Wednesday, January 24, 2007

Detik Terindah

Arsenal vs. Manchester United - Thierry Henry 2-1


Arsenal vs Manchester United Highlights


Arsenal 2 - 1 Manchester United - 21/01/07 (All Goals)


Setiap kali melayari internet, aku tidak akan melepaskan peluang menonton video gol kemenangan ini berulang-ulang kali. Rasa puas yang amat sangat dan di dalam masa yang sama masih tidak dapat melupakan betapa senyapnya Restoran Padang Kota di Kota Damansara tatkala Raja Henry menanduk masuk kecuali jeritan aku dan segelintir kecil penyokong Arsenal. Perasaan ini samalah seperti jika parti pembangkang menewaskan rejim Barisan Nasional di dalam pilhan raya atau pasukan Selangor menewaskan Perak.

Aku tak kisah jika Arsenal gagal memenangi kejuaraan liga kerana perasaan puas dan 'riak' kerana berjaya menundukkan keegoon MU dan penyokongnya yang bersepah merata-rata baik di Shah Alam, PJ mahupun Melaka adalah lebih hebat. Perasaan yang sama juga akan dialami jikalau parti pembangkang menang di dalam pilihan raya kecil seperti mana di Lunas dahulu atau pun ketika Selangor menewaskan Perak di dalam apa-apa perlawanan pun. Hidup ARSENAL!

No comments: