Monday, August 15, 2005

Jom tonton Gol & Gincu!


Gambar dari laman Gol & Gincu

Sumber; Blog Nizam Zakaria

Jika anda perlu membuat pilihan samada untuk menonton Ungu Violet atau Gol & Gincu , pastikan anda tonton Gol & Gincu. Gol & Gincu adalah sebuah filem yang menghiburkan yang diwarnai dengan persoalan-persoalan berat yang akan membuat kita berfikir. Elakkan dari menonton filem seperti Gila-Gila Pengantin Popular SAMA SEKALI. Anda boleh melakukan sesuatu untuk melestarikan lagi industri filem kita dengan hanya menyokong filem-filem bermutu dan memberi mesej kepada taukeh-taukeh filem bahawa kita tidak mahu disogokkan lagi dengan filem-filem sampah! Bersama-sama kita pasti akan dapat melakukannya! (anda juga boleh melakukan sesuatu dengan merekomenkan filem Gol & Gincu di laman/blog anda sendiri!)

Baca ulasan filem Gol & Gincu di laman Sultanmuzaffar, Afdlin Shauki, Midnight Lily's, Suani, Jaime, Jeff Ooi dan Danny Foo.

P/S: aku sudah menonton kedua-dua filem ini sekali kerana aku tidak mampu untuk mengenepikan sama sekali filem lakonan Dian Sastro. Namun begitu aku memilih menonton GNG terlebih dahulu sebelum diikuti dengan Ungu Violet. Jika ingin benar menonton Gila-Gila Pengantin Popular, silakanlah kerana itu adalah hak masing-masing tetapi jika boleh tangguhkanlah sehingga tayangan di hari raya atau terjumpa vcd yang dibeli oleh rakan atau saudara mara.

No comments: