Monday, January 01, 2007

Aktiviti Minggu Ini

Tiada yang lebih indah dengan memulakan tahun yang baru dengan aktiviti-aktiviti yang penting dan berfaedah kepada diri sendiri dan masyarakat secara keseluruhan(sesetengah aktiviti sahaja). Selain daripada menonton pasukan kesayangan, Selangor beraksi di dalam Liga M menentang Sarawak rabu ini di Shah Alam dan Arsenal menentang Charlton di dalam EPL esok serta Liverpool di dalam aksi Piala FA empat hari kemudiannya. Ada acara yang lebih menarik serta penting dan wajib dihadiri oleh mereka yang berpendirian menentang(di dalam isu ini) dan yang pastinya mempunyai kelapangan masa.

Apakah aktiviti itu? Apa yang pasti bukan tayangan amal filem terbaru Nia Dinata, Berbagi Suami rabu ini di Cathay Cineleisure mahupun Konsert Search dan Slank di Stadium Merdeka sabtu ini yang juga wajib dihadiri. Bukan juga gig Ada Apa dengan Pop yang akan menampilkan band indie dari Indonesia, Sore di Little Havana pada hari yang sama Search dan Slank beraksi. Jika anda menyangka The Ricecooker & Bau Bau Café ground breaking party yang akan berlangsung malam ini di CM sebagai jawapannya, anda silap lagi. Jadi jika semuanya bukan, apakah ia? Jawapan aku adalah Demonstrasi Anti Kenaikan Tol di depan di plaza tol Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) Bandar Sunway, Selangor ahad ini, 7 Januari. Jadi jom ajak teman-teman semua untuk turun berdemo, mulakan tahun baru dengan penentangan terhadap kerajaan yang tidak prihatin dan tidak telus. Selamat berdemo!

Kenaikan Kadar Tol Lima Lebuh Raya Berkuatkuasa Pukul 6 Pagi Isnin
Opposition Leader lends his support to BMC residents
Demonstrasi anti-kenaikan tol 7 Januari depan

No comments: