Monday, January 22, 2007

Keranamu Malaysia

Photobucket - Video and Image Hosting

CHERAS semalam hari menyaksikan dua kejadian berasingan berlaku kepada aku. Kerana negaraku Malaysia aku menghadiri dua acara yang memberi makna besar kepada negara ini. Aku tiba di Stadium Badminton Cheras untuk menyaksikan aksi perlawanan akhir Terbuka Malaysia kira-kira pukul 2 petang dan sedihnya tiket yang berharga RM32 sudah habis dijual. Dek semangat aku menonton acara perseorangan lelaki yang dimenangi Peter Gade dan aksi set pertama perseorangan wanita yang menyaksikan pemain negara Wong Mew Choo beraksi di set televisyen yang disediakan penganjur di perkarangan stadium.


Photobucket - Video and Image Hosting
TV untuk mereka yang tiada tiket

Photobucket - Video and Image Hosting
Peminat setia


Tamat sahaja set pertama yang dimenangi pemain China, aku bergegas ke Perhimpunan Anti Tol siri ketiga di Tol Batu 11 Cheras-Kajang . Aku ke sini di atas kesedaran yang tinggi untuk melihat kerajaan mendengar dan melakukan sesuatu untuk mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya. Namun sebaik sahaja aku tiba di lokasi, polis mula memberi arahan dan bertindak ganas terhadap peserta yang enggan bersurai. Suasana begitu tegang dan ketika ini beberapa demonstran telah ditangkap dan para demonstran yang dianggarkan sekitar 80 orang mula beredar dari lokasi. Dalam ribut-ribut, dua anggota polis menyuruh aku beredar dan untuk play safe aku pun beredar menyorokkan diri. Setelah reda aku sempat berbual dengan seorang anggota polis yang berkata dia turut membantah kenaikan tol tetapi apa yang boleh dibuat, anggota keselamatan harus menjalankan tugas dan aku sangat memahami dilema ini. Namun aku tidak boleh memaafkan anggota polis yang kejam dalam menangani protes ini dan yang nyata adalah anggota polis lebih ramai daripada peserta protes.


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Kebanyakan peserta protes terus ke Balai Polis Kajang untuk membantu membebaskan rakan-rakan yang ditangkap dan aku terpaksa membuat keputusan kembali ke Stadium Badminton Cheras sambil berdoa kesemua tahanan selamat dan dibebaskan. Setibanya di stadium, aksi beregu wanita menghampiri penghujung dan di kala ini ada seorang penonton yang terpaksa pulang memberikan tiketnya kepada aku. Alhamdulillah akhirnya aku dapat masuk ke stadium yang penuh sesak dan diberitakan setiap hari kejohanan, tiket habis dijual dan stadium penuh sesak. Ini merupakan sesuatu yang positif terhadap negara dan juga sukan dan diharap rakyat Malaysia dapat memenuhkan Stadium Shah Alam di dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF selasa ini.


Photobucket - Video and Image Hosting
Juara beregu wanita
Walaupun Mew Choo tewas, pencapaian beliau ke aksi akhir harus diberi pujian dan diharap pemain nombor dua wanita negara, Julia Wong dapat mengikut jejak kejayaan Mew Choo. Aksi yang ditunggu-tunggu iaitu perlawanan akhir beregu lelaki menghadirkan kegembiraan kepada rakyat Malaysia di stadium dan juga di rumah setelah pemenang pingat emas Sukan Asia 2006 Koo Kien Keat dan Tan Boo Heong menewaskan pasangan veteran yang masih gagah, Chandra Wijaya dari Indonesia dan Tony Gunawan yang mewakili USA setelah berhijrah dengan straight set 21-15 dan 21-18. Aku berkongsi kejayaan ini dengan seorang anggota polis yang berdiri di sebelah aku, baru sahaja tadi aku hangin satu badan dengan polis dan sekarang bermesra kegembiraan.


Photobucket - Video and Image Hosting
Malaysia Boleh!

Photobucket - Video and Image Hosting
Wajah kepuasan

Kesimpulan untuk hari ini, kita mungkin mempunyai cara yang berbeza untuk meraikan 'negara' kita. Apa yang penting pihak kerajaan harus lebih terbuka seperti yang dijanjikan dan jangan sekali-kali menggunakan polis sebagai alat. Polis tidak bersalah seratus peratus kerana yang zalim sebenarnya adalah kerajaan yang ada sekarang. Hidup MALAYSIA! JATUH BARISAN NASIONAL! Ayuh ke Stadium Shah Alam!

No comments: