Malaysia Destinasi Pelancongan Terbaik 2006- Bernama
US mag votes M’sia as top destination- Malaysiakini
Pembaca-pembaca majalah pelancongan berprestij Amerika Syarikat Global Traveler telah memilih MALAYSIA sebagai destinasi pelancongan terbaik di dunia pada tahun 2006 dan ia merupakan satu promosi baik bagi Tahun Melawat Malaysia 2007. Aku yakin ramai rakyat Malaysia terutama yang anti kerajaan (yang tak anti apa-apa pun ramai) di luar sana menolak mentah-mentah pemilihan ini dengan memberi berbagai alasan seperti 'tak ramai mat saleh tahu Malaysia kat mana', 'Malaysia kotor' dan macam-macam lagi. Lagi pula Pengarah (pengiklanan) Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia di New York yang mewakili kerajaan, Azizan Noordin menerima anugerah ini secara rasmi di sana."Then we asked: Where in the world do you like to go for business? Where would you jet off to for pleasure? You had the whole world to choose from, but the majority of respondents had their sights set on Asia.
Four of the top five tourism destinations were in Asia, with Malaysia heading the list. What a nice way to kick off 2007, marking Malaysia’s 50th anniversary of independence. Few destinations offer the natural beauty, the outstanding facilities and the phenomenal value for the money that Malaysia does. Perhaps you visited the first time on a business trip to Kuala Lumpur, but you went back for fun and relaxation"
Jika keyakinan aku benar, maka amatlah malang bagi mereka kerana sentiasa berfikiran negatif terhadap kebolehan yang kita mampu tawarkan kepada pelancong asing. Ungkapan 'tak ramai mat saleh tahu Malaysia kat mana berbanding Singapura' sering diperkatakan oleh rakyat Malaysia yang berminda negatif untuk memperlecehkan negaranya sendiri. Apa motif mereka aku pun tak tahu, tak pernah pula aku dengar saranan dari mereka berbanding keluhan atau mereka tak tahu nak bezakan Malaysia dan Barisan Nasional (walaupun aku akui BN memainkan peranan langsung, rakyat selebihnya yang memainkan peranan tak langsung yang cukup penting).
Entahlah, kepada mereka ini tanyalah diri sendiri atau rakan-rakan anda sama ada mereka tahu di mana letaknya London, Manchester, Paris, New York, Los Angeles dan lain-lain destinasi popular dunia. Aku yakin tidak ramai yang mengetahuinya baik secara umum atau pasti kerana geografi bukanlah semata-mata faktor, banyak perkiraan lain yang perlu diambil kira. Sedarlah rakyat Malaysia yang negatif! Promosikan negara kita walau apa jua fahaman kita dan jangan lupa jika berlaku korupsi di dalam kempen promosi dsb, kita tidak harus senyap tetapi di dalam masa yang sama janganlah dibunuh sektor pelancongan kita.
Sila baca travel blog tentang Malaysia di sini, setiap hari aku singgah di sini dan aku bangga setiap kali membaca komen positif tentang negara kita dan merasa sedih setiap kali membaca komen negatif yang mana selepasnya aku sentiasa memikirkan cara untuk memperbaikinya dengan berkongsi pendapat bersama rakan dan diikuti dengan amalan. Sebagai contoh, jika komennya Malaysia kotor, aku akan berusaha untuk menegur rakan-rakan yang membuang sampah merata-rata dan jika negatifnya tentang kualiti servis, aku akan mempertingkatkan kualiti servis aku dan juga teman sekerja. Senang cerita daripada banyak mengeluh lebih baik kita memulakan langkah dengan mereformasi diri sendiri, rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga.
No comments:
Post a Comment