Saturday, January 06, 2007

PERHIMPUNAN BANTAHAN KENAIKAN TOL

"Protes Kenaikan Tol" (satu gabungan parti pembangkang, kesatuan dan pertubuhan bukan kerajaan) akan mengadakan satu perhimpunan bantah kenaikan kadar tol di lima tol sekitar Lembah Klang pada Ahad ini (7 Januari 2007), jam 4 petang, di depan Kompleks Membeli-belah Sunway Piramid.

Orang ramai diseru untuk turun beramai-ramai bagi menunjukkan ketidakpuasan terhadap keputusan kerajaan yang anti-rakyat tersebut.

Gabungan amat kecewa dengan kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas sehingga hari walaupun satu memorandum bantahan kenaikan tol telah diserahkan kepada Perdana Menteri pada tiga hari yang lepas (27 Disember 2006).

Gabungan juga telah mengadakan satu ceramah umum untuk membantah kenaikan tol pada hari yang sama.

Gabungan berpendapat bahawa sikap kerajaan yang tidak mempedulikan tuntutan rakyat dalam isu kenaikan tol telah bercanggahan dengan pendirian Perdana Menteri yang ingin dengar kata-kata benar daripada rakyat.

Antara tiga tuntutan yang dikemukakan oleh Gabungan adalah:

1) Pendedahan kesemua kontrak-kontrak di antara kerajaan dengan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya.

2) Kenaikan kadar tol yang diumumkan untuk 1 Januari 2007 harus digantung.

3) Pendedahan semua pendapatan yang diaudit, yang telah dipungut oleh setiap syarikat lebuhraya.

Gabungan tegas bahawa kerajaan harus menjawab persoalan dan tuntutan rakyat dengan jujur kerana kenaikan tol akan membebankan warga Lembah Klang serta melibatkan kontrak di antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuhraya

No comments: