Tuesday, May 31, 2005

‘Defisit individualisme’ Melayu

Oleh Fathi Aris Omar

“It is certainly wrong to regard society as a kind of deity upon whose altar the individual must constantly be sacrificed.” – Anwar Ibrahim, Asian Renaissance.

Di negara kita, di kalangan orang Melayu umumnya, individu dan individualisme sering dicurigai. Individualisme dianggap faham Barat yang bercanggah dengan tradisi Melayu, faham agama atau nilai Timur yang mengutamakan masyarakat.

Oleh kerana terlalu mengutamakan orang ramai, maka seorang pejalan kaki di negara kita, tidak terkecuali di lorong-lorong masuk ke KLCC, atau di jalan-jalan kota Jakarta, dilihat seperti seekor ‘tikus’! Semangat gotong-royong atau musyawarah kita tidak ubah ‘enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’.

Sebaliknya di negara-negara yang sarat faham individualisme, tidak pula kedengaran semangat kolektifnya pecah berderai akibat munculnya kepentingan diri melulu. Maka, menurut cerita mereka yang lama tinggal di kota-kota bangsa Barat, dapatlah pejalan kaki berlenggang-lenggang, tidak bergegas seperti seekor tikus! Memanglah ada juga sisi-sisi negatif individu tetapi tidaklah seperti gambaran buruk yang kita berikan di sini.

Kenapa wujud semacam ‘paradoks’ ini – hubungan individualisme dengan kolektivisme?

Dinamika individu dan masyarakat sentiasa terbuka, kedua-duanya saling bertarung. Nilai-nilai ‘anti-sosial’, atau gerakan-gerakan counter-hegemony, tumbuh di mana-mana. Manusia tidak boleh diseragamkan oleh tekanan ramai. Dari celah empangan besar itu, retak akhirnya menanti belah. Jika terdesak, mereka harus seperti “aku ini binatang jalang, dari kumpulannya terbuang”.

Dua bait puisi Chairil Anwar ini pemberontakan pada kolektivisme, penegasan ‘kembali’ semangat individu atau keyakinan diri. Kerana rupa-rupanya individu tidak mati dan enggan mati di bawah tapak kaki ramai – ia mahu terus meronta-ronta. Bagaimana seragamnya sesuatu langkah diambil, akan ada usaha keluar daripada keseragaman itu.

Tetapi nilai kolektif Melayu, Timur, Islam atau Asia itu hanya sejenis kepura-puraan bersama untuk menguasai golongan lemah tanpa rukun hidup yang jelas. Pendek kata, tanpa panduan hukum. Disebut ‘kepura-puraan’ kerana ia diwarisi tanpa perbahasan atau teori mendalam, tanpa meneliti ragam perubahan dalam masyarakat kita sendiri.

Semangat kolektif di negara ini dianut sampai meleburkan kebebasan individu (atau kelompok kecil), sampai melemahkan fikiran kritis-kreatif, sampai meremehkan debat terbuka dan mengekang kebebasan bersuara, sampai melahirkan watak-watak pemimpin diktator (di banyak peringkat).

Tanggungjawab kolektif

Sehingga kejujuran di negara kita harus berbisik-bisik, rasa kebenaran dan keadilan ditelan kembali ibarat ludah yang tidak jadi. Kewarasan dan kewajaran mati di halkum. Di tengah-tengah keadaan seburuk ini, kita masih tetap menganjurkan agar kolektivisme (agama atau negara), bukan individualisme, itu diperkuatkan lagi!

Johan Jaaffar, ketika membahaskan kegagalan Kuala Lumpur sebagai ‘kota budaya’ setahun lalu, pernah menulis bahawa seniman dan sasterawan kita perlukan sejenis kebebasan “tetapi tentunya dalam kerangka yang munasabah dan berpatutan.”

Profesor Mohd Safar Hashim, dalam sesi dialog tentang majlis media anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Januari tahun lepas, memetik fasal 10 perlembagaan dengan niat memperingatkan kita semua – kononnya kebebasan itu tidak ‘mutlak’ tetapi harus dibataskan atau bersama tanggungjawab kolektif.

Dalam pembentangannya di Bangkok (September 2002) atau ketika diundang dalam forum malaysiakini.com selepas semua komputer akhbar web ini dirampas (awal 2003), profesor komunikasi ini tidak pernah mungkir membacakan mantera yang sama.

Tidak kurang juga wacana-wacana di kalangan sasterawan kita di Rumah PENA (Persatuan Penulis Nasional) – sentiasa ada nada bimbang atau prasangka terhadap tema kebebasan (kreatif) atau hak asasi dalam hubungannya dengan kekangan kerajaan saat ini. Maka, muncullah kata ‘kebebasan itu tidak mutlak’.

Ketiga-tiga kes ini sengaja diulang di kolum ini untuk menunjukkan budaya kongkongan kolektif itu, khususnya kuasa negara, telah berjaya membunuh kejujuran dan akal kritis individu. Individu terkepung di dalam budaya kolektif yang buruk ini.

Mereka masih mendendangkan irama yang sama – kebetulan tema ini disebarkan oleh pemimpin negara di media-media harian – tanpa melihat perubahan persekitaran semasa. Johan berpura-pura tidak nampak kekangan berlebihan, tidak masuk akal dan tidak berpatutan dalam garis panduan pementasan pentas, tapisan filem atau gam lagu.

Mohd Safar, dalam analisanya, memejamkan mata terhadap keseriusan kekangan media oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap Eksklusif, Perdana Sari, Al-Wasilah, Detik atau Harakah. Penarikan permit penerbitan semua media tempatan itu (kecuali Harakah) tidak dapat dipertahankan lagi oleh sesiapa kecuali tindakan ini semata-mata sejenis kejahatan negara.

Faham komunitarianisme

Jadi, apakah masih tergamak mereka berhujah “kebebasan itu ada batasannya” atau “kebebasan itu harus munasabah dan berpatutan”? Tidakkah ada sekelumit ‘rasa adil’ dalam diri mereka untuk melihat isu-isu ini dengan lebih luas dan menyeluruh?

Dua tokoh ini malu-malu dan berbisik-bisik (atau takut?) mengungkapkan tekanan tidak berimbang pemerintah itu. Ketakutan itu sendiri sudah cukup menunjukkan bahawa betapa jahatnya kekangan negara atau budaya kolektif!

Tidak seperti dalam pengalaman Barat (atau Eropah), kebebasan memilih agama, hak asasi, kebebasan individu, atau kebebasan bersuara (pendek kata, individualisme) dirumus dalam masa yang cukup panjang selepas tragedi-tragedi kemanusiaan akibat kolektivisme (kerajaan dan agama).

Apabila individualisme memuncak, tidak terkawal, muncul pula kesedaran kolektif (terlihat dalam faham sosialisme atau komunisme). Tetapi akibat sudah melampau, semangat kolektif komunisme akhirnya runtuh tidak sampai 100 tahun. Apabila semangat liberal individualisme sudah mula merembes ke sisi-sisi ekstrem, sekarang muncul pula faham komunitarianisme.

Tetapi, menariknya di Barat, dinamika individu dan kolektif bukanlah akibat campur tangan pemerintah, tetapi kesedaran dari dalam masyarakat itu sendiri – cendekiawan, aktivis, seniman, agamawan, ahli akademik, wartawan dan penggubal-penggubal dasar. Tenaga masyarakat sendiri yang memantau sisi-sisi buruk individualisme dan kolektivisme (misalnya, gejala terkekang yang sedang membudaya akibat tragedi 11 September di Amerika Syarikat saat ini)

Di negara kita, sesiapa sahaja yang dipengaruhi faham tradisi (seperti kesasteraan atau kesenian), agama (aktivisme dakwah) atau politik (sama ada kerajaan atau pembangkang) – pastilah akan menganjurkan tekanan kolektif (baca: negara) walau sudah terbentang akibat buruknya (malah, belum dipecahkan dan diatasi).

Debat individualisme tidak digali cukup mendalam dan, dengan itu, tidak difahami. Muncullah pandangan-pandangan ganjil ke arah menguatkan lagi kuasa negara, kawalan polis dan mengetatkan perundangan.

Masyarakat tidak pernah dianjurkan untuk mengawal diri sendiri. Masyarakat diragui kemampuannya untuk mengawal atau mendisiplinkan diri mereka sendiri – asalnya wacana-wacana negara untuk mengawal orang ramai, sama sahaja di negara kita atau zaman Orde Baru di Indonesia.

‘Gejala Dr Mahathir’

Masyarakat dan individu dilayan seperti anak-anak hingusan, harus sentiasa dileteri, dipantau, diarah-arah, dibentak-bentak, diberikan perlindungan dan subsidi dengan syarat sujud ‘bersyukur’ kepada bapa (negara). Inilah model paternalisme, satu kaedah membunuh individu dan melembikkan masyarakat.

Ketika suara kebebasan individu cuba dikumandangkan, seperti memorandum ‘Penduduk Malaysia Menolak Pengawalan Moral’ (MPAMP), dilema inilah yang sedang kami tempuh – individualisme tanpa kawalan dari dalam masyarakat sivil itu sendiri.

Alasan ini mudah pula dijadikan sebab untuk menguatkan lagi kuasa negara! Negara yang pernah melahirkan ‘gejala Dr Mahathir’, arus Reformasi 1998, krisis kehakiman 1988, krisis perlembagaan (sebelumnya), kebekuan akademia, dan senarai skandal-skandal kewangan dan KKN (rasuah, kronisme dan nepotisme) yang serius.

Gejala yang sama muncul di Indonesia – apabila negara melemah, konflik sesama anggota masyarakat menjadi tajam dan porak-peranda kerana selama ini individu dan masyarakat tidak pernah diberikan ruang dan masa untuk menguat atau mengatur diri sendiri. Oleh itu, pengundi ingin kembali kepada negara yang kuat ala Soehartoisme, atau ‘sindrom SARS’ (sindrom aku rindukan Soeharto)!

Negara Orde Baru yang sudah berlebihan kuat itu mahu diperkuatkan lagi, kononnya untuk mengawal keadaan rusuh dan porak-peranda itu. Bagi Ignas Kleden, dalam Menulis politik: Indonesia sebagai utopia (2001), isu sebenarnya bukan kuasa negara, isunya ialah moral pemimpin dan birokrasi negara yang tandus! “Berbagai-bagai masalah telah muncul selama ini bukan kerana power deficit… melainkan moral deficit penyelenggara negara.”

Tahun lepas, diketuai antaranya oleh Subky Latif, PAS mengirim memorandum kepada mufti Wilayah Persekutuan (bukan Kementerian Penerangan?) agar kerajaan mengawal lagi program televisyen kita. Hujah mereka, ibu bapa sekarang terlalu sibuk dan tidak sempat memantau tontonan anak-anak mereka, maka wajarlah negara menolong mengawalnya! Bagi PAS Wilayah Persekutuan, negara dan agama harus menguasai secara mutlak fikiran dan individu. Imaginasi peribadi juga mahu dikawal oleh agama!

Sewaktu memuncak kontroversi ‘pengawal moral’, golongan konservatif (termasuk dekat parti Keadilan) tiba-tiba mengitar semula desakan agar tangan-tangan kekuasaan diperkuatkan bagi mengawal anak muda, individu dan masyarakat – kononnya ‘gejala sosial’ (satu lagi ungkapan sia-sia!) sudah semakin parah dalam masyarakat kita.

(Asalnya disebarkan oleh akhbar-akhbar harian, kemudian diikuti oleh pembangkang dan agamawan, ‘gejala sosial’ diertikan dengan ‘keruntuhan akhlak’. Gejala ertinya fenomena, jadi ‘fenomena sosial’ itu apa maknanya!?)

Kekuatan kolektif

Kegilaan untuk memasang CCTV (televisyen litar tertutup) juga menjadi-jadi sejak beberapa tahun mutakhir. Pendek kata, kawal, kawal dan kawal! Atas nama ‘pencegahan jenayah’, negara kita semakin mendekati realiti Nineteen eighty-four, asalnya khayalan kreatif dan kritis George Orwell pada 1948. Novelis ini hanya membalikkan angka ‘8’ dengan ‘4’ untuk meramalkan kejahatan gejala authoritarianisme (tema perjuangan tokoh ini seumur hidupnya, termasuk Animal farm.)

Apakah sememangnya individualisme tidak akan muncul di negara kita? Atau, individualisme itu nilai dan gejala di Barat sahaja? Pemikir-pemikir Melayu seperti Johan Jaaffar, Mohd Safar Hashim atau Subky Latif itu tidak menyelami satu hakikat, yakni individu itu sendiri ‘tidak wujud’ jika tidak diberikan perlindungan. ‘Personaliti’ (keperibadian unik) seseorang memang wujud, tetapi individu ‘tidak wujud’.

Individu, tanpa paksaan atau tanpa hukum, memang sentiasa ‘tenggelam’ bersama sosialisasi dan pembudayaan kolektif. ‘Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’, kata orang Melayu. Sejak kecil, secara lumrah, individu itu dikekang oleh unsur-unsur kolektif: bahasa, nilai, pendidikan, norma, makanan, pakaian, urusan sehari-hari dan keperluan harian.

Individu sangat lemah, hampir tidak berdaya apa-apa, dalam jaringan kolektif. Individu hanya ada jasad, fikiran, keinginan dan daya usaha tetapi sangat lemah berbanding norma-norma masyarakat, apatah lagi kuasa negara, yang mengepungnya. Individu sentiasa tidak bebas dan tidak mungkin bebas daripada masyarakatnya. Bahasa dan nilai kolektif itu kuat sekali mengikat individu hingga ke dalam jiwa dan akal bawah sedarnya.

Jadi, orang Barat memikirkan satu format perlindungan agar tangan-tangan kolektif (masyarakat dan negara) tidak mencekik individu (yang sememangnya sedia terikat dengan mereka). Jika perlindungan hak individu ini tidak dijamin oleh undang-undang, maka kekuatan kolektif tidak berlaku adil kepada individu.

Sedangkan dengan ruang kebebasannya, individu boleh menyuburkan minat, daya usaha dan tanggungjawab diri (self-discipline). Di ruang ini, manusia dibenarkan berkhayal dan memuaskan diri sendiri sebelum realiti kehidupan (kolektif) memaksanya bersikap realistik, menghormati orang lain dan berumah tangga.

Defisit individualisme

Ia boleh menyuburkan kreativiti, ghairah hidup dan refleksi (merenung) diri. Di sini, individu boleh menyemak kepincangan hidupnya sendiri dan masyarakatnya.

Ruang individu ini ruang santai, ruang pelarian daripada sekatan-sekatan kolektif, secara budaya dan struktural (yang sentiasa terbenam di dalam dirinya). Individu tidak diasak-asak untuk tunduk pada kehendak orang lain setiap saat dan ketika – di mana-mana, seolah-olah dia diburu ketakutan walau dia telah cuba lari ke alam mimpi. Di sini, individu merumuskan kembali dirinya, memikirkan pilihan-pilihan dan kemungkinan-kemungkinan masa depannya.

Maka disuburkan perdebatan dan dicipta mekanisme tentang ruang peribadi (private sphere) dan ruang awam (public sphere). Sebelumnya hanya ada ruang raja (dan gereja) semata-mata dan (tanpa ruang) rakyat; ruang tuan tanah semata-mata dan (tanpa ruang) hamba tanahnya.

Ruang awam itu pula diserahkan kepada individu secara kolektif (masyarakat sivil) tanpa campur tangan berlebihan negara (kuasa politik) atau pasar (kuasa modal). Dalam ruang awam ini, ruang bersama, individu private menjadi kolektif kembali tetapi kolektivisme yang tidak banyak tangan-tangan kekuasaan negara – di sini muncul evolusi amalan dan teori moden ‘masyarakat sivil’. Negara dilarang mengintai, apatah lagi memasukkan tangan-tangannya, di celah-celah kain warganya.

Di sini kemajmukan nilai, gaya hidup dan ‘persaingan’ tentang pilihan-pilihan berlaku ‘lebih adil’ dan terbuka. Di sini ‘pasar idea dan nilai’, ruang promosi ragam-ragam produk budaya dan dibeli mengikut kekuatan akal, bukan kekuatan-kekuatan kuasa dan modal sahaja. Pasar ini yang tidak muncul di negara kita akibat tekanan berlebihan negara, agama, dan tradisi konservatisme Melayu. Kita mengalami ‘defisit’ di sudut ini, ‘defisit individualisme’. Kosmopolitanisme dan egalitarianisme terkubur tanpa nisannya.

Pendek kata, model berfikir dalam masyarakat Barat itu model ‘semak dan imbang’, hasil renungan mendalam sisi-sisi ekstrem (sama ada individu atau kolektif) dan pemantauan dinamisme perubahan manusia. Di Barat, individu bukan ‘binatang jalang’ Chairil Anwar kerana ada ruang-ruang perlindungan itu. Setiap orang memiliki ruang dan haknya masing-masing.

Tulisan ini asalnya diterbit dalam Malaysiakini.com (9 Mei 2005). Ia diterbitkan semula di sini dengan izin penulisnya. Beliau dapat dihubungi di fathiaris@yahoo.com

Sila klik di sini untuk membaca artikel Fathi Aris Omar di laman web Ummah Online

Wednesday, May 25, 2005

Jangan lupa Konsert Dewa sabtu ini!



Sesiapa yang masih belum membeli tiket Konsert Dewa yang akan diadakan di Menara KL sabtu ini, anda boleh memperolehi tiket yang berharga RM50 dan RM45(untuk ahli Klik Kamdar) di cawangan KAMDAR di Jalan TAR, Mid Valley, Kajang, Klang, Bukit Jambul dan Plaza Angsana. Pastikan konsert kali ini lebih meriah daripada konsert yang diadakan di Shah Alam beberapa tahun yang lepas.

Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini

Untuk peminat teater, jangan lupa untuk menyaksikan Teater 'Benda Sulit' yang dipentaskan di MTC Jalan Ampang mulai isnin lepas sehingga jumaat ini pada pukul 8.30 malam dan Teater Muzikal Rubiah mulai jumaat ini sehingga 5 Jun hadapan.
Temuramah bersama Amir di Utusan

THE Big Durian yang diterbitkan pada tahun 2003 merupakan filem pendek ketiga yang diarahkan oleh Amir Muhammad. Filem dengan kos RM50,000 itu tidak menjadi tumpuan ramai sehinggalah ia memenangi Anugerah Kepujian Istimewa pada Festival Filem Antarabangsa Vancouver, Kanada pada 2004. Pada tahun yang sama, filem arahan pemegang ijazah undang-undang dari East Anglia University, United Kingdom (UK) ini turut memenangi Anugerah Kepujian Istimewa pada Festival Filem Dokumentari Yamagata, Jepun.

Sila klik di sini untuk temuramah penuh

Juga klik di sini untuk ulasan filem Aandal
Juga klik di sini untuk perkembangan terbaru filem epik PGL
Opposing Views on Multi Level Marketing

From Clarissa Lee's blog

Ever since a friend approached me on this, I'd done some research on my own to see what the detractors of Multi-Level marketers have to say. I am sure you have already heard all about the sales pitches so let's look at the other side of the picture.
Ahlan wasahlan!

Malaysia rolls out red carpet for Arab tourists: report(AFP)

KUALA LUMPUR - Shopping complexes and other popular Malaysian tourist haunts will stay open until the early morning hours in a new move to lure thousands of rich Arab holidaymakers to part with their cash, a report said Tuesday.

Klik di sini untuk berita penuh

Friday, May 20, 2005

Filem menarik minggu ini

AANDAL



"Aandal" is based on a true story related to the director by an Indian girl from a poor estate family. She was tricked into marriage by the man she loved. Unfortunately, her husband forced her into prostitution and drug abuse. She ran away from his clutches with the help of a handicapped man and his mother.

Director Sandosh Kesavan said that he was attending an NGO programme when he met Aandal (not her real name), who not only related her story to him but agreed to allow it to be made into a movie. It is her hope that young innocent girls may learn from her own naivety and misfortune. Her one condition in allowing the making of the film is that her actual identity remains anonymous so as not to hurt or cause embarrassment to her family.

Official website
Sila klik di sini untuk jadual tayangan

MONDAY MORNING GLORY

Based on 1,001 bombings.

May 22 (Sunday) 2005

Be one of the first people to catch a preview screening of "Monday Morning Glory" this Sunday. The acclaimed film, directed by Woo Ming Jin, recently premiered at the San Francisco International Film Festival.

'Monday Morning Glory' is a fascinating, unnerving look at a police chief seeking professional vindication by staging a reenactment of a nightclub bombing as an exhibition for the journalists." - Frako Loden, SF Weekly

"In 'Monday Morning Glory', director Woo Ming Jin examines the mentality and motives of a band of scruffy terrorists with remarkable dispassion and maturity, and an unexpected sprinkiling of wit..." - Michael Fox, San Francisco Weekly

"An offbeat approach to a movie about terrorists that has the perpetrators reenact their bombing for the media, the film is an indictment not only of the terrorists but also the corruption of the authorities who pursue them..." Roger Garcia, San Francisco International Film Festival

"These killers are neither raving ideologues or remorseless monsters; they're victims of the same sorts of social circumstance, romantic insecurities, and subsistence wages as those whose lives they force themselves to take. Displays a willingness to engage the banalities of terrorist evil unseen since the heyday of the New German Cinema" - Chuck Stepens, San Francisco Bay Guardian.


Time: 8:00pm
Venue: The Actors Studio Bangsar
Admission: RM10

Enquiries: 012-2642086 (Ming Jin)
International Parliament Union's Interview with Anwar

The IPU Committee on the Human Rights of Parliamentarians held its 108th session in Geneva in January 2005. It elected a new President of the Committee, Mrs. Ann Clwyd, member of the British House of Commons, who replaced Mr. Mahamane Ousmane, the President of the National Assmebly of Niger.

Mrs. Veronika Nedvedova (Czech Republic, Vice-President of the Committee), Mr. Luis Hierro (President of the General Assembly and the Senate of Uruguay), and Mr. Manouchehr Mottaki (Member of the Majlis Shoraye Esiame of the Islamic Republic of Iran, substitute member for the Asia Pacific Group), were also present.

At the House of Parliament, the Committee met with Mr. Anwar Ibrahim, the former Deputy Prime Minister and Minister of Finance of malaysia, whose case has been examined by the IPU since 1999.

Sila klik di sini untuk temuramah penuh, juga di sini
The Star plans online Malay edition

MALAYSIA: The Star plans online Malay edition


Alhamdulillah, jika berita yang dipetik daripada sumber media ini benar-benar menjadi kenyataan. Aku ingin mengucapkan tahniah kepada akhbar The Star dan diharap langkah yang diambil ini dapat meletakkan bahasa rasmi negara ini di tempat yang lebih baik. Lebih menarik jika The Star yang menjadi akhbar rasmi sejak aku di tingkatan 5 menggantikan NST dan BH dapat menerbitkan The Star(Bintang) edisi cetak di dalam Bahasa Malaysia.

Sememangnya aku cukup yakin kepada kemampuan Bahasa Malaysia untuk menjadi salah satu bahasa ilmu yang efektif selain daripada Bahasa English yang diguna pakai secara meluas selama ini. Aku amat berharap agar penerbitan-penerbitan buku di dalam Bahasa Malaysia dapat dipertingkatkan dan semeriah seperti di negara Jepun, China dan Indonesia.

Tetapi di dalam masa yang sama janganlah pula mengabaikan bahasa yang teramat penting di dunia iaitu Bahasa English. Terlalu banyak faedah yang boleh diperolehi dengan menguasai bahasa ini. Apa yang perlu dilakukan sekarang ini adalah dengan memberikan alternatif kepada mereka yang ingin memperolehi ilmu di dalam Bahasa Malaysia.
PAS di ambang muktamar: Antara reformasi kepimpinan @ reformasi pemikiran

Aku cukup tertarik dengan komen seorang penulis yang menggelarkan dirinya sebagai Penulis Papan Batu di ruangan diskusi di laman web Ummah Online. Menurut kata beliau, komen itu ditujukan khas kepada kepada anak-anak muda PAS yang masih di Timur Tengah atau di kampus-kampus tempatan serta termasuk mereka yang sudah menamatkan pengajian & berumur di dalam lingkungan usia 30-an.

Berikut sebahagian daripada komen beliau;

Reformasi pemikiran PAS tidak susah. Kepada golongan berpendidikan bukan agama, dalami agama (dari beberapa aliran berfikir). Kepada golongan agama, dalami ilmu2 sains sosial kontemporari.

Mulakan dengan subjek2 yang dekat dengan kepentingan PAS (1) politik, (2) sosiologi, (3) kajian media & kajian budaya (dua bidang ini sekarang sudah bertindih, maka elok dikaji sekaligus), (4) asas-asas falsafah ilmu, bahasa, logik (mantiq) dan moderniti (termasuk pasca-moden)

Itu baru reformasi pengetahuan dan informasi, belum masuk bab berfikir lagi. Tetapi sangat penting untuk melincirkan proses reformasi pemikiran.

Reformasi pemikiran ini bukan soal pengetahuan tetapi sikap dan tabiat akal (habits of mind, kata Mat Saleh).

(1) Terbuka, mendengar, membaca pandangan orang lain (berbeza) dan berfikir, cuba cari apa maksud tersirat/lebih dalam. Jangan terburu-buru menolak sesuatu yang kelihatan 'bertentangan' dengan PAS,

(2) Sering berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat dan mendengar hujah2/rungutan mereka. Tadah telinga dulu, jangan gatal nak menjawab/menjelaskan.

Jika ada kebenaran dalam kata2 mereka (kritik pada kelemahan PAS, misalnya), akui sahaja. Tak perlu beri alasan/pembelaan berjela-jela.


Sila klik di sini untuk membaca komen beliau dan juga pembaca-pembaca lain

Monday, May 16, 2005

Ralat

Nota oleh Fathi Aris Omar: "Ya, dalam budaya demokratik yang sebenar, politiknya berorientasikan wacana atau dialog beragAMA, pandangan mereka 'jamak perspektif'."

SEHARUSNYA DIBACA: "Ya, dalam budaya demokratik yang sebenar, politiknya berorientasikan wacana atau dialog BERAGAM, pandangan mereka 'jamak perspektif'."

Pembetulan itu pada kata "beragama" menjadi "beragam".

Thursday, May 12, 2005

Soal & Jawab (Q&A) bersama Fathi Aris Omar

ISU: Politik Melayu, budaya demokrasi & sikap independen, Siri 2

Di mana kita harus bermula? Bagaimana kita boleh menyuburkan budaya politik demokratik, budaya politik wacana dan jamak perspektif, di tengah-tengah keadaan yang tidak demokratik ini?

Harus ada penulis, pemikir, persatuan, mahasiswa, kumpulan anak muda dan media yang memantau parti-parti politik dan tema-tema yang ditolak dalam wacana persaingan sesama orang politik ini. Mereka ini jangan tergoda untuk turut berpihak. Sebaliknya, harus terus-menerus mengajak rakyat berfikir secara rasional, kritis, tenang dan membuka wacana jamak perspektif.

Maksudnya, rakyat sebagai sasaran politik jangan jadi seperti kerbau dicucuk hidung. Masyarakatlah yang menyuarkan sikap-sikap mereka tentang jenis budaya politik yang bagaimana yang mereka mahu, ahli dan parti politik yang mereka mahu, dan program politik yang bagaimana yang mereka mahu.

Persoalannya lagi, rakyat kita kelihatannya belum ‘celik politik’, mudah dibuai-buai propaganda parti politik masing-masing, sama ada media harian pro-kerajaan atau tabloid pembangkang. Rakyat lemah kerana tidak ada aktivis, media, pemikir dan kumpulan anak muda yang mendekati rakyat dengan format fikir demokrasi seumpama ini.

Inilah cabaran politik kita sekarang. Cabaran untuk mewujudkan demokrasi di negara ini bukan menggantikan parti pemerintah atau undang-undang yang sedia ada. Tetapi perubahan di peringkat ini, di peringkat struktur rasmi masih penting. Bukan tidak penting.

Isu pokoknya ialah perlahan-lahan kita menguatkan rakyat supaya mereka mampu berfikir kritis dan independen. Demokrasi harus dihidupkan dari dalam masyarakat, dari peringkat akar umbi. Demokrasi harus dijadikan budaya hidup.

Penyuburan demokrasi bermula dari penghayatan nilai-nilainya di tengah-tengah masyarakat. Rakyat harus bersedia bersuara, berwacana dan berunding dalam isu-isu konflik atau perbezaan politik mereka. Mereka jangan tergesa-gesa bergantung kepada kerajaan atau parti politik. Mereka harus mengendalikan urusan-urusan hidup mereka sesama sendiri.

Tentunya usaha mendekati rakyat seperti disarankan di sini tidak mudah. Tentu ada masalah-masalahnya. Antaranya, apa masalahnya?

Halangan di peringkat budaya ini pasti masih besar sebab rakyat itu sendiri sudah lama dipegang oleh parti-parti politik. Dalam masyarakat Melayu, semua sektor atau kumpulan, termasuk di peringkat akar umbi, sudah terkena tempias atau termasuk perangkap dalam jaringan parti-parti ini. Gejala ini harus diperhatikan dan diwaspadai.

Tugas ini boleh dijalankan - jika kita sedar - oleh kumpulan mahasiswa, anak muda, aktivis NGO, pemikir, penulis dan media independen. Sebab, mereka ini sahaja yang tidak ghairah untuk memenangi pilihan raya tetapi masih ghairah mengkritik sifat-sifat tidak demokratik parti kerajaan. Usaha ini memang mulia dan bagus. Kritik dan kempen mereka banyak membuka mata orang ramai.

Sayangnya, mereka terlalu dekat dengan parti-parti pembangkang. Di sini ada risiko yang sangat besar.

Apa risikonya? Bukankah mereka perlu bersatu tenaga dengan parti pembangkang untuk menentang pemerintah yang tidak demokratik yang menggunakan seluruh jentera birokrasi dan institusi di bawah kawalannya untuk menekan pengkritik kerajaan?

Risiko atau masalah ini bermula apabila kumpulan mahasiswa, anak muda, aktivis NGO, pemikir, penulis dan media independen mula ‘bermain mata’ dan ‘jatuh cinta’ dengan parti-parti pembangkang. Di sini pengkhianatan kaum terpelajar muncul tetapi tersembunyi di sebalik slogan indah ‘membina barisan bersatu untuk memperjuangkan demokrasi’.

Dalam usaha itu, mereka gagal bersikap independen, malah tersedut dalam permainan budaya berpihak yang telah dijelaskan di awal tadi. Mereka menjadi sebahagian rangkaian kerja atau jentera parti-parti pembangkang. Mereka fikir telah berjuang untuk demokrasi tetapi mereka sebenarnya tidak menuju ke arah demokrasi. Langkah ini langkah mundur!

Mereka sebenarnya sedang memburukkan lagi demokrasi dan menyuburkan proses pembodohan dalam masyarakat! Permainan politik kita, akibat saratnya propaganda, hujah dangkal dan tidak jamak perspektif sama-sama membodohkan akal awam (public) seperti mana yang telah dijalankan oleh media-media Umno dan BN selama ini.

Akhirnya, untuk menang, PAS atau BA berbuat hal yang sama. NGO, aktivis, anak muda dan mahasiswa kita juga sama sahaja! Sekali lagi, projek pembodohan masyarakat ini berkembang - semakin subur, semakin meluas.
Jadi, bagaimana bentuk hubungan atau layanan parti-parti pembangkang terhadap media, penulis, mahasiswa atau aktivis yang mengkritik mereka?

Mereka harus mengalu-alukan kritikan itu. Jangan menganggap media, penulis, mahasiswa atau aktivis ini ‘musuh’ mereka sebagaimana mereka berdepan dengan parti-parti kerajaan. Malah, kerajaan juga tidak seharusnya mendiskriminasi media, penulis, mahasiswa atau aktivis yang mengkritiknya.

Hubungan orang politik dengan sektor-sektor lain harus setara, sebagai rakan dialog yang jujur, terbuka, tenang dan rasional-kritis. Tetapi dalam budaya politik kita, orang politik sering berasa ‘besar kepala’!

Ringkasnya, agenda kita ke depan itu bagaimana formatnya? Apa untungnya agenda ini kepada orang Melayu khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya dengan format demokrasi yang disarankan ini?

Kita harus menyuburkan budaya independen. Harus ada penulis independen, ustaz independen, pemikir independen, persatuan independen, guru independen, mahasiswa independen, kumpulan anak muda independen dan media independen yang memantau parti-parti politik dan tema-tema wacana yang ditolak kepada umum dalam persaingan sesama orang politik ini.

Individu-individu yang sayangkan Melayu dan Malaysia harus bersikap dan berjiwa independen saat ini. Ini sahaja ‘jawapan terbaik’ dalam senario dan kemelut politik kita. Sikap independen ini penting bagi memecah kebuntuan budaya politik kita yang terlalu berpihak, sarat propaganda dan membodohkan orang ramai.

Ber-independen itu maknanya apa? Apakah maksudnya kita tidak mempunyai pendirian politik atau tidak menceburi politik?

Independen bukan ertinya tidak peduli politik. Mereka prihatin pada isu-isu politik tetapi tidak mudah berpihak kepada sesuatu isu sehingga diperhatikan isu-isu dengan jelas, dengan jernih. Sehingga dapat dibentangkan kepada orang ramai duduk perkara sebenar. Jadi, terpulang kepada masyarakat untuk menilainya.

Jika budaya independen seumpama ini berkembang, pastilah tingkat ‘celik politik’ masyarakat kita akan dapat dipertingkatkan. Masyarakat seumpama ini berupaya pula merangsang parti-parti dan orang-orang politik agar menghargai wacana jamak perspektif, rasional dan pro-akal.

Sekarang, bagaimana sikap orang politik terhadap rakyat?

Sekarang, orang politik tidak menghargai wacana jamak perspektif, rasional dan pro-akal. Mereka senang menyebarkan propaganda, suka membakar emosi, mengelabui hujah-hujah, tidak jelaskan duduk perkara sebenar, dan tidak suka hujah berteori kerana (tersembunyi) dalam fikiran (andaian) mereka bahawa pendekatan seumpama ini sesuai untuk masyarakat.

Masyarakat mudah faham dan terima hujah politik kalau disuapkan pendekatan propaganda dan membakar emosi ini. Dengan kata lain, orang politik percaya masyarakat kita itu bodoh. Jadi, marilah kita sama-sama perbodohkan lagi masyarakat!

Permainan politik seumpama inilah yang berbahaya kepada orang Melayu dan Malaysia. Bersikap independen itu tujuannya untuk menentang projek pembodohan orang-orang politik kita, sama ada kerajaan atau pembangkangnya. Kita, anak-anak muda dan mahasiswa, harus bertegas melawannya!

Monday, May 09, 2005

Soal & Jawab (Q&A) bersama Fathi Aris Omar

ISU: Politik Melayu, budaya demokrasi & sikap independen, Siri 1

Kenapa dan di mana ‘bahaya’ politik kita?

Politik kita (Melayu, umumnya) menyimpan ‘bahaya’ kepada pemikiran kita kerana sifatnya yang sangat berpihak (partisan). Kecenderungan berpihak ini membiakkan lagi beberapa gejala negatif, tetapi sayangnya tidak diperhatikan, tidak dikenali dan dibahaskan dengan baik. Kecenderungan ini muncul kerana sifat dan budaya kita yang sangat tajam perseteruannya.

Apakah penyebab atau punca-punca yang memunculkan kecenderungan negatif ini?

Ada beberapa faktor yang mendorong kecenderungan ini. Ia saling berkaitan antara satu sama lain, bukan satu faktor sahaja. Ia bertindih dan bertaut dalam satu jaringan yang kompleks, beberapa lapis. Secara mudah, kita boleh nampak faktor-faktor berikut (antaranya):

(a) suasana yang tidak bebas dan tidak berimbang (tidak demokratik),
(b) pengaruh wacana agama yang menyuburkan keyakinan hak/benar/suci/iman dengan lawan politiknya yang dianggap kurang (atau tidak) hak/benar/suci/iman,
(c) masing-masing kumpulan bergegas untuk menang, maka mereka memajukan kepada orang ramai sisi-sisi benar diri (kumpulan) sendiri, dan mendiamkan sama sekali sisi-sisi lemah, palsu atau menyeleweng mereka; sebaliknya menunjukkan sisi-sisi buruk lawan politik mereka, mengabaikan sama sekali kebaikan pihak-pihak lawan,
(d) wacana baik-buruk dalam wacana politik ini pula dangkal sahaja, sarat propaganda (tapisan maklumat dan penyerongan perspektif), dan kurang perspektif teori atau sudut pandang yang meluas,
(e) pihak-pihak cerdik pandai Melayu yang lain ‘tenggelam’ bersama dua pihak ini (PAS dan Umno) atau ‘berdiam diri’ - mereka tidak turut serta menyuarakan hal yang luas, jujur, tenang dan kritis kerana faktor (a) di atas.

Dengan faktor-faktor ini, apakah kesan-kesan ‘negatif’ kepada masyarakat, sama ada mereka berminat pada politik atau tidak, misalnya anak-anak muda?

Masyarakat menerima satu-satu sisi hujah sahaja, tidak lengkap dan tidak luas. Sementara sisi itu pula kabur dan mengelirukan, tidak mendalam, tidak spesifik dan banyak waktunya tidak menunjukkan asal-usul sesuatu wacana politik itu berkembang. Hal yang sama bukan hanya terjadi kepada ahli-ahli politik, aktivis dan parti-parti politik.

Ia boleh mempengaruhi penulis-penulis kolum, pengamat politik, cendekiawan dan semua mereka yang mengikuti isu-isu politik. Apatah lagi jika mereka ini juga ada ideologi tertentu, ada kepentingan tertentu dengan pihak-pihak (parti) tersebut.

Kecuali, jika mereka berfikiran kritis dan menyedari faktor-faktor yang disebutkan di atas. Dengan menyedari faktor-faktor ini, mereka akan cuba mencari dan meneliti isu-isu politik dengan lebih luas. Dengan itu, mereka tidak terperangkap dengan wacana yang telah diserongkan, perspektif yang telah disempitkan dan propaganda selapis, atau, janji manis orang-orang politik.

Apa yang dihujahkan di atas itu memang sifat politik - semua orang ada kepentingan atau ideologi politik masing-masing. Jadi, bagaimana mungkin kita mengelak kesan-kesan negatif ini?

Tidak, apa yang muncul di negara kita ini bukan sifat ‘semula jadi’ politik. Ciri atau sifat politik kita ini dipengaruhi faktor-faktor yang dijelaskan tadi, misalnya suasana tidak demokratik yang menyebabkan banyak pihak cerdik pandai (atau kumpulan masyarakat terbabit) tidak dapat menyuarakan sisi-sisi pandang mereka sendiri yang independen.

Banyak pihak akhirnya bergantung, atau bersembunyi di belakang orang politik, menyalurkan aspirasi politik mereka melalui parti-parti yang ada. Jika mereka tidak senang kepada Umno, mereka ‘lari’ kepada PAS. Begitulah sebaliknya. Apabila mereka bersama sesebuah parti, sifat akal kritis mereka ditekan dan akhirnya lebur di bawah pijakan budaya sesebuah parti.

Sejak itu, mereka hanya nampak keburukan lawan politiknya sahaja dan melupakan keburukan dalam parti sendiri. Jika mereka berani menyuarakan (mengkritik) sesuatu melalui saluran di dalam parti, hal itu tidak diketahui oleh orang ramai. Maka masyarakat tidak tahu apa-apa yang bergolak di dalam sesebuah parti kecuali keadaannya sudah serius.

Jadi, budaya politik demokratik yang bagaimana yang harus kita suburkan?

Dalam sebuah negara demokrasi, semua pihak yang berminat boleh menyalurkan pandangan dan kritik politik mereka - sama ada kritik terhadap pemerintah atau pembangkang. Atau, kumpulan-kumpulan masyarakat lain yang cuba mempengaruhi dasar-dasar awam.

Boleh jadi mereka itu ahli akademik (sarjana sains politik, misalnya), wartawan, aktivis, mahasiswa, seniman, pemimpin masyarakat, wakil-wakil persatuan dan tokoh-tokoh di segenap peringkat. Mereka bukan orang politik dan mungkin tidak ada hubungan dengan parti-parti, jadi mereka dapat bersuara dengan lebih bebas, lebih jujur, lebih kritis, lebih bernas daripada ahli-ahli politik yang hanya mewakili kepentingan parti masing-masing.

Maksudnya, pandangan-pandangan politik yang ditawarkan kepada masyarakat itu banyak hala, banyak perspektif?

Ya, dalam budaya demokratik yang sebenar, politiknya berorientasikan wacana atau dialog beragam, pandangan mereka ‘jamak perspektif’. Mereka berhujah berorientasikan akal dan kajian. Mereka harus membentangkan kebernasan dan ketajaman analisa di depan masyarakat untuk dinilai dengan jujur. Mereka harus menyediakan program-program politik yang konkrit, bukan sekadar slogan-slogan kosong.

Jadi, tingkat kefahaman berpolitik masyarakat - di negara seumpama ini - memang tinggi. Masyarakat sentiasa waspada pada ahli-ahli politik, ada keghairahan untuk bersikap kritis pada kuasa politik dan orang politik.

Tapi persoalannya, budaya politik kita sekarang sudah tidak demokratik, memang sentiasa berat sebelah dan menguntungkan parti kerajaan sahaja. Parti-parti pembangkang atau aktivis masyarakat hanya mengikut keadaan atau arus politik yang sedia ada!

Di sinilah persimpangan isu yang harus kita waspadai. Jika kita mengikut arus tidak demokratik yang ada (yang dipelopori Umno-BN), lemas dalam percaturan politik saat ini (kononnya untuk memperbaiki keadaan tidak demokratik sekarang), tidak membuka wacana yang luas, rasional-kritis dan matang, kita sendiri tidak mendidik masyarakat. Kita tidak cuba mengangkat tingkat kefahaman wacana politik kita.

Jika kita juga menyebarkan propaganda, jika semua orang berpihak (sama ada pro-pembangkang atau pro-kerajaan), kita akan terperosok lebih jauh dalam senario tidak demokratik ini. Masyarakat akhirnya menjadi lemah. Masyarakat yang lemah kefahaman politik ini akan hanya mengikut secara membuta-tuli mana-mana parti atau ahli politik yang berjaya membuai-buai khayalan mereka.

Misalnya, dalam pilihan raya umum 1999, apabila mereka tidak senang dengan Umno-BN, mereka akan lari kepada PAS-BA pula. Dalam pilihan raya 2004, mereka kembali kepada Umno-BN. Tetapi lihat sendiri program-program parti-parti yang bertanding ini, apakah menguntungkan rakyat?

bersambung......
Patah Balek



Judul: Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi
Pengarang: Fathi Aris Omar
Tebal: 263 + xxii halaman (dengan indeks)
Penerbit: SIRD Petaling Jaya, Selangor
Terbit: 2005 (Februari)

Harga buku: RM28

Pengedar buku:
GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd,
No. 11, Lorong 11/4E,
46200 Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03-79578343/8342
Fax: 03-79549202
Emel: sird@streamyx.com

Pesanan boleh dibuat melalui emel atau telefon. Buku ini juga boleh didapati di kedai-kedai buku seperti Kinokuniya, MPH, Times dan Popular.


Tema-tema utama: budaya dan kebebasan kreatif, bahasa dan kesasteraan, peranan cendekiawan awam, kebebasan akademik, gerakan mahasiswa dan anak muda, reformasi politik, budaya demokrasi dan hak asasi, masyarakat sivil dan ruang awam, kebebasan akhbar, politik Islam, parti pembangkang Melayu.

AYU Utami, novelis terkenal Indonesia, menggelar penulis ini ˜Si Malin Kundang"- anak derhaka yang akhirnya menjadi batu dalam dongeng Minangkabau. Dalam versi Melayu, namanya ˜Si Tenggang". Novelis Saman dan Larung bagaimanapun menyatakan simpati pada pengarangnya Fathi Aris Omar. Kita tahu, batu karang juga sebuah lambang kekuatan,catat Ayu dalam ˜kata pengantar" buku Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi.

Ayu melihat Fathi Aris sebagai pengkritik bangsanya yang menceburi peristiwa-peristiwa politik Gerakan Reformasi, parti-parti pembangkang dan pertubuhan Islam tetapi sekaligus menjarakkan diri. Satu posisi yang sukar dimengertikan ramai orang kerana ibaratnya ˜tidak di laut, tidak di darat", jelas Ayu, juga sebagai anggota sidang pengarang jurnal sastera budaya, Kalam di Komunitas Utan Kayu, Jakarta Timur, tempat pengarang Malaysia ini menjalankan kajiannya sekarang.

Fathi Aris menjelaskan hal yang sama: artikel-artikel ini sebagai ˜jawapan" awal hasil sejumlah pertanyaan selepas krisis politik 1998 kerana kesungguhan dan minatnya yang mendalam dengan reformasi bangsa. Tetapi mungkin lebih banyak lagi soalan yang sengaja ditinggalkan untuk kita, untuk pembaca.

Fathi Aris mengemukakan satu landasan analisa dan berhujah budaya politik tidak demokratik telah mempengaruhi dan merosakkan semua orang dan semua sektor, termasuk aktivis dan ahli politik pembangkang, anak muda dan pemimpin siswa, dan pemikiran gerakan Islam. Kesalahan bukan hanya pada kerajaan, begitulah premisnya cuba meyakinkan pembaca.

Beliau mengingatkan perlunya sikap independen pada kelompok-kelompok seniman, cendekiawan, sarjana, wartawan, ulama dan siswa dalam ˜ruang awam"- ruang berwacana dalam kebebasan bersuara yang demokratik. Pengarangnya tidak senang dengan sikap berpihak berlebihan dalam politik Melayu yang telah mengakibatkan wacana-wacana awam bersifat propaganda dan menjadi tidak jernih.

Di tengah-tengah krisis politik kita, sikap ˜independen" tentunya tidak mudah popular. Ketika kerajaan dilihat sedang menekan pembangkang, bersuara ˜waras dan wajar" Fathi Aris ini sambil mengkritik pembangkang membingungkan banyak pihak.

Tetapi inilah ˜Si Malin Kundang" kita- mungkin beliaulah satu-satunya penulis muda Melayu (atau Malaysia?) yang bersedia mengambil risiko ini, risiko disumpah menjadi ˜batu".

Batu ini terus abadi (harapan Ayu Utami) agar ia mengingatkan kita tentang kecelakaan bersama yang sedang dilalui dan bakal kita tempuh lagi di masa depan. Bukunya Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi merupakan batu ingatan itu.

Seperti disaran oleh pengarangnya, kita tidak perlu bersetuju dengan semua analisa dan sudut pandangnya. Malah, dia menggalakkan kita mendebatkannya. Membaca buku ini pasti bermanfaat kepada mereka yang cuba mencari sisi-sisi berbeza, kritis, rasional dan kreatif dalam analisa politik Melayu dan Gerakan Reformasi 1998.

Koleksi artikel terpilihnya ini, asalnya dari kolum ˜Tiada Noktah" di Malaysiakini.com, tidak memuatkan kritik-kritik kerasnya terhadap kerajaan. Patah Balek lebih merupakan catatan budaya dan pemikiran, sebuah diari renungan diri (self-reflection) untuk sasaran kritikannya: seniman, cendekiawan, sarjana, aktivis, wartawan, ulama dan siswa.

Dengan itu, Patah Balek sentiasa sesuai dan wajar dibaca untuk semua.

Friday, May 06, 2005

David Teo bikin panas

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MMP, David Teo yang disiarkan di ruangan hiburan akhbar Berita Harian 5 Mei 2005 pastinya mengundang pelbagai pandangan yang pro dan kontra. Berdasarkan apa yang penulis faham beliau ini adalah penganut setia Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang dirasakan sudah lapuk.

Penulis menghormati pandangan David Teo walaupun penulis berharap dasar itu dapat digubal semula supaya ianya bersifat inklusif untuk disesuaikan dengan konteks negara ketika ini. Penulis menyokong penuh filem yang dihasilkan dalam segala bahasa kerana ia menggambarkan kepelbagaian dan keunikan yang ada di negara ini. Namun di dalam masa yang sama penulis berharap supaya jangan ada pengarah-pengarah generasi baru ini mempertikaikan dan memperlekehkan bahasa rasmi negara ini, Bahasa Malaysia.

Hidup filem Malaysia, Melayu Malaysia, Cina Malaysia, India Malaysia, Iban Malaysia dll!

MMP cari 10 pengarah muda

Ditanya kenapa tidak mengambil saja pengarah baru yang kini sudah dikenali menerusi indie film dan mencipta beberapa kejayaan kecil di festival antarabangsa, David berkata: “Kebanyakan mereka buat filem yang tidak mencerminkan nama filem Malaysia, tidak ada rasa hormat pada kaum lain, menjatuhkan imej kaum lain malah imej Malaysia sendiri.”

Bagaimanapun, David enggan mengulas siapa yang dimaksudkannya tetapi mengaku beliau tidak menyukai konsep kebanyakan filem yang dihasilkan pengarah muda sekarang kerana selain tidak ada elemen komersial, filem itu juga tidak menunjukkan unsur perpaduan bangsa dan nasionalisme sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi dihidangkan di festival luar negara.

“Kenapa buat filem Malaysia guna bahasa Inggeris, kita ada bahasa rasmi. Filem India tidak guna pun sepenuhnya bahasa Inggeris, begitu juga filem Thailand dan Filipina. Saya lebih suka buat filem Malaysia yang guna bahasa Melayu, semua rakyat Malaysia kena faham bahasa Melayu. Tidak salah selitkan Inggeris atau bahasa Cina dalam satu dua babak tetapi apabila hampir seluruh cerita dalam Inggeris dan Cina, itu bukan filem Malaysia.

“Saya rasa, Dasar Kebudayaan Kebangsaan kena diserapkan dalam filem Malaysia. Seperti orang kata, filem itu seni budaya kita, jadi kena ada nilai budaya yang positif untuk filem kita. Saya selesa buat filem Melayu walaupun saya penerbit berbangsa Cina tetapi saya rakyat Malaysia. Sebab apa? Saya sendiri selesa dalam masyarakat Melayu sebab dari kecil saya bergaul dengan Melayu. Jadi, unsur muhibah yang betul harus ditunjukkan dalam filem, bukannya unsur muhibah yang nampak jauh di hati penonton.

Thursday, May 05, 2005

Bila cakap ikut suka

Konsert Inul dingin, hanya warga asing penuhi stadium

Membaca kenyataan-kenyataan yang dibuat jurucakap Kempen Ekspedisi Dakwah III yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Herman Samsudeen menyerlahkan lagi sikap naif dan melulu sebahagian pimpinan PAS.

Walaupun terdapat pimpinan dan juga pendokong PAS yang berlawanan sifatnya. Namun berdasarkan pengalaman terhad penulis selama ini, penulis berani untuk membuat kesimpulan awal bahawa inilah sifat-sifat lazim yang dimiliki oleh pimpinan dan pendokong PAS, malah mungkin sebahagian daripada rakyat Malaysia.

Penulis menyambut baik tujuan dan niat penganjur selaras dengan konsep "Amar Makruf Nahi Mungkar". Tetapi penulis tidak mampu untuk menanggung derita apabila membaca kenyataan-kenyataan naif seperti ini.

"DPPWP berharap pihak penganjur dan Inul memahami mesej yang cuba disampaikan rakyat Malaysia yang kini sudah bosan dengan konsert-konsert artis dari negara luar"

Mana asas kenyataan ini? artis dari negara luar? Bagaimana dengan aris-artis dari Hong Kong dan Taiwan yang saban kali mengadakan konsert di KL dan Genting, bagaimana pula dengan artis dari Barat yang lazimnya sentiasa mendapat sokongan peminat tanahair? dan apa cerita pula dalam kes Peterpan. Tolong buat study sedikit dan kalau mampu banyak sebelum berkata-kata.

Katanya ini kerana,golongan artis pada hari ini telah gagal menjadi teladan yang baik pada masyarakat.

"Cukuplah dengan wujudnya isu artis - artis yang menagih dadah, sumbang mahram, bergaduh di kelab malam dan sebagainya.

"Kedatangan Inul pula, hanya sekadar memanjangkan lagi plot kebobrokan golongan artis yang kini sudah tidak releven dengan apa yang diingini rakyat,"katanya.

Bagaimana pula dengan pak imam-imam dan guru-guru agama yang melakukan kejahatan seperti merogol dsb? Adakah itu bermakna agamawan juga golongan yang bobrok dan tidak relevan? Sila semai sikap menghormati manusia yang lain, jika tidak boleh jangan hairan jika golongan muda tidak lagi menghormati golongan agama di masa depan.

Wednesday, May 04, 2005

jalantelawi.com

“Melatari kelahiran jalantelawi.com adalah sifat pemikiran dan hasrat yang sebahagiannya merupakan Lalita: muda, jelita, ghairah, seksi, pintar, berani, lantang dan cerdas — sifat-sifat yang suatu waktu dapat memikat dan suatu waktu lain menggerunkan. Lalita amat menyayangi, menghargai dan menyanjungi ibunya, pertiwi yang bernama India; terutama daerah asalnya yang “seperti tidak mengunjungi India jika tidak ke Amritsar.” Dalam masa yang sama, Lalita yang telah sejak lama jatuh cinta dengan idea-idea Barat — dan masih mudah jatuh cinta — kurang sabar dengan ibu kandungnya yang terpanah kemilau materi Barat tetapi dalam masa yang sama konservatif falsafah dan pandangan hidupnya, sama seperti orang-orang tua lain di Amritsar.

Pembaca mungkin dapat melihat sebahagian Lalita pada jalantelawi.com — pada rencana-rencana yang ditampilkan bermula kali ini dan kali seterusnya. Rencana-rencana asli dan terjemahan, dari khutub-khanah Timur dan Barat, dari zaman lampau dan kini, akan bermunculan di laman web ini setiap minggu.” — editorial

“Astora Jabat dan musuh-musuh beliau yang, antaranya, menggelar beliau “jebon” mengandung sederet persoalan. Ada faktor dan pemikiran tertentu yang melatari label dan maki-makian sebegini, terhadap peribadi-peribadi kontroversi seumpama Astora, yang dapat pula diterima begitu saja oleh khalayak (adakalanya sambil ketawa dan dengan bersahut Allahu Akbar!).” — fokus bulanan, ASTORA JEBON

Jika agama memasuki ruang awam, misalnya menjadi peraturan pentadbiran atau undang-undang positif, apakah ‘sah’ kita mencabar agama itu? Atau, mencabar agama dalam konteks seumpama ini boleh dianggap sejenis pengkhianatan, bughah, kepada negara (politik) atau langkah-langkah yang berhampiran dengan proses kemurtadan (akidah)? —Fathi Aris Omar, RUANG AWAM DALAM “ISLAM SIVIL”

“Jika reformasi 1998 adalah, dikatakan, saat yang mentakrifkan, dan Anwar pun telah dibebaskan, maka kita tunggu, dengan sabar, apakah renungannya dari penjara. Kita menanti Anwar, sebagai pemimpin agung, gerakan reformasi mengupas mauduk dan maknanya.” — Helme Hanafi, PENJARA

“Al-Massir menuntut kita melihat semula perdebatan antara akal dan wahyu (reason and revelation). Ia juga menuntut kita menjengah semula sejarah mereka yang mempertahankan kemanusiaan dan idea.” — Ammar Gazali, ulasan filem Arab AL-MASSIR

“Mengapa tidak disamaratakan duit cukai untuk pembangunan kuil, gereja, gudwara, tokong, sekolah agama-agama lain, program agama-agama lain, gaji dan elaun untuk kakitangan awam yang sepatutnya diimbangkan dengan satu kaum/agama yang ada sekarang, subsidi pendidikan, perniagaan dan pertanian untuk kaum-kaum bukan majoriti, dan hal-hal yang berkisar kepada keadilan sejagat?” — Midiskirt, BLETIAQ.

Baca semuanya di jalantelawi.com

Turut menempati ruang jalantelawi.com secara tetap ialah penulis buku Tumit Achilles Khalid Jaafar dengan kolum “Negeri Bertuwah” dan Clarissa Lee dengan kolum “Simposium” yang menjelajahi isu-isu sains, matematik, kebudayaan, falsafah, dan kesusasteraan dunia serta Farhan Affendi dengan “Tiket sehala dari Al-Azhar”.

Juga ditampilkan karya-karya terjemahan dari penulis-penulis besar dunia, seperti edisi ringkas Road to Serfdom oleh F.A Hayek; I, Pencil oleh Leonard Read dan puisi pembaharu Bahasa Arab di Mesir abad ke 19 Mahmud Sami Al-Barudi.

Sunday, May 01, 2005

SELAMAT HARI PEKERJA!

2005 MAY DAY MESSAGE TO MALAYSIAN WORKERS

by Sdr Kua Kia Soong, Director of SUARAM

SUARAM extends May Day greetings to all Malaysian workers. May Day is a time for all workers to take stock of the current situation not only in this country but also the common weal and destiny of labouring people all over the world.

1. Government's crackdown on migrant labour exposed contempt for labour rights as well as weakness in our economy

The government's recent crackdown on hundreds of thousands of migrant labour exposed not only a callous regard for basic workers' rights and dignity but also a serious flaw in Malaysia's economic fundamentals. It exposed Malaysia's dependence on low-wage migrant labour and the failure all these years to upgrade production through technological innovation and retraining in order to move up the value-added chain.

All these years of export-oriented industrialization, the government has been only concerned with assuaging the terms of multinational companies for a weak labour movement and suppression of wage levels.

Consequently, the country's ability to compete with other Asian rivals is in question. The vast numbers of unemployed graduates (80,000) also point to poor educational planning.

While we demand proper use of our resources and sound investment, Malaysian workers must stand in solidarity with migrant workers for they have also contributed to the nation's wealth. Workers of the world must unite to challenge the forces of global capitalism to ensure that there is peace, social justice, democracy and human rights in every country on this earth.

2. Malaysian workers expect new MTUC leadership to revive labour movement and fight for workers' rights

We extend congratulations to the new leadership of the MTUC under Sdr Syed Shahrir Syed Mohammad and Sdr Rajasekaran. Malaysian workers harbour great hopes that the new MTUC leaders will live up to their expectations to revive the labour movement and restore workers' rights in the country.

The labour laws must be reformed to allow workers to form national unions and to do away with bureaucratic supervision of union affairs and hampering of workers' rights. Today, there are fewer than 10 per cent of Malaysia's 10 million workers who are unionized and many are organized in in-house unions and not in national unions.

We expect the new MTUC leadership to educate workers about their rights and demands; fight for a fair minimum wage for workers in all sectors; women's equal rights and against sexual harassment at the workplace; assist unions in collective bargaining, and support industrial action by workers for better living standards.

3.Defend our public healthcare and water services

It was reported recently in a survey that the most important issue facing Malaysians is the rising cost of living. It has even overtaken crime as an issue of concern by the Malaysian public. We have recently been told that fares for public transport will go up by 0.9 sen to 12 sen per kilometer from May 2005. The diesel shortage has created hardship to industry and people alike and we have been told that the culprits are unscrupulous market fixers.

In the light of this concern, the government would privatize government hospital dispensaries in 2005. Privatised medicine so far has led to higher costs for patients and high profits for corporations. Our still affordable public health care system which has been carefully nurtured through the years must be defended by all Malaysian workers.

In terms of commitment, we note that the Malaysian government's healthcare expenditure (2.7% of GDP) is lower than the WHO recommended 5 per cent of GDP and also lower than Philippines' (3.8%), Thailand's (5.7%) and Singapore's (3.1%). It is high time that a fair and equitable National Healthcare Financing Scheme is introduced to protect all sections of the Malaysian public especially the less well-off.

Likewise, access to water is a human right. Water is a public asset which must not be allowed to fall into private hands. We reiterate our demand that public utilities - health, transport, water - must remain under public ownership and accountability.

4. Control Global Capitalist Forces

The global capitalist forces want free-market transformation of economic systems via liberalization, deregulation and privatization. They must be controlled or we will lose our public assets and this will lead to even more unequal distribution of income and unemployment.

Malaysian workers must demand transparency, accountability and democratic surveillance of government and corporations and more discipline of the private sector. Corrupt patronage networks and monopolies of cronies must be broken up.

5. Planning to Meet Needs

A state which truly represents the workers' interests would make social and economic interventions, guided by a highly mobilized labour movement and a high level of participation by civil society. There would be plural forms of ownership without the unaccountable concentration of private power. This would include a co-operative and communal sector within civil society. Apart from democracy in the wider society, workers should demand democratic forms of participation within the workplace.

Last but not least, Malaysian workers must demand that development is sustainable. Recent environmental disasters, especially the destruction of permanent forest reserves have exposed the government's lack of commitment to sustainable development and allowed state corporations to put profits before people.

6. Restore our Political Rights

Workers' right to organize is bound up with all the other civil liberties which have been denied Malaysians, viz. the right to assemble, associate and freedom of _expression. Workers' cannot enjoy these freedoms while there is detention without trial, while the press is not free and while the police abuse their powers with impunity.

7. Workers demand peace and self-determination

On this May Day 2005, workers of the world demand the withdrawal of US and coalition troops from Iraq. Let the Iraqi people solve their internal problems with the help of the United Nations. The US and western imperialist interests in Middle East oil and other geo-political considerations must not be allowed to cause so much suffering to the Iraqi and Palestinian people.

Unless the conflict in the Middle East is solved justly, there will be no end to the so-called war against terrorism, which has also been used as an excuse by our own government to justify detention without trial and other undemocratic laws in Malaysia.

Solidarity forever.....................

Mesej Hari Pekerja DAP
Mesej Hari Pekerja PKR