antara kaum - Keng Yaik

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.

Keng Yaik menegaskan, formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India merasa kecil hati.

``Oleh itu perubahan paradigma diperlukan memandangkan perkongsian kuasa sekarang tidak berasaskan kepada perkongsian sebenar.

``Parti-parti politik perlu mengkaji semula kaitan dan kesan dasar-dasar berdasarkan pendekatan berpaksikan kaum yang disukai oleh kumpulan populis,'' katanya.

read more…]

Bangsa Malaysia kekalkan identiti
Agenda Nasional Baru `Langkah Terakhir' Bagi Persaingan Adil

Aku sepatutnya menghadiri konvensyen ini, namun disebabkan tidak mendapat cuti maka terpaksalah dilupakan sahaja. Kepada sesiapa yang menghadiri konvensyen ini dan mempunyai material lebih, sila e-mel kepada zulhabri@gmail.com

No comments: