Bangga sebagai rakyat Malaysia
Sumber; Utusan Malaysia
Gerak sepenuh tenaga -- Malaysia mesti hadapi apa jua cabaran ke arah jadi negara maju 2020 - PM
Pakar tertarik guna `kejutan positif' majukan negara
Kesungguhan Malaysia dikagumi
Menjadi rakyat Malaysia merupakan suatu kebanggaan walaupun masih begitu banyak ruang yang negara dan rakyat perlu perbaiki dan pertingkatkan. Membuat bising dan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku di negara ini tidak menjadikan aku merasa sakit dan menyampah terhadap Malaysia.
Itu sudah tentu kerana negara dan kerajaan adalah dua entiti yang berasingan. Namun itu tidak bermakna pula aku tidak bersyukur kepada pimpinan kerajaan yang sejak dari merdeka diketuai oleh Barsian Nasional (dahulu Perikatan). Pelaksanaan dasar yang cemerlang dan sikap pemimpin yang memandang ke hadapan dan progresif seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir amat menyumbang kepada pembinaan negara ini.
Walaupun di dalam proses itu terdapat banyak sisi negatif seperti diskriminasi kaum, rasuah, hak asasi disekat, penindasan terhadap rakyat marginal dan banyak lagi yang mana kita harus perjuangkan sehingga ke akhirnya. Juga tidak dilupakan isu kontrak sosial dan relevansinya dengan pembinaan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu. Namun begitu jangan kita sampai melupakan jasa-jasa yang telah ditabur oleh pimpinan kerajaan, buka mata dan beri kritikan yang membina, lawan tetap lawan tetapi haruslah bersikap objektif dan rasional.
No comments:
Post a Comment