Tuesday, January 16, 2007

Malaysia Boleh!

Photobucket - Video and Image Hosting


Hari ini merupakan detik hidup atau mati pasukan bola sepak kebangsaan di dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Kita wajib menang ke atas Thailand untuk melangkah ke peringkat separuh akhir dan andai kata kita seri, belas ihsan Filipina amat diperlukan dengan mengharapkan mereka tidak memberikan banyak gol kepada Myanmar. Jika seri yang dicatat, defisit gol memainkan peranan bagi menentukan siapa yang layak ke saingan seterusnya yang akan dimainkan secara timbal balik. Aku mengharapkan pemain negara terutamanya Hairuddin Omar, Nizaruddin Yusof dan Shukor Adan dapat melakukan sesuatu yang menggembirakan. Naluri aku berkata Malaysia akan layak dan berdasarkan rekod pertemuan sejak beberapa tahun terkini, Malaysia selalu bernasib baik untuk muncul sebagai pemenang apabila berdepan Thailand. Harap menjadi kenyataan dan jika terjadi aku berjanji untuk turun ke stadium memberi sokongan padu di samping sumpah seranah lazim.

Super Series

Peminat sukan badminton pasti gembira dengan pengenalan Super Series yang boleh dianggap Grand Slam untuk sukan badminton. Siri baru ini menawarkan wang kemenangan yang lumayan dan yang lebih menarik untuk penonton adalah aksi yang dijanjikan berkualiti kerana hanya pemain yang menduduki ranking yang terbaik sahaja layak menyertainya. Siri pertama daripada 12 kesemuanya akan bermula secara rasmi hari ini di Stadium Badminton KL, Cheras sehingga hari minggu ini. Jom beramai-ramai ke Cheras memberi sokongan kepada pemain negara dan juga kepada pemain badminton yang mengorbankan hidup mereka kepada sukan yang sepatutnya lebih popular daripada sukan-sukan seperti American Football dll.

Laman web rasmi Terbuka Malaysia

No comments: