Hari pertama di Singapura
Janet Khoo dan saya
Tidak banyak halangan yang aku tempuh umtuk tiba di Temasek ini, hanya satu sahaja dugaan iaitu kehadiran awek cun di sebelah yang ingin pulang ke JB. Selain daripada itu, aku tidak menyangka yang heroin filem Sepet, Sharifah Amani @ Orked juga menaiki tren yang sama. Tak sangka dapat berjumpa di kantin keretapi, gembira jugak la.
Setibanya di Tanjung Pagar, saudara Shin, rakan blogger dan juga seperjuangan telah terpacak untuk menyambut kedatangan seorang pelancong dari Malaysia yang mana ia secara langsung akan meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negara ini. Manalah tahu, jika Temasek dapat menandingi negara kita dari segi jumlah kehadiran pelawat. Di kesempatan ini, tahniah kepada kerajaan Malaysia di atas kejayaannya mencatat jumlah kedatangan pelancong seramai 10.38 juta dalma tempoh 8 bulan pertama tahun ini!
Sebelum memulakan jalan-jalan tengok negara orang ini, aku dan Shin pulang terlebih dahulu ke rumahnya yang terletak berhampiran stesen MRT Buono Vista untuk meletakan barang-barang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.
Sebelum tiba di rumah Shin, aku terlebih dahulu diberitahu bahawa terdapat lima orang penghuni di apartment beliau; 3 gadis dan 2 bujang termasuk Shin serta seekor anak anjing yang agak comel. Secara peribadi, ini semua tidak menjadi masalah terutamanya dengan kewujudan tiga anak gadis ini, hehe.
Setelah bersiap, aku dan Shin menaiki bas dua tingkat nombor 116 untuk ke Orchard Road. Ini adalah pengalaman pertama aku menaiki bas dua tingkat, hasrat yang tidak kesampaian semasa ianya diperkenalkan di KL suatu masa dahulu.
Aku memilih untuk ke Orchard Square adalah kerana di situlah terletaknya tempat berlangsungnya Festival Filem Malaysia yang dianjurkan oleh Cathay Keris Film di Cine Leisure. Selain itu, aku turut sengaja untuk ke kawasan ini yang mana telah banyak aku membaca dan mendengar tentang kehebatannya sebagai destinasi utama membeli belah.
Namun itu tidaklah bermaksud yang aku ingin membeli belah sakan di sini, sesuatu yang tidak berbaloi melainkan jikalau seseorang itu mempunyai kemampuan kewangan dan juga peruntukan. Sebelum ke sini, aku telah bertekad untuk tidak membeli belah sebarang pakaian, kasut, buku dan sebagainya kerana pilihan yang ada tidak banyak beza dengan apa yang terdapat di KL selain daripada harganya yang tidak berpatutan jika dinilai dari nilaimatawang kita. Lainlah jika anda seorang yang gemar membeli belah di butik-butik terkenal dan butik-butik rekaan.
Adalah lebih baik untuk aku peruntukkan segala sumber yang ada untuk berbelanja sakan buku, cd dan sebagainya di Jakara hujung bulan depan.Walaubagaimanapun, ada sesuatu yang pasti tidak aku lupa untuk membeli atau mendapatkannya secara percuma, iaitu suratkhabar The Straits Times, Berita Harian dan Today.
Buat masa ini juga aku lebih tertarik dengan idea untuk melancong ke kota-kota utama di sesebuah negara supaya dapat dibuat perbandingan dari segi cara hidup, budaya, corak pemikiran, perlakuan, gelagat anak muda, aktiviti seni teater dan filem dan bermacam-macam lagi.
Sehingga saat ini, aku cukup kagum dengan tahap kebersihan dan kesedaran sivik yang tinggi yang terdapat di kalangan rakyat Singapura ini. Aku berjalan dari Select Books di Tanglin Shopping Centre sehinggalah ke Substation di Armenian Street sebelum berpatah balik ke Cine Leisure dengan menaiki MRT.
Di dalam perjalanan tersebut, kami telah berhenti dan meninjau-ninjau Borders Bookshop, Kedai CD HMV di The Heeren (port anak muda seperti di Sg. Wang), makan di foodcourt Cine Leisure, ambil pas dari Yasmin dan Singapore Plaza.
Setelah berjalan dari awal hingga ke penghujung Orchrard Road yang agak jauh, aku berpendapat terdapat perbezaan yang jelas dengan kawasan Bukit Bintang yang terdapat di KL. Orchard Square lebih tersusun dan teratur di samping mesra pejalan kaki serta pilihan untuk menghabsikan duit yang agak terlampau.
Selepas menyaksikan Gala Premiere Sepet yang juga filem pembuka festival ini, aku tidak melepaskan peluang mengambil foto kenang-kenangan bersama Sharifah Amani dan Yasmin serta pelakon wanita pujaanku, Janet Khoo yang cun melecun. Pergh!!! suaranya manja, nasib baiklah jarak umur agak jauh, hehe. Di dalam keghairahan mengambil foto tersebut, aku terlupa untuk bergambar bersama kakak Amani yang juga cun dan bijak, Sharifah Aleya, huhu. Secara tak sedar, aku ke lif dan turun ke bawah, sedih sedih!
Amani, saya dan Yasmin
Destinasi seterusnya adalah menjamu selera di satu foodcourt di Bukit Timah dan disusuli dengan perbincangan tentang filem hinggalah ke senario masyarakat dan politik Malaysia. Kemudian, kami menaiki taksi untuk pulang berehat sebelum berjalan semula esok.
Koleksi gambar hari pertama, sila klik di sini
No comments:
Post a Comment