Batu Talam dan bodohnya pemimpin UMNO
Aku hairan betul dengan perangai pemimpin UMNO yang seakan tidak percaya bahawa PAS dan PKR akan memboikot pilihan raya kecil ni. Dulu sibuk nak pembangkang sifar, orang dah bagi menang percuma masih nak kecoh lagi. Elok sangatlah pembangkang boikot sekurang-kurangnya tenaga boleh dicurahkan untuk membantu mangsa banjir. Harap-harap SPR dapat melakukan sesuatu untuk memperbetulkan apa yang tidak betul di dalam mengendalikan pilihan raya di Malaysia yang sehingga sekarang masih banyak cacatnya. Tidak dapat dinafikan PAS boleh menang di Kelantan dan Terengganu, namun cuba bayangkan jika semua parti bertanding di atas permainan yang rata sudah pasti banyak kerusi jatuh ke tangan pembangkang.
Kalau SPR masih berdegil aku menyarankan parti pembangkang boikot saja pilihan raya umum akan datang dan jika mereka enggan, mari beramai-ramai mengundi pembangkang ataupun parti 'Undi rosak'. Biar kita saksikan undi rosak lebih tinggi daripada undi yang diperolehi parti yang bertanding.
Lunas
Kali terakhir aku turun membantu pembangkang semasa pilihan raya kecil adalah di Lunas yang dimenangi Keadilan. Selepas itu kesibukan hidup tidak mengizinkan aku untuk membantu kecuali dari segi sokongan moral sahaja. Namun apa yang pasti semasa musim pilihan rayalah kita akan dapat membaca kenyataan-kenyataan tidak siuman para pemimpin 'elit' UMNO dan kuncu-kuncunya. Inilah juga musim di mana mereka kelihatan bodoh tidak boleh diajar di kaca mata sebilangan rakyat. Apa yang kita boleh buat, mereka ini sangat degil, kita hanya mampu menangisi kebodohan mereka.
No comments:
Post a Comment