Hari ketiga di Singapura
Memulakan perjalanan agak lewat kerana masih kepenatan hasil asyik berjalan dan juga hanya masuk tidur setelah awal pagi seta tiada arah tujuan yamg khusus hari ini selain ingin menonton Bukak Api di Cine Leisure.
Menaiki bas ke Stesen KTMB Tanjung Pagar untuk meletakkan beg yang penuh dengan bahan bercetak seperti risalah, majalah dan suratkhabar selain daripada barang keperluan. Setelah meletak beg yang dikenakan caj sebanyak $3, kami menjamu selera nasi beriyani terlebih dahulu di sebuah gerai ala food court yang baru, terima kasih Shin kerana membelanja aku!
Setelah perut kami diisi, kami meneruskan perjalanan dengan bas menuju ke stesen MRT City Hall yang akan membawa kami ke Shaw Plaza @ Lido yang menempatkan pawagam milik Shaw. Pada awalnya, kami ingin menonton filem komedi seks Korea Selatan, Sex is Zero sebelum menonton Bukak Api yang dijadualkan pada 7.15 malam. Namun filem Korea ini tidak ditayangkan di pawagam Shaw di Lido ini.
Jadi, kami membeli suratkhabar yang sememangnya wajib dibeli sebagai buah tangan dari Singapura untuk melihat jadual tayangan filem. Mengejutkan adalah filem Bukak Api yang sepatutnya akan ditayangkan hari ini tidak terpamer di dalam jadual. Terkejut, kami terus ke Cine Leisure untuk melihat sama ada jadual tersebut adalah tepat dan sememangnya ia tepat dan saya difahamkan ia bagi memberi laluan kepada filem Sepet yang mendapat sambutan yang menggalakkan.
Tahniah kepada Yasmin Ahmad jika khabar ini benar dan diharap filem Bukak Api juga ditayangkan mungkin pada waktu yang lain. Nasib baik saya pernah menonton filem ini di HELP Institute beberapa bulan lepas bersama Jeffrey dan Piluz semasa diadakan Freedom Film Fest dan simpati pada Shin yang tidak dapat menontonnya.
Kemudian kami membuat keputusan untuk menonton filem Sex is Zero di Grand Village Plaza setelah melihat tiada waktu tayangan yang sesuai di pawagam Cine Leisure. Berjalan kaki menuju Plaza Singapura yang menempatkan Grand Village Plaza, kelihatan ramai orang pada hari ini iaitu Jumaat dan saya dapat membayangkan bagaimana meriahnya jika pada hari sabtu dan ahad.
Saya secara peribadi tidak dapat membayangkan bolehkah Bukit Bintang menandingi kehebatan Orchard Road yang menempatkan terlalu banyak pusat membeli belah yang pelbagai dan berbeza-beza karakternya bergantung kepada pengguna sasarannya.
Saya hanya sempat berkunjung ke Tanglin Mall, Tanglin Shopping Centre, Wisma Atria, Ngee Ann City, Cine Leisure Orchard, Singapore Plaza, The Heeren Shops dan Shaw House. Saya menganggarkan terdapat dalam lebih kurang 30 pusat membeli belah di sini dan sebagai perbandingan, kawasan Bukit Bintang hanya mempunyai tidak sampai 10 pusat membeli belah.
Sebagai seorang pekerja di dalam bidang peruncitan dan bercita-cita besar untuk memajukan sektor ini di Malaysia, saya tidak melepaskan peluang ini melihat latar dan trend terkini di dalam sektor peruncitan serta pusat membeli belah.
Setibanya di pawagam yang terletak di tingkat 7, kami terpaksa beratur panjang walaupun tidaklah sepanjang di GSC Mid Valley dan TGV KLCC pada hujung minggu. Sebelum itu, kami telah terserempak dengan Linus Chung, salah seorang muka biasa di dalam arena perfileman independen yang juga salah seorang pelakon yang membawakan watak Keong di dalam filem Sepet.
Saya juga sempat mengambil risalah dua festival filem yang yang sedang berlangsung mulai hari ini (24 September) sehingga 3 Oktober iaitu Festival Filem Jepun dan Festival Filem Kesatuan Eropah pada 8 hingga 17 Oktober. Filem-filem yang terangkum di dalam kedua-dua festival filem ini akan ditayangkan di sini (GV Plaza) selain daripada lokasi-lokasi yang lain. Tiket yang dikenakan adalah sebanyak $9.50 untuk FFJ dan $8 untuk FFKE dan percuma untuk tayangan di Japanese Association Auditorium.
Melihat harga tiket yang dikenakan ini, saya sebagai rakyat Malaysia berasa beruntung kerana kebanyakan festival filem yang diadakan di Malaysia kebanyakan percuma dan jika ada bayaran sekalipun, ia agak minima. Walaupun begitu, sikap ambil tak kisah rakyat Malaysia sehinggakan kebanyakan tayangan tidak pernah penuh apalagi ingin melihat adegan berebut-rebut tiket seperti di Korea begitu menghairankan. Entah apa agaknya aktiviti yang membuatkan rakyat Malaysia begitu sibuk, tak kan asyik dating dan tidur setiap hari.
Kembali kepada filem Korea tersebut, untuk maklumat, filem Sex is Zero ini dilakonkan oleh Im Chang-Jeong dan heroinnya, Ha Ji Won. Secara peribadi, saya amat meminati Ha Ji Won setelah menonton filem The Phone da Dhitto lakonannya. Beliau juga pernah mengunjungi pawagam GSC Mid Valley untuk promosi filem The Phone dua tahun lepas, saya menunggu kedatangan beliau waktu itu di foyer dan kelihatan tiada yang sedar sewaktu itu akan kedatanagn beliau.
Oleh itu, tiadalah adegan semasa kedatangan pelakon-pelakon Ada Apa Dengan Cinta beserta Melly Goeslaw dan Anto Hoed ke lokasi yang sama tidak lama sebelum itu. Apa yang pasti, Ha Ji Won memang cantik secantik aktres-aktres Korea Selatan yang lain.
Setelah menonton filem komedi seks ini, aku merasakan ia mungkin tiada peluang ditayangkan di negara ini melainkan jika dipotong terlalu banyak adegan-adegan seks dan berahi. Namun tidak perlu risau, jika sesiapa masih ingin menontonnya, saya pasti kedai-kedai vcd di KL terutama di SM Arcade akan mempunyai stok di dalam masa terdekat.
Kemudian kami bergegas ke stesen MRT Sommerset untuk menuju ke MRT Tanjung Pagar yang agak jauh dengan stesen KTMB tanjung Pagar. Saya diberitahu oleh Shin bahawa ia adlaah bermotif politik kerana pihak kerajaan Singapura memang ingin benar kerajaan Malaysia memindahkan stesennya di Tanjung Pagar ke Woodland. Diharap puhak kerajaan kedua-dua negara ini dapat menyelesaikan masalah-masalah yang tertangguh ini dengan baik demi kepentingan rakyat kedua-dua negara. Jangan lupa juga isu hak penerbangan budget untuk beropersi di laluan KL-Singapore.
Tren bertolak pada pukul 10.15 dan tiba agak lewat iaitu pada pukul 8 pagi disebabkan mengalami sedikit masalah ketika berada di stesen Salak Selatan. Seterusnya saya menaiki komuter dan tiba di Bukit Badak pada pukul 8.50 dan terus pergi kerja pada pukul 9.15 pagi.
Seperti lazimya, saya mengakhiri sesuatu ekspedisi, perkhemahan pengakap atau bersama kawan, naik gunung, BBQ, rombongan atau apa jua sekalipun sejak di tabika lagi dengan selamat tanpa menghadapi banyak masalah. Saya amat bersyukur pada Allah di atas perlidungan dan diharap trip ke Jakarta penghujung bulan depan juga akan berakhir dengan nota yang sama.
Tidak lupa ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Shin yang sudi menyediakan tempat tinggal dan juga sebagai pemandu pelancong yang terbaik serta membelanja saya makan. Jasa mu akan ku kenang! Terima kasih!
Terkini tentang isu penayangan filem Bukak Api
Wong Tuck Cheong, President of Kelab Seni Filem Malaysia said Bukak Api had problems with the censors, so it was withheld from the Malaysian Filmfest in Singapore. It's not banned, but Cathay is in consultation with the censors to have it okayed for cinema release in Singapore.
No comments:
Post a Comment