Thursday, January 31, 2008

Nidji, Club 8 & lagi muzik

Photobucket
Giring dgn vokal yang mantap
Photobucket

Photobucket

Photobucket
aku,naza,nana,diba
Photobucket
aku ngan naza, anak speaker dun kedah,jgn mare naza
Photobucket

-Minggu lepas memang meriah dengan muzik, hari rabu 23.1 berlangsung 'Nidji Top Up Tour Live Showcase di Ruums KL dan dua hari kemudian giiran band indie dari Sweden Club 8 dan penyanyi solo yang juga bekas anggota band Edson, Pelle Carlberg mempamer aksi muzik mantap di KLPAC Sentul
-Gig Nidji tidak berbayar setelah geng Don't Panic memberikannnya secara percuma semasa Youth 08
-Persembahan memang 'best bangat' dan masih terngiang-ngiang suara Giring hingga ke waktu ini. Apa yang pasti audien yang memenuhi dewan merasai saat euphoria tatkala lagu hit seperti Child, Sudah, Hapus Aku, Biarlah, Heaven dan Kau & Aku didendangkan
-Gig Nidji aku pergi bersama Naza, Diba & Nana serta teman-teman mereka yang ditemui di sana

Club 8 & Pelle

Photobucket
Club 8
Photobucket
Pelle

-Gig Club 8 pula dikenakan bayaran sebanyak RM35 jika tiket dibeli sebelum hari konsert
-Mula meminati Club 8 setelah diperkenalkan oleh Din yang lebih up to date dengan muzik2 terkini yang bercorak seperti ini
-Pertama kali mendengar lagu 'Saturday Night Engine' dan 'Spring Came Rain Fell' , aku sudah jatuh cinta. Aku selalunya mudah meminati sesuatu lagu dan cepat juga menolak sesuatu lagu untuk didengari lagi dan Alhamdulillah kebanyakan band2 yang diperkenalkan oleh rakan taulan dan dijumpai sendiri sentiasa senang memikat halwa telinga
-Gig dimulakan dengan band tempatan iaitu Ferns dan Couple yang menghiburkan audien yang masih belum ramai 15 minit setiap satu. Kedua-duanya tidak meghampakan dalam menaikkan semangat audien
-Club 8 beraksi selama lebih sejam dan jika tidak silap memainkan lebih dari 10 buah lagu
-Setelah tamat Club 8, giliran Pelle Carlberg membuka aksi dengan lagu-lagunya yang banyak bercorak cerita dan aku memberikan 5 bintang penuh kepada beliau kerana Pelle memang penyanyi dan penghibur yang sejati
-Aku ke KLPAC bersama abang aku dan bertemu Din dan Rina di sana serta teman seBorders dulu yang juga gitaris band Cassandra, Jen. Malangnya seorang lagi teman seBorders yang kini bersama Air Asia, Melisa tidak hadir kerana kurang sihat
-Jumpa lagi kalian di gig Explosions in The Sky di Ruums 19.2, yang ini wajib pergi kepada mereka yang turut meminati Mogwai
-Nampaknya scene muzik di awal tahun 2008 ini amat meriah baik untuk peminat band domestik dan juga band asing apabila Incubus akan sekali lagi turun ke KL pada Sunburst KL yang akan berlangsung pada 15 Mac. Malangnya aku tidak dapat hadir kerana akan ke Bandung pada hari tersebut. Harap2 kehangatan ini akan berlangsung sehingga hujung tahun dan kalau boleh selama-lamanya
-Scene muzik indie/alt bermula agak positif, begitu juga filem apabila filem Ho Yuhang baru saja menang di Rotterdam dan diharap semua ini akan membawa kepada kerajaan Malaysia yang lebih positif, baik kerajaan BN yang tumpas teruk atau kerajaan Malaysia BA dan DAP yang baru


Photobucket

Hailing all the way from Texas, US, Explosions in the Sky represents one of the most pinnacles in post-rock music of our time.

The band has received heaps of praises from both critics and music lovers all over the world, reaching beyond the realm of contemporary experimental music for their musical prowess, dramatic, cinematic and incendiary guitar works, and their narrative instrumentals.

Both on records and on stage, Explosions in the Sky displays an enthusiastic capability to capture immense and powerful emotions, transforming the most heart-felt passions into the most grand, wondrous and intricate of sound-scapes, carving eloquently, the beauty of human psyche in its finest and deepest connections.

In the words of their record label, Temporary Residence Limited, the band's music emotes "equal parts romance and tragedy, beautiful melodies with a tendency to ignite into head-spinning walls of noise. Easily one of the most intense live bands ever, their sound proves to be every bit as triumphant as their name implies."

The band released their latest album, "All of a sudden, I Miss Everyone" last year and has been touring since, with Kuala Lumpur, Malaysia as their only South East Asia destination.

Explosions in the Sky is Munaf Rayani and Mark Smith on guitars, Michael James on bass and Chris Hrasky on drums. For more info on the band, please visit www.explosionsinthesky.com or www.myspace.com/explosionsinthesky

Explosions in the Sky Live in KL happens at Ruums, KL, on February 19, 9:00pm.

Tickets are up for grabs at RM110 (Pre-sale) and RM130 (Door) from 1st February 2008 onwards. Fans who have been waiting for an awesome music gig to come their way can mosey on down to any Rock Corner outlets or Ruums Club, to secure themselves a place at the showcase.

For advance bookings, please contact 016-3369089 or ticketing@soundscape-records.com For Singapore fans, kindly call 65 97924816 or kittywurecords@gmail.com

Visit www.soundscape-records.com and www.myspace.com/kittywurecords for more updates.

Listen to their sample track here

Monday, January 28, 2008

Anugerah Juara Lagu ke 22

Estranged @ MySpace
Blog Estranged

Photobucket
Siti dh pandai menari,tahniah!

Photobucket
Lagu 'Itu Kamu' Estranged yg memukau

Photobucket
Foto tipikal aku
(Foto kredit kpd Faisal)


-Terima kasih kepada Faisal yang memberi pas masuk kepada aku, Azif dan temannya
-Kali terakhir aku mengikuti dengan penuh minat AJL adalah pada tahun 2004 di mana lagu 'Rela Ku Pujuk' dendangan Spider telah muncul juara
-Selepas itu aku kekurangan masa dan komitmen untuk mengikuti AJL walaupun mengetahui siapa finalis dan pemenangnya
-Tahun ini aku ikuti dengan separuh minat dan beserta harapan agar lagu 'Berdiri' nyanyian Suki dan 'Destinasi Cinta'nyanyian CT akan berjaya ke final
-Nyata hasratku hanya separuh tercapai apabila hanya lagu nyanyian CT sahaja berjaya melangkah ke final
-Kerana CT dengan 'Destinasi Cinta'nya lah aku teruja untuk turun ke Stadium Putra di samping penampilan tak tersangka band alternatif 'Estranged' yang mana akhirnya muncul juara AJL ke 22. Macam fairy tale pulak untuk diorang ni, apapun tahniah dan diharap banyak lagi band2 alternatif & indie yg bagus dapat masuk ke mainstream dan memaknakan semula wajah muzik rock mainstream yang sudah jahanam setelah berakhirnya zaman rock kapak dan zaman di mana band dari negara jiran menjadi raja segala band di sini
-Kemenangan Estranged juga memberi petanda yang baik untuk muzik di Malaysia kerana mereka menyanyikan lagu ciptaan sendiri dan bukannya lagu orang lain. Aku mengharapkan di masa akan datang lebih ramai penyanyi di final AJL menyanyikan lagu mereka sendiri
-Aku mula tahu band 'Estranged' semasa pemain drum mereka, Andy menjadi tamu untuk bermain drum semasa rancangan Latte @ 8 bersama Jason Lo di 8TV yang popular beberapa tahun lepas
-Lagu 'Mahakarya' nyanyian Faizal yang aku suka juga kalah setelah pengganti beliau Fiq gagal mempersembahkannya sebaik Faizal. Kepada pihak penganjur anda tidak perlu menjadi kerajaan pulak dengan mengharamkan Faizal dek kerana insiden bukak baju tu. Mush ado about nothing. Kerajaan banned semua menggelabah, itu namanya Malaysia BN.
-Kepada CT, tahniah dengan persembahan yang mantap dan aku tetap akan menyokong kamu dalam dunia muzik sehingga ke akhir hayat. Dunia politik belum tentu lagi la, hehe.
-Jumpa lagi di AJL ke 23 tahun hadapan
PRDM Boleh!


Photobucket


-aku tiba sekitar hampir pukul 1, singgah makan dulu di mamak sebelah Pelita bersama Pilus yang sudah menunggu
-perhimpunan yang lebih ramai polis daripada peserta aku rasa
-Polis di Malaysia nampaknya semakin bengong apabila berhadapan dengan perhimpunan orang ramai, sama ada mereka yang bengong atau kerajaan BN aku pun tak tahu atau kedua-duanya sekali
-Polis mengerahkan banyak polis sukarelawan untuk mengawal perhimpunan ini
-Peserta PROTES tidak ramai, aku anggarkan sekitar 200 orang termasuk yang berarak dari Ampang Park yang majoriti terdiri daripada kumpulan PSM/Jerit dan yang berlakon sbg media dan orang awam di sekitar KLCC
-Publisiti kurang menyebabkan perhimpunan kali ini tidak menarik ramai orang di samping mungkin rakyat takut dengan ancaman RAJA di Malaysia yang mengancam akan menangkap sesiapa sahaja yang berada di sekitar KLCC. Bunyinya macam berada di negara yang sedang dijajah, aku ingatkan negara ni dah merdeka, rupanya belum.
-Polis menangkap suspek 'pengacau' bak kata RAJA secara rambang dan yang pasti orang utama PROTES dan pemimpin2 juga turut ditangkap, diberitakan 58 ditahan dan sebahagian akan didakwa di mahkamah
-Aku seperti biasa Alhamdulillah tidak ditangkap walaupun beberapa kali terjerit slogan walaupun dikelilingi banyak anggota polis dan SB

Pasca PROTES

-Habis Protes, aku dan beberapa teman duduk minum di Pelita sambil mengimbau kezaliman RAJA dan borak2 biasa
-Aku sepatutnya nak ke gig Bingit di Teater MCPA dan Pelancaran buku Goenawan di Silverfish selepas tamat menyertai acara 'haram' di KLCC. Tetapi disebabkan kepenatan dan masih bengang dengan kebahlolan RAJA, aku duk rilek saja di Pelita sambil menonton ulangan perlawanan akhir tenis perseorangan wanita Terbuka Australia di antara dua gadia cantik iaitu Maria dan Ana yang aku telah saksikan di kaca tv sebelum hadir ke acara 'haram jadah' ini. Tahniah Maria dan juga Ana! Siapa kata yang cantik tak pandai main tenis? Anna Kournikova ye lah, tapi ramai lagi yang bagus, Anna Chakvetadze, Tatiana Golovin dan Maria Kirilenko, sekadar menyebut beberapa nama
-Selepas melambai tangan kpd teman sekolah Hafiz yang aku jumpa di Protes, aku dan Pilus bergerak ke Times Square dan Low Yat untuk usha buku2, majalah2 dan juga kamera digital sbl sekali lagi lepak di mamak Esfan sambil seorang lagi teman, Belut join sama
-Malam minggu di Bukit Bintang sentiasa meriah dengan muzik percuma dari budak2 busking yang bermain dijarido dan budak2 breakdance, turut memeriahkan suasana juga seorang busker mat saleh yang maha hebat apabila menggunakan seluruh anggota tubuhnya untuk bermain alat muzik tradisi dari pelbagai benua
-Setelah penat berdiri, kami ke Old Chang Kee untuk minum lagi sambil menikmati live band yang menyanyikan lagu2 yang membangkitkan nostalgia lama dan makan telur di dalam karipap
-Hampir tengah malam, Belut pulang dan aku dan Pilus meneruskan perjalanan ke Uptown Kota Damansara untuk membeli kasut bundle
-Setibanya kami di sana, OAG sedang mendendangkan lagu 'Generasiku' dari album OST filem 'Gol & Gincu'
-Selesai membeli, kami (aku) makan dulu sebelum melabuhkan hari yang panjang dengan semangat dan tekad untuk berjuang demi negara Malaysia yang tidak sekali-sekali akan lemah walaupun menyampah dengan sikap beberapa pimpinan, ahli dan penyokong parti pembangkang dan yang terpenting sekali berhadapan dengan kezaliman sang pemerintah, Barisan Nasional dan balaci-balacinya termasuklah RAJA yang sangat aku kasihani nasibnya.

Friday, January 25, 2008

PROTES

JANGAN NAIKKAN HARGA PETROL

Selepas pilihanraya kita semua tahu , harga petrol akan naik. Bila harga petrol naik, harga semua barangan pun akan naik.

Pada masa kini , Malaysia Institute of Economic Research (MIER) mencadangkan kerajaan naik harga petrol sebanyak 80 sen .

Inilah yang paling baik katanya . Bayangkan kalau harga petrol naik 80sen. Apakan akan jadi kepada harga barangan lain? Bolehkan kita mampu guna kereta lagi ? Fikirkan.

Kita sebagai salah satu negara pengeluar minyak, dengan untung PETRONAS mencecah 80 billion, tetapi rakyat negara ini kena bayar lebih untuk minyak. Katanya tak mampu subsidi. Apa yang disubsidikan? Apa yang dibuat dengan untung PETRONAS itu ? BUkankah minyak merupakan aset negara iaitu aset rakyat MAlaysia, maka bukankah kita patut menikmati untungnya?

SEDARLAH RAKYAT MALAYSIA! KERAJAAN BARISAN NASIONAL INI TERUS MEMBOLOS HAK RAKYAT MALAYSIA DAN TERUS MENJADIKAN RAKYAT MALAYSIA PAPA KEDANA!

MAKA DEMI MEMBANTAH RANCANGAN KERAJAAN INI UNTUK MENAIKKAN HARGA PETROL SELEPAS PILIHANRAYA, KITA TURUN UNTUK MEMBANTAH APA JUA KENAIKAN HARGA PETROL . TURUNLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MENUNJUKKAN KUASA RAKYAT DAN MEMBERITAHU KERAJAAN INI, YANG DIA TIDAK BOLEH MENAIKKAN HARGA PETROL SESUKA HATINYA ! TUNJUKKAN RAKYAT AKAN BANTAH !

26 JANUARI 2008 (SABTU),

3PM
Tempat : KLCC

Tempat Berkumpul : Ampang Park & Masjid KLCC ( selepas 2pm)

Semua Rakyat Malaysia Yang PRIHATIN TURUNLAH untuk membantah kenaikkan harga petrol!

Anjuran :

Gabungan Membantah Kenaikan Harga Barang (PROTES)

yang dianggotai oleh part-parti politik dan NGO

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :

Dr. Mohd. Hatta Ramli (019-339 8659), Arutchelvan ( 019-2537791)

Thursday, January 24, 2008

Rock Thy Neighbour

Photobucket

Photobucket
Bersama Acil dan Rekti dari SIGIT
Photobucket
Singapore Flyer, dibuka Mac ini
Photobucket

Photobucket

Photobucket
Vivo City
Photobucket
Gayat jugak naik benda ni
Photobucket

Photobucket
Agam(baju merah) budak Jakarta yg studi di Temasek
Photobucket
budak2 Melayu baru naik Singapura
Photobucket
Rekti dengan suara yang mantap
Photobucket
Me and my brother
Photobucket
Asyik makan je, patut la perut aku naik
Photobucket
Aidil menyanyi bersama VOX
Photobucket
Geng2 Bodysurf Ipoh, Jayzuan di sblh kanan

-aku pergi bertiga bersama abang aku dan rakan sekerjanya, Muniandy
-hotel tempat aku menginap kali ini betul2 di tempat tumpuan industri pelacuran Singapura di Geylang Lorong 20, selalu aku di Lorong 3 yang kurang kemeriahan
-kebanyakan pelacur tidak menarik perhatian aku sebab sudah berumur dan tidak cantik, senang kata tak inzal langsung
-berlangsung hangat dari 11 hingga 13.1 di Waterfront, The Esplanade Singapura
-akhirnya aku berpeluang menyaksikan band The S.I.G.I.T beraksi secara live dan sememangnya diorang tidak menghampakan, persembahan sangat hebat dan bertenaga walaupun crowd kecil dan hanya duduk di kerusi yang disediakan
-meminati The S.I.G.I.T setelah diperkenalkan oleh abang aku yang lebih update dengan scene di Bandung awal tahun lepas. Tak menyesal meluangkan masa mendengar lagu2 diorang masa tu sehinggakan aku terpaksa membeli CD bertandatangan mereka dan t-shirt rasmi.
-Masih banyak lagu2 band indie Bandung dan Indonesia yang masih belum sempat didengar, tu tak masuk yang lokal lagi
-Band dari Surabaya VOX menggantikan tempat The Adams yang sepatutnya beraksi
-Vokalis VOX pada satu ketika menjemput Aidil dari band lokal, Couple yang membuat persembahan pada Jumaat untuk menyanyi lagu The Beatles 'This Boy' bersama-sama sambil melaungkan slogan 'Damai Indonesia-Malaysia'
-tiada bayaran dikenakan, The Esplanade setiap minggu memberi hiburan percuma dengan muzik2 berkualiti kepada rakyat Singapura di pentas Esplande's Power House yang terletak di luar, di tepian laut dan bersebelahan gerai makan 'Makansutra.
-Minggu lepas satu lagi band tempatan, The Otherside Orchestra yang mana salah seorang member aku menyelinap menjadi sebahagian mereka beraksi di tempat yang sama
-Jangan lupa bulan Mac ini di sini juga akan didakan Mosaic Music Festival yang akan menampilkan band2 dan penyanyi yang hebat terutama band supergroup indie dari Kanada Broken Social Scene

Friday, January 18, 2008

Meriahnya Minggu Ini

Akhir-akhir ini hampir setiap hujung minggu di Lembah Klang pasti happening dengan pelbagai acara yang boleh memenuhi minat rakyat Republik Lembah Klang. Bagi minggu ini, empat(4) acara yang aku syorkan untuk disertai sebab aku pun turut pergi adalah;

YOUTH' 08

Photobucket

Sila lawat www.youthmalaysia.com untuk maklumat lanjut, aku akan berada di kaunter Youth 4 Change untuk kempen kesedaran mengundi di samping menjual buku. Jumpa di sana.

PROTON Malaysia Open Super Series

Tempat : Stadium Putra Bukit Jalil
Masa : 18.1 (suku akhir) 19.1 (separuh akhir) 20.1 (akhir)
Tiket : sila klik di sini
Live scores dan jadual perlawanan klik di sini

Insya Allah aku akan hadir pada hari Ahad untuk aksi akhir walaupun bercadang untuk ke sana pada hari sabtu, apa boleh buat ada aktiviti lain. Maaf ye rakan-rakan di Famemas. Aku akan hadir menyokong bersama kumpulan penyokong Famemas dan kepada sesiapa yang berminat untukturut serta, sila hubungi aku atau terus saja ke stadium dan cari mereka yang berbaju kunung biru berlogo Samsung

Flash Mob: Sat, 19 Jan 2008

Spread it like kaya on roti bakar!
Time for some flyering fun.

Time: 11.30am
Date: Saturday, 19 January 2008
Flash Point/Meeting Point: Outside Pizza Hut, The Mall (across from PWTC)

Instructions will be given out then (to encourage spontaneity).

Klik di sini untuk berita Flash Mob yang pertama di Suria KLCC dan di sini untuk web flashmob

Kata Suara

Photobucket

(Saturday) 19.01.2008 . 3 pm . R A Fine Arts - The Gallery
No.6 Jalan Aman Off Jalan Tun Razak,
55000 Kuala Lumpur

ADMISSION FREE . WELCOMING EVERYONE
(kindly pass on the invitation to anyone you think might be interested)
(For inquiries contact R A Fine Arts (t) 03 2161 7341 / Ted Mahsun (t)
016 310 7003)

Maklumat lanjut sila klik di sini

MINGGU DEPAN JUGA BANYAK AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK AKAN BERLANGSUNG DI LEMBAH BERTUAH NI, AKU AKAN UPDATE KEMUDIAN. MARI BERSAMA-SAMA MERIAHKAN HIDUP KITA SEBELUM MONSTERS MENYERANG!

Thursday, January 17, 2008

Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat Kelana Jaya


Photobucket

Aktiviti:

Semakan pemilih SPR
Pendaftar sukarelawan kempen pilihanraya
Kaunter keahlian PAS & KeADILan
Jualan buku & vcd (jumpa aku kat sini)
Cenderamata Anwar Ibrahim Club
Barangan BERSIH
Pendaftaran Kejohanan Bowling Piala Syed Shahir
Pendaftaran Kejohanan Futsal Piala Tan Sri Khalid Ibrahim
Percuma: Pelekat kereta "REFORMASI UNTUK KEADILAN"

Thursday, January 10, 2008

Muzik Muzik

The S.I.G.I.T di Singapura

Kepada peminat band dari Bandung ini, jangan lupa menyeberangi Tambak Johor hujung minggu ini untuk menyaksikan band ini beraksi di Esplanade secara percuma. Selain itu Vox dan band tempatan, Couple juga akan turut serta.

Kepada sesipa yang hendak memesan CD-CD atau buku yang sukar diperolehi di sini, sila hubungi aku sebelum Jumaat 10 malam.

Kalau ada yang nak beli CD SIGIT juga boleh hubungi aku sebab ada stok lebih, siapa cepat dia dapat.

Rock Thy Neighbour

Couple, Vox, The S.I.G.I.T.
Singapore
11 Jan - 13 Jan 08, Fri - Sun,
7.30pm - 10.45pm
Stage@Powerhouse

Experience the sugary side of rock ‘n’ roll with bands from our neighbouring countries - Couple (Malaysia), The Super Insurgent Group of Intemperence Talent (The S.I.G.I.T.) (Indonesia) and The Adams (Indonesia).
Jostling for centre stage will be sounds reminiscent of The Beatles, Led Zeppelin, The Beach Boys, Teenage Fanclub and Weezer.

Club 8 di KLPAC

Manakala itu band indie dari Sweden ini akan tampil di KLPAC pada 25 Januari, hari Jumaat. Moh ke Sentul beramai-ramai.

Selain daripada gig-gig yang akan hangat berlangsung di merata tempat, band-band dan penyanyi antarabangsa akan menjengah bumi Nusantara dengan The Police akan mengadakan konsert di Singapura pada 4.2 diikuti oleh Santana pada 18.2. Bjork pula akan beraksi di Jakarta pada 12.2 dan kesempatan seperti ini sangat jarang diperoleh penduduk di rantau ini. Namun begitu aku belum membuat keputusan sama ada akan pergi atau tidak. Incubus pula akan beraksi juga di Singapura pada 7 Mac.

Nasib baik aku tak minat Switchfoot, jadi tak payah fikir untuk sediakan bajet ke konsert diorang. Satu lagi apa cerita Bangkok Rock yang sepatutnya diadakan awal bulan depan aku pun tak pasti. Dengar khabar akan ditangguh pada November walaupun aku masih berharap ia akan berlangsung seperti yang dirancang.
Trip ke Port Dickson

-Gerakbudaya telah menganjurkan trip syarikat ke PD pada 4 hingga 6 Januari yang lalu

-Staf yang menyertai trip adalah aku, Chuan Boon, Haw Chit, Ms Ho serta ibu dan dua anaknya, Azizan dan isteri serta anak dan Rashri bersama isteri dan anak, jumlah semua 13 orang

-Menjemput Haw Chit di Kajang sambil makan Sate Kajang dulu sebelum bergerak ke PD

-Oleh kerana staf kami tidak ramai, tiada aktiviti khusus dirancang kecuali BBQ dan sekadar berehat dan berjalan-jalan di PD

-Menginap di bungalow di Batu 8 yang mempunyai 7 bilik dan lengkap dengan segala kemudahan untuk trip ala kem. Mampu memutkan 40 orang pada satu-satu masa

-Melawat Ladang Ostrich yang terletak berdekatan pada hari sabtu

-Malam Sabtu kami ke fun fair, sambutan penduduk di sini masih meriah tidak seperti di bandar-bandar di Lembah Klang

-Aku masih ingat fun fair menjadi tempat aku berhibur semasa kecil sama ada bermain permainan yang hadiahnya tak berbaloi, bermain video arked yang semestinya wajib atau menonton konsert XPDC

-Pantai Teluk Kemang kelihatan kotor jika dibandingkan dengan pantai di Bayu Beach dan juga pantai-pantai awam lain yang telah ditambak dengan pasir putih

-Hari Ahad kami ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan untuk melawat Rumah Api sambil beriadah sedikit menuruni bukit untuk ke pantai

-Aku sempat mandi seketika di pantai yang terletak di bawah, air suam-suam kuku sebab tengahari menyebabkan nikmatnya tak terkata

-Menaiki semula bukit amat memenatkan setelah lama aktiviti panjat-memanjat ini ditinggalkan

-Keseluruhan trip pertama kali ini sangat meriah dan bermakna untuk kami semua, terima kasih kepada bos kami Pak Chong yang walaupun sibuk dengan urusan lain sempat hadir seketika semasa sessi BBQ bersama Khai Loon serta membiayai keseluruhan kos trip

Photobucket
Rumah Api Tanjung Tuan

Photobucket - Video and Image Hosting
Indah macam di Bali

Photobucket - Video and Image Hosting
Rumah api dari pantai

Photobucket - Video and Image Hosting
Aku mandi di sini

Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting

Saujana mata memandang



Photobucket - Video and Image Hosting
Bungalow LB

Photobucket - Video and Image Hosting
Staf dan keluarga Gerakbudaya

Konsert Jelajah Malaysia Dewa 19 2007

-Destinasi terakhir berlangsung di Stadium Negara pada 15 Disember 2007

-Beli tiket paling murah iaitu RM30 kerana aku nak duduk rilek kat atas sambilmenikmati hidangan muzik Dewa 19

-Konsert Dewa keempat yang aku pergi di KL, pertama di Menara KL diikuti di Pesta Malam Indonesia di Stadium Merdeka dan terakhir di Konsert Malindo di Bukit Kiara

-Persembahan Dewa 19 masih mantap seperti dahulu

-Menampilkan Sheila Majid, Rabbani dan Mulan Kwok sebagai artis jemputan

-Mulan Kwok sangat seksi dan aku pasti penonton lelaki di hadapan pentas pasti berasa gembira

-Penonton rakyat Indonesia dan sebahagian kecil Malaysia bertindak nekad merempuh pagar untuk ke depan pentas dan aksi terjadi beberapa kali.


Photobucket - Video and Image Hosting


Photobucket - Video and Image Hosting


Jeritan Maria dan Comelnya Anna

Sedikit catatan,

-Maria Sharapova Live : Maria Sharapova lawan Anna Chakvetadze, kedua-duanya dari Russia dan berusia 20 tahun, tanggal 30 Disember 2007

-Semasa menonton pertarungan kedua-dua pemain di aksi separuh akhir kejohanan WTA November lepas di kaca tv, aku mengimpikan untuk menyaksikan Maria dan Anna di depan mata dan syukur tak lama selepas itu impian menjadi kenyataan

-Tiket paling murah berharga hampir RM200 dirasakan berbaloi walaupun agak jauh sudut pandangan

-Jeritan Maria sungguh kuat dan dia juga sangat sporting dengan crowd

-Anna pula sangat pemalu

-Menjadi budak jalanan apabila tidur sebentar di luar stesen MRT Lavendar menanti tren pertama beroperasi setelah tiba awal di Singapura

-Aku dikejutkan sekuriti setelah lena hampir setengah jam

-Lawatan wajib ke Borders, Kino, HMV dan Far East Plaza setiap kali ke Temasek

-Aku harap Anna atau Maria atau Ana Ivanovic akan memenangi Terbuka Australia nanti

Klik di sini, di sini dan di sini


Photobucket - Video and Image Hosting
Subuh di Singapura

Photobucket - Video and Image Hosting
MC menemuramah kedua-dua pemain

Photobucket - Video and Image Hosting
Servis Maria diikuti dengan jeritan

Photobucket - Video and Image Hosting
Servis Anna tanpa jeritan

Photobucket - Video and Image Hosting
9000 penonton terhibur

Photobucket - Video and Image Hosting
Maria menang 6-0, 7-6

Photobucket - Video and Image Hosting
Maria unggul walaupun aku menyorak untuk Anna

Photobucket - Video and Image Hosting
Maria meninggalkan gelanggang

Friday, January 04, 2008

Jom ke Dataran!
Photobucket


Mari berduyun-duyun ke Dataran Merdeka untuk sama-sama berdoa agar tahanan-tahanan ISA diberikan keadilan dan kekuatan untuk menempu kezaliman sang penguasa. Kita ke Dataran bukan untuk mengancam keselamatan negara seperti yang didakwa pihak polis dan kita tidak membuat kacau seperti mana Mat Rempit2 mengacam nyawa pengguna jalan raya lain dan juga orang awam. Jangan takut jangan seram sebab ini adalah komedi terhebat negara Bolehland ini.