Thursday, November 27, 2003

Freedom Film Fest dan Distortion 2003

Freedom Film Fest yang pertama di negara ini akan mulai berlangsung esok sehingga ke hari ahad di Institut HELP. Festival seumpama ini adalah julung kalinya dilangsungkan di sini.

Festival ini dianjurkan oleh Pusat Komunikasi Masyarakat atau KOMAS dan turut dibantu dan disokong oleh Institut Kajian Dasar. Sebanyak 17 filem daripada Kanada, Indonesia, Jepun, Iran, Bangladesh, Filipina, Myanmar, Kemboja, Amerika dan juga dari Malaysia akan ditayangkan secara percuma kepada audien.

Episod siri rancangan 3R yang dilarang untuk tayangan di TV3 juga akan turut disiarkan pada hari kedua di dalam slot gender dan seksualiti.

Suatu lagi acara menarik yang akan berlangsung dalam masa terdekat adalah Konsert Rock Distortion 2003. Konsert yang alan diadakan pada 6 Disember ini di Stadium Merdeka akan menampilkan band-band terkemuka seperti Pop Shuvit, Naked Breed, OAG, Flop Poppy, Koffin Kanser, Love Me Butch, Pretty Ugly, Gerhana Skacinta, Qings & Kueens dan Seven Collar T-shirt. Bayaran masuk adalah sebanyak RM35.

Tahun 2003 bolehlah dianggap tahun yang cemerlang untuk dunia seni dan hiburan tanahair(bukan arus perdana sahaja) di mana pelbagai acara dan peristiwa menarik berlaku. Kemunculan pengarah filem generasi baru yang semakin diterima dan dihargai adalah antara kejayaan yang bermakna. Kejayaan konsert Linkin Park yang berjaya menarik sejumlah 25,000 penonton menampakkan bahawa budaya berkonsert masih wujud di negara ini.

Konsert oleh band-band dari Indonesia seperti Dewa dan Gigi menambahkan lagi keceriaan walaupun jumalah audien yang hadir jauh daripada memuaskan. Sambutan yang hebat pada Acara Baca Puisi Keliling yang dianjurkan oleh kelompok anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Komunite Seni Jalan Telawi juga suatu perkembangan yang sihat.

Diharap tahun 2004 yang akan menjelma akan dapat memberi lebih sinar harapan kepada dunia seni tanahair dan diharap seni yang membodoh-bodohkan masyarakat di samping bersifat hiburan kosong semata akan berkurangan. Sebaliknya, seni yang membangunkan masyarakat untuk berfikir sambil berhibur amat diharap untuk terus berkembang.

Monday, November 24, 2003

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada pembaca dan pengunjung blog Kisah Rakyat Biasa, Zulhabri Supian

Friday, November 21, 2003

Jualan kereta menurun 10 peratus

Tahniah kepada pengguna Malaysia kerana telah memberi mesej kepada Proton bahawa produk yang ditawarkan mereka sudah menjadi tidak kompetitif. Untuk terus berdaya saing, harapan yang menggunung terletak pada bahu Tengku Mahalel dan rakan-rakannya.

Sila lihat statistik ini,

"Sales in the national passenger car segment slid 27.4% to 20,767 units in October from 28,628 units in the same month of last year"

"For the 10 months ended October, national passenger car sales dropped 18.6% to 230,132 units from 282,939 units previously"

"The non-national passenger car segment, meanwhile, continued to record higher sales, with 5,511 units sold in October, up 89.4%, from 2,909 units a year ago:

"A total of 42,651 units of non-national passenger cars were sold in the first 10 months of this year, up 63.8% from 26,034 units previously"

October motor vehicle sales down 10%
Malaysia's car sales dip 10 percent in October
Artikel di bawah adalah hasil ihsan saudara Fathi Aris Omar

Mampukah kita berkata benar?

Tugas ketua pengarang, editor berita dan juga kumpulan wartawan media arus perdana hari ini lebih besar dan mencabar. Mampukah mereka merembes budaya mengongkong diri sendiri, atau self-censorship sebagai syarat asas untuk melapor kebenaran dengan jujur dan beretika?

Perdana menteri telah menyatakan niatnya beberapa kali dalam tempoh dua minggu lalu untuk mendengar kebenaran, untuk membolehkan rakyat bekerjasama dengannya dan untuk tidak melayan "pembodek".

Terus terang, sukar sebenarnya menduga niat Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau mengulang-ulangkan niatnya itu, termasuk menyediakan alamat e-mel agar mudah dihubungi orang ramai dalam kempen mengurangkan karenah birokrasi.

Namun, lebih sukar lagi menduga reaksi-reaksi balas daripada masyarakat, khususnya Umno, media arus perdana, pegawai tinggi kerajaan, pegawai unit kawalan penerbitan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau anggota polis Cawangan Khas (SB).

Apakah mereka benar-benar memahami hasrat Pak Lah itu?

Kenyataan beliau, seperti dilaporkan, nampak sekali imbas jelas dan jujur tetapi apakah "makna tersirat" kepada unit-unit penting saluran maklumat seperti menteri kabinet, media massa, pentadbir universiti, KDN dan polis?

Jika ada secebis kejujuran dalam kenyataan itu, sejauh mana pula "batasan kebenaran" yang sanggup Pak Lah dengar atau mahu dilaporkan oleh media, KDN atau polis kepada perdana menteri?

Saluran komunikasi

Apakah muncul kesan-kesan buruk jika mereka berterus-terang kepada Pak Lah atau kerajaan? Apakah media massa boleh membuka ruang kepada bijak pandai kita menulis dengan lebih jujur mulai saat ini?

Pertanyaan ini tidaklah bermaksud meragui niat perdana menteri yang baru sahaja berkuasa sejak 17 hari lalu. Tetapi kebenaran yang beliau ingin dengar harus melalui saluran-saluran komunikasi dan maklumat datang melalui peringkat-peringkat pengawal (gatekeepers).

Walaupun Pak Lah jujur seratus peratus untuk mendengar realiti seadanya, tetapi belum tentu saluran dan pengawal komunikasi ini dapat menghayatinya. Apatah lagi jika kenyataan beliau itu ibarat slogan ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ (BCA) Dr Mahathir Mohamad.

Bunyinya indah sebagai slogan kempen ketika menghadapi pilihan raya umum 1982 tetapi sejarah kemudian membuktikan sebaliknya. Tidak lama selepas itu, pelbagai skandal kewangan berbangkit, termasuk yang dibocorkan dengan bukti-bukti konkrit oleh kumpulan-kumpulan penentang presiden, masing-masing dalam Umno, MCA dan MIC.

Skandal, penyelewengan dan salahguna kuasa muncul satu demi satu, termasuk yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara, sehingga tahun 1980-an lebih mudah diingat sebagai dekad hodoh daripada slogan manis BCA.

Ketika berdepan dengan kritikan serta pendedahan skandal-skandal besar ini, Dr Mahathir secara terancang menutup ruang-ruang kebebasan melalui penggubalan (atau pindaan) Akta Rahsia Rasmi dan Akta Penerbitan & Mesin Cetak.

Rasa curiga

Tindakan keras ke atas pengkritik pun bermula – walau di peringkat awal, Dr Mahathir dipuji kerana membebaskan ramai tahanan akta ISA – sehingga perlahan-lahan membekukan kampus, media, kesatuan sekerja dan melemahkan kumpulan masyarakat madani (NGO).

Justeru, muncul kesinisan terhadap kepimpinan negara. Banyak bicara manis Dr Mahathir dicurigai oleh orang ramai. Malah, keindahan slogan kempen atau pelaksanaan dasar awam tertentu ditafsirkan mempunyai niat-niat buruk.

Jika tidak bertujuan menyekat kebebasan bersuara pengkritik, dasar-dasar itu dikatakan untuk mengkayakan kroni sendiri, misalnya melalui projek penswastaan atau pembentukan kelas perdagangan dan industri Bumiputera.

Atau slogan-slogan itu – misalnya Kepimpinan Melalui Teladan – sekadar bermanis kata sahaja demi mendapatkan mileage atau kelebihan politik tetapi tidak mempunyai apa-apa makna, guna dan kesan.

Perdana menteri yang baru, ketika dia berhasrat mendengar kebenaran daripada orang ramai minggu lalu, harus memikul sebahagian besar rasa ragu-ragu ini. Tidak ganjil jika kecurigaan datang daripada parti-parti pembangkang, NGO atau pengkritik.

Tetapi jika rasa ragu-ragu itu datang daripada anggota kabinet, pemimpin Umno, media massa arus perdana, KDN dan SB sendiri, bagaimana? Maksudnya, mereka tidak berasa perlu mempunyai cara berfikir baru, cara bekerja baru, tingkah laku baru dan nilai baru yang serasi dengan kenyataan Pak Lah untuk menggali kebenaran dari masyarakat.

Cakap politik

Jika BCA boleh dijadikan slogan bagi satu kempen, malah seolah-olah sejenis dasar awam, masih lagi menemui kegagalan, apakah kita boleh berharap pada kenyataan akhbar Pak Lah yang belum konkrit?

Kedudukan beliau sama seperti BJ Habibie, selepas menggantikan presiden Soeharto, yang tidak berani memansuhkan permit penerbitan di Indonesia walaupun terpaksa membiarkan akhbar dan majalah baru diterbitkan.

Hakikatnya, kenyataan Pak Lah itu lebih lemah dan tanpa asas politik berbanding tindakan Habibie dalam kes ini. Kenyataan beliau itu, sama ada di Dewan Rakyat atau di konvensyen MIC, bukannya dasar konkrit yang ada locus standi perundangan tetapi semata-mata kenyataan seorang pemimpin politik.

Dr Mahathir sendiri berulang-ulang kali berkata ingin memerangi rasuah, seperti juga kenyataan Pak Lah, tetapi siapa yang percaya pada kata-kata ini? Kenyataan seorang ahli politik sudah lama dipandang curiga dan hati-hati. Jadi Pak Lah harus sedar bahawa wujud jurang antara niatnya dengan kepercayaan orang ramai.

Apatah lagi dia mewarisi budaya politik daripada seorang tokoh seperti Dr Mahathir – pemimpin yang sangat licik, sukar diduga, kata-katanya boleh memberi isyarat berbeza-beza atau tidak mungkin ditunaikan sama sekali!

Namun begitu, jika Abdullah benar-benar jujur dan dibantu oleh media massa arus perdana yang memahami niat beliau, apakah rakyat bersedia untuk bercakap benar? Apakah ada jaminan penganiayaan terhadap Hang Nadim (ketika Singapura dilanggar todak) tidak berlaku apabila kita bercakap benar?

Kebimbangan

Apakah rakyat sudah hilang kebimbangan daripada dikenakan tindakan disiplin (jika kakitangan awam), dipinggirkan daripada menerima projek serta anugerah (jika usahawan atau budayawan) atau diawasi SB (jika seorang pembicara di seminar)?

Apakah selepas ini ahli akademik, cendekiawan atau profesional kita akan mula bersuara secara terbuka mengikut hasil kajian, renungan dan kepakaran mereka tentang isu-isu nasional walaupun bertentangan dengan pandangan rasmi kerajaan?

Berkata benar, seperti juga konspirasi membisu (conspiracy of silence) atau kesan-kesan buruk ‘Sindrom Stockholm’ (Stockholm Syndrome), merupakan sejenis pembudayaan dalam masyarakat.

Kata orang Melayu, "Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri."

Budaya bercakap benar mesti disokong dengan mekanisme dan perundangan yang menghargai kebenaran serta menyelamat penyampainya.

Kemudian bertindak untuk mengatasi kelemahan atau menghukum penyelewengan agar tidak muncul pula budaya impunity (lepas bebas daripada hukuman walaupun bersalah) dan rasa sia-sia selepas berkata benar.

Tulisan ini asalnya diterbit dalam Malaysiakini.com (17 November 2003). Ia diterbitkan semula di sini dengan izin penulisnya. Beliau dapat dihubungi di fathiaris@yahoo.com

Wednesday, November 19, 2003

Akhbar Melayu semakin positif kepada pengarah filem generasi baru

Akhir-akhir ini, akhbar berbahasa Melayu iaitu Utusan Malaysia dan juga Berita Harian melalui laporan bahagian hiburannya telah memberikan liputan dan artikel yang berbentuk sokongan terhadap filem dan kewujudan pengarah filem generasi baru.

Ini tidak dapat dinafikan adalah sesuatu yang menggembirakan kerana ia memberi kita pelbagai indikasi yang positif kepada dunia perfileman negara. Pertamanya, generasi ini boleh dikatakan mewakili aspirasi dan pemikiran rakyat Malaysia moden. Mereka ini adalah golongan yang jujur pada karyanya, berani, progresif dan independen.

Keduanya pula adalah faktor kepelbagaian kaum di mana tiada lagi istilah pengarah Melayu sahaja yang dominan. Realiti yang seakan cuba untuk ditutup selama ini adalah bahawa negara ini terdiri daripada berbilang kaum dan mengehadkan filem Malaysia hanya kepada filem Melayu Malaysia adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.
Diharap nama-nama seperti Amir Muhammad, Osman Ali, Namron, James Lee, Ho Yuhang, Patrick Lee, Deepak Kumaran Menon dan ramai lagi akan menjadi identiti industri filem Malaysia.

Walaupun begitu, mereka tidak seharusnya leka dan selepas ini tanggungjawab dan peranan mereka semakin besar di dalam usaha untuk memartabatkan nama negara di mata dunia. Hasil kerja perlu dipertingkatkan dan kelemahan-kelemahan seperti kurangnya filem yang berwajah Malaysia dan kurangnya filem-filem yang bersifat revolusi harus ditangani.

Walaupun ia akan mengambil masa, usaha penghasilan filem-filem seperti itu harus dilakukan seiring dengan filem-filem genre yang lain. Sama ada generasi pengarah ini akan berjaya memenangi hati audien tempatan yang masih tersegmen kepada filem-filem tertentu, hanya masa yang akan menentukan. Jika gagal sekalipun, penghasilan fiem-filem yang tidak membodohkan ini harus berjalan.

Sejenak bersama Osman Ali
Nama Yusof Haslam di Itali
Yuhang dan James Lee ke Nantes, Perancis
Henti panggil Perdana Menteri Pak Lah - Rafidah

Utusan Malaysia telah menyiarkan berita tentang saranan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz agar semua rakyat Malaysia termasuk pihak media supaya tidak lagi memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan nama timangannya iaitu Pak Lah.

Hmm....aku secara peribadi menyerahkan hal ini kepada yang empunya diri iaitu Pak Lah. Sama ada Pak Lah atau Abdullah, ia tidak memberi sebarang makna kerana keutamaan yang perlu di ketika ini adalah tentang isinya. Soal luaran walaupun tidak dinafikan kepentingannya adalah soal kedua. Apapun, terserah kepada rakyat Malaysia dan aku akan mengikut sahaja tentang hal ini.
Apakah tindakan BPR di dalam mengendali isu balak di Pahang?

Berita di bawah telah disiarkan di Malaysiakini 18 November 2003.

Act on reports or face more revelations, warns logging company

Logging company Seruan Gemilang Makmur (SGM) today threatened to reveal more about its botched deal with Umno Pahang over a controversial multi-million logging concession, if the authorities fail to act on its previous reports.

Its director Syed Ali Badarudin warned that the details could provide fodder for the opposition and jeopardise Umno Pahang’s chances in the upcoming elections.

He said SGM plans to expose more alleged wrongdoings by Pahang Menteri Besar Adnan Yaakob during the awarding of the concession.

He added that the company will reveal receipts to show that Adnan’s aides had allegedly received money from SGM.

"We will let the people know how he abused his power," he said, adding that SGM may lodge a report with the Anti-Corruption Agency (ACA) regarding this.

He also claimed that no action has been taken regarding the two police reports and the two ACA reports lodged about four months ago regarding the matter.

He alleged that the authorities have not contacted the company or called any of its employees for questioning until today.

"We urge the authorities to expedite their investigation and conclude it as soon as possible. Otherwise, we will reveal more details," he said.

‘Unofficial payments’

In one of its earlier police reports, SGM claimed that two of the chief minister’s close aides received separate ‘unofficial’ payments amounting to more than RM320,000 in order for the company to secure the lucrative logging concession.

The reports also alleged that Adnan’s denial of the logging concession was in contempt of court and accused him of ‘breaching the law and cheating’ SGM.The previous ACA reports called for a probe on the issuance of licence to Umno Pahang to appoint a company to log the land which belonged to the state government since the party failed to settle the land premium.

The reports were lodged by DAP publicity chief Ronnie Liu on July 30 and PAS Kuala Pahang state assembly representative Mohd Iqbal Hamdy Mohd Rusdi two weeks latter.

The logging scam highlighted in July and August by malaysiakini centred around a 10,000-acre plot of land - about 40sq km in size - near Pekan.

It was awarded to Umno Pahang in 1998 by the state government led by then Pahang menteri besar and Umno state chief Khalil Yaacob, ostensibly for oil palm plantation.

To make the deal aboveboard, the party was required to pay a RM4.8 million land premium before logging activities could start. Although almost all of the land has been stripped to date, Umno has repeatedly failed to make the payment.

‘Hidden agreement’

In 2000, Umno Pahang gave SGM the exclusive right to fell, extract and sell the logs in the area. In return, the company paid the party a mere RM50,000 for the deal which is believed to be worth millions.

Industry experts were puzzled by the extremely low transfer rate and questioned if there was any "hidden agreement" between the two parties since several set of documents revealed that the deal was supported by high-ranking Umno Pahang officials.

Umno Pahang and SGM have since been embroiled in a legal dispute after the company failed to obtain a logging licence from the state forestry office to log the remaining 3,000 acres of the tract. SGM sought RM31 million from Umno Pahang.

However, the Kuantan High Court on Aug 15 allowed an application by Umno Pahang to set aside an earlier order for the party to pay RM70,000 to SGM in compensation. The date for the fresh trial has yet to be fixed.


Kita amat menanti-natikan apakah tindakan susulan yang akan diambil dan diharap Pak Lah dapat membuktikan bahawa beliau tidak hanya beretorik sahaja. Hairan sekali mengapa media arus perdana tidak mahu menyiarkan apa yang benar kepada Pak Lah dan kerajaan. Entah apa yang ditakutkan lagi, takkan hendak membodek sehingga sanggup merendahkan daya intelek dan pemikiran. Inikah yang dinamakan politik kestabilan, politik mengikut saluran atau yang sama maksud dengannnya?
Artikel tentang satira di The Star

The Star edisi Ahad yang lalu telah menyiarkan satu artikel menarik oleh Ann Lee yang bertajuk The ire in satire. Klik di sini untuk membaca artikel tersebut.
"KEEP IRENE FREE: DEFEND THE DEFENDERS " CAMPAIGN

Sila klik di sini untuk menandatangani petisyen pembebasan Irene Fernandez dari hukuman penjara selama 12 bulan yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret pada 16 Oktober yang lalu ke atas beliau.

Beliau telah dijatuhkan hukuman di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang menindas. Hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau merupakan satu episod yang memalukan negara kerana mereka yang memperjuangkan hak dan menunjukkan rasa prihatin terhadap isu-isu penting tidak dilayan dan dihargai, malah sebaliknya pula dihukum.

Monday, November 17, 2003

MTV Asia Awards 2004, sila undi sekarang!

Tidak sampai tiga bulan lagi, anugerah yang ditunggu-tunggu peminat muzik sekitar asia akan kembali. Singapura sekali lagi akan menjadi loksasi bagi anugerah yang akan berlangsung pada 14 Februari. Bila agaknya akan diadakan di sini?

Setakat ini, artis antarabangsa yang telah bersetuju untuk membuat persembahan pada malam tersebut adalah Dido. Selepas ini, aku pasti ramai yang akan mengesahkan kehadiran mereka. Melihat senarai pencalonan untuk Artis Wanita Pilihan, nama Avril Lavigne tercicir dan dijangkakan Michelle Branch yang akan memenanagi kategori tersebut. Diharap Micehelle Branch juga akan dapat hadir!

Bagi kategori artis pilihan Malaysia, senarai akhir calon yang bertanding cukup sengit dan masing-masing mempunyai kelas dan bakat tersendiri. Sayang sekali Ning Baizura tidak tercalon! Seperti biasa, aku yakin kategori ini akan dimenangi oleh Siti Nurhaliza dan untuk memastikannya ia terjadi aku turut mengundi Siti. Kepda yang lain iaitu Too Phat, Misha, Siti Sarah dan Jamal Abdillah, aku rasakan hanya Too Phat sahaja yang akan dapat memberi tentangan.

Aku juga tertunggu-tunggu calon-calon bagi anugerah artis pilihan Korea yang pada masa ini belum diumumkan. Aku harap BoA, Jang Nara atau Lee Jung Hyun akan tersenarai. Juga ternanti-nanti siapakah artis dari Korea dan juga Jepun yang akan hadir nanti. Apapun, jangan lupa untuk mengundi! Klik MTV Asia Awards untuk menunaikan kewajipan anda!
Bowling For Columbine

Setelah lama menunggu, akhirnya DVD Bowling For Columbine telahpun berada di pasaran 'pirate'. Filem yang memenangi anugerah filem dokumentari terbaik di dalam Anugerah Oscar 2002 sememangnya sangat menarik dan bernilai untuk ditonton dan diperbincangkan selepasnya.

Filem ini telah ditulis dan diarahkan oleh Michael Moore yang sebelumnya telah mengarah filem Roger & Me dan menulis buku bertajuk Stupid White Man.

Walaupun durasi filem ini agak panjang iaitu sejam 59 minit, terasa ia cepat berlalu kerana segala babak yang dipertontonkan mempunyai pelbagai isi dan persoalan yang menarik dan serta akan menimbulkan pelbagai polemik lain.

Secara dasarnya filem ini menceritakan tentang kegilaan rakyat Amerika dengan senjata dan keganasan. Di dalam filem ini juga digambarkan polemik yang dihadapi rakyat Amerika tentang penggunaan senjata dan juga persoalan mengapa jumlah pembunuhan melibatkan senjata terlalu tinggi jika dibandingkan dengan negara bebas yang lain.

Aku amat tertarik dengan satu analogi yang diberikan oleh seorang wanita yang mempunyai senjata sendiri di mana mengikut logiknya, dia mengatakan mengapa apabila rumah kita dimasuki pencuri atau yang sama waktu dengannya, kita akan memanggil polis. Jawapannya adalah kerana polis mempunyai senjata! dan dia berhujah lagi adalah lebih baik kita mempertahankan diri kita sendiri daripada bergantung kepada orang lain. Walaupun tampak menarik, aku tidak bersetuju tentang hal ini.

Menonton filem ini, kita sedikit sebanyak akan dapat mengetahui tentang sikap dan psikologi rakyat Amerika. Walau apapun, sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkannya sekarang di Sungai Wang Plaza dengan harga serendah RM13, bergantung kepada tawar menawar.

Saturday, November 15, 2003

Berhubung terus dengan Pak Lah

Rakyat berpeluang untuk memberi pandangan dan cadangan terus melalui e-mel jika menghadapi halangan prosedur birokrasi di reduceredtape@pmo.gov.my atau kurangkanredtape@pmo.gov.my

Perkhidmatan ini disediakan oleh Pak Lah di dalam usaha mengumpul maklum balas rakyat bagi mengatasi masalah korupsi dan birokrasi di perkhidmatan awam.

Alternatif lain adalah dengan membuat faks terus kepada pejabat Jabatan perdana Menteri di nombor 03-88883424 atau akses melalui internet.

Sila gunakan peluang ini untuk memberikan sebarang pendapat dan maklum balas yang terbuku di dalam hati dan selepas itu kita akan dapat melihat keberkesanannya.

Friday, November 14, 2003

Artikel di bawah adalah hasil ihsan saudara Fathi Aris Omar

Bebaskan media, Pak Lah

Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan hebat semalam. Paling hebat dan punca utama penyelesaian masalah, jika jujurlah niatnya dan berjaya dilaksanakan. Banyak masalah masyarakat, khususnya di peringkat bawah, dan isu-isu kilanan dapat dirungkaikan. Dengan ini, usaha pembangunan, khasnya melibatkan kemajuan daya fikir, dapat diterokai lebih jauh dan maju.

"Beritahu saya perkara yang sebenarnya," katanya ketika merasmikan Konvensyen Kebangsaan Jentera Pilihan Raya Umum MIC.

"Sebagai seorang pemimpin, kita perlu mendengar apa yang benar. Kalau tidak sanggup mendengar apa yang benar tak payahlah menjadi pemimpin."

Beliau dilaporkan menambah, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional "perlu tabah, berani dan kuat untuk mendengar perkara-perkara yang benar agar tindakan yang betul dapat diambil untuk memperbaiki keadaan."

Malah, simpulnya lagi, jika maklumat yang diberi tidak tepat, tindakan susulan kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang timbul juga tidak akan menepati sasaran yang sebenarnya. "Ini akan mengakibatkan hilangnya sokongan (rakyat) kepada BN," kata Abdullah.

Dalam dunia moden hari ini, bentuk-bentuk komunikasi awam telah dianggap "mediated", tidak lagi langsung seperti dalam masyarakat pramoden atau kumpulan kecil. Dengan bahasa mudah, komunikasi pelbagai sektor dalam masyarakat disalurkan melalui media massa. Oleh itu, media massa harus memberi ruang yang luas kepada pelbagai pihak untuk menyalurkan keprihatinan dan rungutan mereka kepada kerajaan.

Dalam tempoh lima tahun sejak 1998, kerajaan telah bertindak secara sistematik dan keras kepada media, khususnya yang dikategorikan "independen" seperti majalah Detik, mingguan Eksklusif, tabloid Harakah dan akhbar web malaysiakini. Manakala akhbar harian dan stesen TV yang rapat dengan parti-parti kerajaan melaporkan berita yang berat sebelah. Ada waktu-waktunya tidak beretika.

Merebut pengaruh

Semuanya dilaporkan seolah-olah baik, dengan nada sedikit "mengampu" sedangkan masyarakat kita, khususnya Melayu, bergolak sengit. Setiap hari kita membaca dan menonton berita yang menunjukkan pertelingkahan kata-kata kerajaan dengan pembangkang. Politik, isu-isu semasa dan hal-ehwal masyarakat seolah-olah ruang orang politik merebut pengaruh.

Cerdik pandai, seniman, profesional, budayawan, ahli akademik dan aktivis yang mengkritik kerajaan dengan jujur tidak diberikan ruang untuk sama-sama memberikan pandangan. Beberapa wakil daripada kumpulan masyarakat ini dibenarkan bersuara tetapi hanya untuk mengampu.

Mereka tidak mewakili kejujuran dan kebenaran yang Abdullah inginkan ketika merasmikan konvensyen MIC semalam. Akhirnya terbentuk tanggapan seakan-akan isu-isu nasional hanyalah layak dikendalikan oleh orang politik semata-mata.

Ruang perdebatan pelbagai sektor masyarakat gagal disampaikan melalui media massa. Jika benar kepemimpinan Pak Lah ingin mendapat maklumbalas jujur daripada masyarakat, media massa ini harus memainkan peranan yang telus dan beretika. Persoalan ini terletak di tangan beliau sebagai perdana menteri dan juga menteri dalam negeri.

KAMI, aktivis serta pengamal media independen, ada waktu-waktunya percaya Abdullah menutup media-media bebas ini kerana mengikut sepenuhnya arahan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad - seorang pemimpin yang menghadapi asakan dari banyak penjuru akibat keputusan-keputusan politiknya yang kontroversi dan keras.

Tetapi sekarang, hujah sedemikian sudah tidak relevan. Malah, inilah masanya Abdullah menebus semula kesilapan dan kelemahan pentadbiran Dr Mahathir yang terlalu kuat mengongkong media dan kebebasan bersuara umumnya.

Kesan kongkongan

KAMI memang tidak pernah menuntut kebebasan mutlak. Kebebasan media sentiasa datang bersama tanggungjawab dan etika profesional. Tetapi kekuasaan juga tidak boleh mutlak. Kuasa politik harus sentiasa dimuhasabah oleh rakyat melalui media massa dan pentas-pentas kebebasan bersuara.

Kita (khususnya penyokong kerajaan dan orang ramai yang jahil) sering membuat tanggapan serong apabila ada kumpulan masyarakat yang menuntut kebebasan bersuara. Seolah-olah idea ini asing, datang daripada konsep hak asasi Barat, tidak sesuai dengan nilai Timur dan keperluan di negara ini.

Padahal, jika Abdullah jujur, beliau boleh melihat sendiri kesan-kesan kongkongan sepanjang lebih 20 tahun pentadbiran Dr Mahathir. Negara kita tidak sampai ke peringkat kongkongan ini dalam masa 24 jam. Ia memakan masa yang panjang, malah lebih panjang daripada era Dr Mahathir lagi. Perlahan-lahan kebebasan ini disempitkan di kampus, di bilik berita, di pentas politik dan di pentas seni budaya.

Cuba bandingkan tahap-tahap kongkongan pada 1970-an, 1980-an atau 1990-an di banyak sektor kehidupan dan juga kesan-kesan kelumpuhan berfikir akibat matinya perdebatan terbuka isu-isu nasional.

Berikan kembali ruang kebebasan seperti pernah wujud sebelum era Dr Mahathir -- sama ada di kampus, media, atau pentas seni budaya. Malah, perteguhkan hak-hak asas ini dengan memansuhkan peruntukan akta-akta yang mengongkong yang dipinda secara sistematik oleh Dr Mahathir dulu.

Akibat usaha kongkongan secara sistematik dulu, semua orang akhirnya membisu dan tumpul berhujah. Misalnya, pemimpin pelajar sekarang atau lewat 1990-an, ketajaman mereka berhujah jauh lebih tumpul dan sempit berbanding pemimpin pelajar 1980-an atau dekad sebelumnya. Ahli-ahli akademik pula makin kurang memberikan kenyataan media, apatah lagi menulis rencana-rencana.

Buktikan kejujuran

Pegawai-pegawai kanan kerajaan yang bersara tidak dirujuk. Seniman, budayawan dan cendekiawan kita menikus. Bayangkan, betapa besar dan banyaknya tenaga intelek kita dibazirkan akibat kongkongan media dan sekatan kebebasan bersuara.

Pada hemat saya, inilah "sumbangan besar" Dr Mahathir - meminda akta-akta dan menghukum pengkritik dengan keras sehingga membina suasana ketakutan yang luar biasa di kalangan kumpulan pemikir masyarakat kita, khususnya orang Melayu.

Abdullah tidak mempunyai banyak pilihan kecuali memberi ruang kepada sektor-sektor cerdik pandai ini bersuara kembali. Paling baik, jika stesen radio dan TV milik kerajaan menjemput mereka bersuara dengan jujur. Tetapi setidak-tidaknya benarkan mereka bersuara dengan jujur dan telus melalui media-media independen seperti malaysiakini, Detik dan Eksklusif. Dengan bahasa lain, kembalikan permit-permit majalah dan tabloid ini segera!

Kita mungkin tidak dapat merakam atau mengangkat realiti setepatnya -- ini memang masalah asas kemanusiaan -- tetapi jika media dijadikan saluran komunikasi awam yang jujur, telus dan beretika, ia boleh diharapkan untuk mengukur pergolakan-pergolakan sebenar di peringkat akar umbi dan dari pelbagai sektor masyarakat. Daripada sini, kerajaan BN dapat mengukur dan bertindak sesuai dengan keperluan rakyat.

Dengan bahasa Pak Lah sendiri: "Kita mestilah tahu apa masalah yang dihadapi rakyat supaya respons kita tepat untuk menjadikan tindakan ini satu tindakan yang berkesan."

Malah, beliau juga berhujah, jika kerajaan tidak menyelesaikan masalah rakyat, mereka akan kecewa kerana "lain yang dikehendaki, lain yang diberi".

Perdana Menteri dilaporkan berkata, beliau tidak hendak dibuai dengan "berita-berita yang seronok" sedangkan rakyat menghadapi pelbagai masalah dan hanya bergantung kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Malah, beliau menambah, kerajaan tidak akan memencilkan golongan minoriti kerana kerajaan percaya pembangunan negara perlu dikecapi oleh semua.

Akhirnya, kita akan ketahui juga sejauhmana jujurnya perdana menteri baru ingin mendengar kebenaran daripada akar umbi ...

Tulisan ini asalnya diterbit dalam Malaysiakini.com (11 November 2003). Ia diterbitkan semula di sini dengan izin penulisnya. Beliau dapat dihubungi di fathiaris@yahoo.com
Kebekuan minda pemimpin MCA

Kenyataan Naib Presiden MCA. Dr. Fong Chan Onn yang mengatakan bahawa partinya akan memobilasi kaum Cina untuk menentang idea pelaksanaan negara Islam yang dilancarkan Rabu lalu mencerminkan kepada kita tentang sikap dan daya fikir sebenar seorang pemimpin utama parti yang menjadi tongak kedua terbesar pakatan pemerintah.

Lebih mendukacitakan adalah bantahan dan apa yang boleh dikatakan kempen benci oleh MCA ini adalah ia dibuat dengan terburu-buru tanpa ada keinginan langsung untuk menggunakan akal fikiran mereka terlebih dahulu untuk berdialog, menyoal dan bedebat. Malah yang lebih memilukan lagi adalah tiada usaha untuk membaca keseluruhan dokumen itu.

Tindakan jenis ini yang secara langsungnya mengenepikan kepentingan daya fikir di dalam bertindak tidaklah menghairankan. Ini telah menjadi latar belakang rasmi di dalam arena politik negara ini dan tidak terkecuali parti pembangkang juga.

Kenyataan pengerusi Majlis Peguam, Kuthubul Zaman Bukhari bahawa pihaknya akan mengkaji terlebih dahulu dokumen tersebut sebelum mengulas lebih lanjut adalah suatu tindakan bijak dan sangat dialu-alukan.

Amat menghairankan mengapa kekuatan akal yang diberikan oleh Tuhan yang membezakan manusia dan haiwan begitu sukar untuk digunakan. Aku secara peribadi masih enggan untuk berbicara lanjut selagi aku belum membaca keseluruhan dokumen tersebut.

Namun aku berpandangan adalah hak PAS untuk mengeluarkan dokumen tersebut yang pastinya adalah salah satu usaha parti mereka untuk meraih undi bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan. Ini adalah seseuatu yang dibenarkan di dalam negara ini dan kesediaan mereka untuk berdialog harus dipuji.

Sokongan dan bantahan adalah lumrah dan proses inilah yang akan mematangkan pemikiran rakyat Malaysia. Kolum Conversations di dalam Blog Jeff Ooi adalah salah satu ruang perdebatan yang wujud di alam maya dan ruang seperti inilah yang seharusnya wujud di media arus perdana.

Lagi berita tentang Dokumen Negara Islam PAS,

Dokumen Negara Islam PAS- versi BI
PAS unveils Islamic state blueprint
Malaysia political foes unite to bash Islamists
Malaysian opposition faces brickbats over Islamic state plan
Ucapan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Full text of the speech by Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang
Is PAS's blueprint merely an election tool?
PAS offers Malaysians a NEW DEAL and assures non-Muslims of a better deal
Questions and answers during press conference by PAS President, Dato' Seri Abdul Hadi Awang

Thursday, November 13, 2003

Memorandum Negara Islam PAS

PAS telah menggariskan 10 jaminan kepada rakyat Malaysia di dalam Memorandum Negara Islam yang dilancarkan semalam. Memorandum ini dikatakan hanya sebagai permulaan dan tidak terlalu intensif kandungan dan penjelasannya. Langkah PAS ini harus dipuji walaupun akan mengundang pelbagai kritikan dari pelbagai pihak dan aku berpendapat keberanian PAS mengambil risiko ini memperlihatkan keterbukaan mereka untuk membuka ruang perdebatan.

Jaminan PAS tersebut ialah:
1. Bahawa perlaksanaan Negara Islam seperti yang terkandung dalam dokumen ini menerima pakai Perlembagaan Persekutuan dengan beberapa pindaan mengikut keperluan.

2. Bahawa hak semua rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama dan kepercayaan mereka adalah dijamin.

3. Bahawa hak setiap rakyat mempraktik, memaju dan memperkembangluaskan amalan kebudayaan dan ketatasusilaan rumpun budaya adalah dijamin.

4. Bahawa tidak akan berlaku pemaksaan penganutan agama Islam ke atas bukan Islam.

5. Bahawa sistem perundangan yang bersifat dualisme yang ada sekarang ini akan dikekalkan.

6. Bahawa tidak akan berlaku pendiskriminasian mengiku kaum, keturunan dan jantina. Sebaliknya Negara Islam mengutamakan amalan meritokrasi.

7. Bahawa hak demokrasi setiap rakyat adalah terjamin sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

8. Bahawa semua kaum tanpa mengira bangsa boleh dipilih, dilantik serta melibatkan diri dalam proses politik, perundangan dan pentadbiran negara.

9. Bahawa hak untuk mendapatkan pendidikan dan mengikuti pelajaran dalam bahasa ibunda adalah terjamin.

10. Bahawa keseluruhan hak-hak wanita termasuk hak untuk bekerja dan mencari sara hidup serta hak mempertahankan maruah dan harga diri adalah terjamin.

Kita mengharapkan akan adanya diskusi dan perdebatan yang berilmu tentang memorandum ini di dalam pelbagai media baik di arus perdana dan juga media independen. Namun aku langsung tidak mempunyai sedikit harapan pun semua ini akan berlaku kecuali di akhbar Malaysiakini dan sesungguhnya aku berharap di bawah PM baru kita ini, pembodohan minda rakyat tidak akan berlaku dan pembukaan ruang wacana yang bebas dapat diberikan perhatian.

Sumber berita lain;

Malaysia opposition unveils Islamic state plans
Malaysia's Islamic Party courts support with "justice" agenda
Opposition Party Has Plan for Malaysia
Malaysian opposition party unveils Islamic state blueprint
PAS unveils blueprint to turn Malaysia into orthodox Islamic state

Monday, November 10, 2003

Joint NGO Memorandum on Reforming Malaysia

Two decades of former Prime Minister Dr. Mathahir Mohammad's authoritarian rulehas ended. However his legacy of policy errors, human rights violations, and indiscriminate abuses of power has impeded the progress of Malaysia and its public institutions. This has come at great social, economic and political costs to the nation.

Many of civil society's concerns have yet to be address by the government. These include:

•the deteriorating standards of human rights in the country;
•the concern over the encroachment of the state on fundamental civil liberties including freedom of the press;
•the growing concern about the independence of the judiciary and all other public institutions;
•the worry about the lack of transparency in the inquiries regarding numerous economic and financial scandals - dating back to the BMF scandal of the 1980s to the still unresolved enquiry into Perwaja Steel;
•the rhetoric of confrontation and antagonism that has come to characterise the relationship between the government and the opposition parties and dissidents;
•the deteriorating record of the police and security services in the country;
•and the enduring legacy of communalist and communitarian politics in Malaysia that has created an unstable and fragile political consensus that is shallow at best and dangerous in times of crisis.

The end of Mahathir's rule provides the new Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi an opportunity to start afresh and to right many wrongs in the country. This should be a new epoch for Malaysia and Malaysians - where there can be greater democracy and openness in our society and of genuine development of all our social classes. It remains our hope that Malaysia will reform to embrace a future free from want and free from fear.

In order to do this, the political environment must be conducive for genuine reforms to occur. For starters, below are basic tangible preconditions that are immediate and necessary for Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's administration to implement, in order to realise our hopes of reforming Malaysia:

1. National Unity and Pluralism

Pluralism, multiculturalism and national unity have been at best superficial. Despite 46 years of Independence, the colonial strategy of 'divide-and-rule' is still maintained. The first commitment to end this is for the government to:-

·Legislate a Race Relations Act and constitute a Race Relations Commission to combat racism and racial discrimination

2. Democracy

Democratic institutions have been hampered due to lack of accountability, transparency and authoritarian rule. In order to restore faith in these institutions and to make elected representatives accountable to the public, the following must be implemented immediately:-

·Limit the Prime Minister and Chief Ministers' tenure to two terms in office
·Constitute a parliamentary working group to reintroduce local council elections and elections of Senators

3. Civil and Political Rights

Malaysia's human rights record has been dismal, due to the arsenal of draconian legislation that the Executive has in its hands. The preconditions necessary for the reversal of this trend include:-

·Abolish the Internal Security Act
·Amend the Sedition Act, the Printing Presses Publications Act, the Police Act, the University and University Colleges Act, the Official Secrets Act the Trade Union Act, the Dangerous Drugs Act - Special Preventive Measures, the Emergency Ordinance - in line with international human rights standards
·Legislate a Freedom of Information Act
.Expand the powers of the National Human Rights Commission
(SUHAKAM)and implement all recommendations of the Commission made to
Parliament since 2000
·Release Malaysia's most famous political prisoner - Anwar
Ibrahim; release all ISA detainees or charge them in court
·End the four Emergency proclaimations of 1964, 1966, 1969, and 1977
·Sign and ratify the International Covenant on Civil and Political Rights; International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights; and the Convention Against Torture

4. The Economy and Social Services

Rampant privatisation of public utilities and public projects has resulted in vast amounts of public monies wasted and squandered. Funds from the national pension scheme have been used to bail out crony projects and these remain unaccounted for. Public services have been privatised at the expense of the public while basic social needs of the poor have deteriorated. The government must immediately:-

·Declare a moratorium on all privatisation projects in the country
·Declare a moratorium on all Employees Provident Fund's (EPF) investment until an audit on its performance is completed
·Stop the corporatisation of the national healthcare system
·Increase the number of low-cost housing and give land titles to existing villages and settlements of indigenous peoples, urban settlers, plantation workers and new village residents

5. Corruption

Corruption, nepotism and cronyism have become synonymous with the rule of Barisan Nasional in the past 22 years. To curb corruption in all levels of the government, the following steps must be taken immediately:-

·Reconstitute the Anti-Corruption Agency to make it independent
and accountable to the Parliament
·Enact regulations for all elected representatives in state assemblies and the Parliament to publicly declare their direct and indirect assets and businesses

6. Education

The development of mother-tongue education schools has deteriorated in recent years. The lack of academic freedom and freedom of association and expression in the institutions of higher education has severely compromised the quality of education in the country. There is an urgent need to:-

·Implement the increase of Chinese and Tamil Schools as promisedm during the 1999 General Elections; amend the Education Act 1996 to reflect the national education policy as originally stated in the Education Ordinance 1957 which ensures the development of mother-tongue education for all
·Amend the Universities and University Colleges Act and 'Aku Janji' to protect academic freedom and freedom of association, assembly and expression

7. Women

Women make up more than 50% of the Malaysian population, yet many of the rights of women have yet to be realised. Violence against women and sexual harassment at workplaces is increasing. In 1999, a coalition of prominent women's organisations produced a comprehensive list of demands and we call upon the government to:-

·Endorse and constitute a Parliamentary working group to implement
the "Women's Agenda for Change 1999"

8. Press Freedom

The press is a crucial institution where checks and balances and scrutiny of the Executive and all public institutions should be made. However public opinion is such that there is little trust in the media. Furthermore, Malaysia remains at the bottom of many international indexes of press freedom. There is a need to allow the press to operate independently of Executive control and for this to happen, the government must:-

·Amend the Printing Presses Publications Act and other related legislation to be in line with international press freedom standards
·Increase the number of licenses for newspapers, magazines, radio and television broadcasting agencies
.Reconstitute judicial review powers of the courts over the decisions of the Home Minister in relation to press freedom

9. Workers

Despite moving towards the path of an industrialised nation, many fundamental guarantees have not been made available to Malaysian workers. There is no minimum wage system across the board for all sectors and workers still face problems forming or joining a trade union. Hence the government should immediately:-

·Legislate a guaranteed minimum wage system for all workers as recommended by the Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
· Recognise the rights of workers to join and form trade unions, especially in the electronics sector
.Amend the Trade Union Act and other related legislation to be in ine with international trade union standards
·Ratify all remaining fundamental International Labour rganisation's Conventions in particular C87 Freedom of Association and rotection of the Right to Organise Convention, 1948

10. Public Institutions

Public confidence in public institutions such as the judiciary and the Malaysian Police has been shaken in recent years. In order to restore onfidence in our criminal justice system, the government must mmediately:-

·Constitute a Royal Commission of Enquiry to investigate all cases of police abuse of power, deaths in custody, deaths by police shooting and police brutality since 1998
·Establish an independent Judicial Commission to ensure a more transparent and systematic procedure for future judicial appointments.

Saturday, November 08, 2003

FREE SPIRITS OF ASIAN CINEMA: MALAYSIA Underground

Armed with inexpensive digital videocameras, a new generation of Malaysian film-makers is tackling issues long ignored by the country's mainstream cinema

By John Krich/KUALA LUMPUR
Issue cover-dated November 06, 2003

EARLY this year, Malaysian independent cinema came of age. Just off Merdeka Square, where Malaysia was born, an audience packed into the Actors Studio Theatre for the premiere of The Big Durian. Named after a tongue-in-cheek term for Kuala Lumpur, this personal essay is the most mature work so far by journalist-turned-film-director Amir Muhammad, 30, who has become the informal ringleader of a new generation of cinematic taboo-busters.

This film focuses on the racial jitters and political machinations surrounding an incident in 1987, when a Malay army private named Adam ran amok with a gun, killing one and injuring two. Made for less than $5,000 in just nine days, the film mixes real and re-enacted interviews to offer a straight-on but witty examination of ultra-sensitive issues--racial tensions, a national herd mentality--that Malaysians avoid discussing. Not surprisingly, despite screenings at overseas film festivals, The Big Durian is unlikely to be released in Malaysia.Ironically, films like the The Big Durian are only being made because of Malaysia's push for hi-tech industry and cutting-edge computer skills. Spearheaded by recent graduates of the Multimedia University, a growing coterie of young film-makers, armed with inexpensive digital videocameras and film-editing software, has begun holding a mirror to issues previously kept in the dark.

"A revolution is going on here--and it's long overdue," says Hassan Multhalib, who created the country's first animated feature 20 years ago. Vernon Emuang, producer of Lips to Lips, Amir Muhammad's 2000 comic debut, says: "A new generation is pushing the boundaries of our cultural landscape--and with each push, legitimizing another sector of society."He's not just talking about intellectuals, homosexuals, feminists, criminals, rebels or rockers--but Chinese and Indians who make up 38% of Malaysia's population. While few of the independents' subjects are overtly radical, their recent output finally puts on screen the concerns of an upwardly mobile multi-ethnic middle class, largely educated abroad and, says Emuang, "as metropolitan as any in the world."

Actor and film-maker James Lee, 30, whose 2003 film Room to Let, a tale of bored and alienated young Malaysians, has been shown at several overseas festivals, says: "The only way to get a clear picture of Malaysia is for all our races to contribute. This country doesn't need East vs. West, Islam vs. non-Islam, we need 10 perspectives on everything."Already limited by its small market to around a dozen movies a year, mainstream Malaysian productions have always been made in Bahasa Malaysia and are usually formulaic love stories or epics extolling the heroes of the majority Malays. The government censorship board--"a cultural Taliban," says Lee--approves these scripts and tightly controls the content.Most of the new generation of guerrilla film-makers don't even bother applying for official licences. The new, mobile technology allows them to make full-length features cheaply and quickly, before the authorities even notice. As for distribution, most get around the content restrictions applied to commercial releases by cultivating a growing coterie of enthusiasts at not-for-profit screenings that are publicized over the Internet.

True, some of the works are crude, their stories fumbling and imitative, and audiences are too small to provide any serious box-office returns. But the local mainstream industry isn't doing that much better: Between 1997 and 2002, 38% of the country's screens closed. In 2003, films in English from Hollywood outgrossed those in Bahasa by five to one. Piracy is rampant."The pirates have actually helped educate us in film. My aunt in a village now watches Kurosawa," points out Dhojee Roshishan, a book publisher. He has ambitious plans to set up a distribution network for independent films on campuses and to market direct to DVD. He's also tested the limits of censorship by co-producing Gedebe (Kelantanese slang for "Bad Ass"), an adaptation of a stage production by Nam Ron that depicts a Shakespearian power struggle with parallels to the ousting of Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim. "So far, no one has come to my house to take me away," says director Ron, 33. That wasn't the case for social iconoclast Hishamuddin Rais, director of the 1998 road movie From Jemapoh to Manchester, who wound up serving two years in jail.

AT THE SHARP EDGE

Another film-maker who knows all about working at the sharp edge is Osman Ali. The soft-spoken Ali, considered the most talented independent, was barely out of film school when he began work on an educational video for a gay, anti-Aids organization in the capital.He found his cast through tryouts at Aids clinics and managed to shoot Bukak Api--"to light a fire," street slang for a sexual encounter--in just 12 days in1998.

Local police tried to interfere, saying the film encouraged prostitution; neighbourhood gangs had to be won over; and the film could only have its world premiere inside the protected ground of Kuala Lumpur's Australian High Commission. "What a pity it can't be shown here," Ali says. "Video is a such great tool for exposing real life."Still, there are signs the establishment is coming to appreciate that the coreof 20 directors may be the ones to spur an industry revival. TV-7, a major Kuala Lumpur station, funded and broadcast a season of original 45-minute dramas by top independents, which was produced by Ali. And while the censorship board shows no signs of loosening up, another arm of government, the film- development board Finas is offering individual grants to several in the "underground."

As one Finas official, Hamzah Hussein, 76, points out: "If people want to see our true faces, these kids can show them."

Friday, November 07, 2003

Harapan awal Pak Lah

Sejak jawatan Perdana Menteri ini dipegang oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau telah menunjukkan kelainan yang agak ketara berbanding dengan PM kita yang terdahulu. Kenyataan beliau yang menyuruh bekerja bersama-sama dan bukannya bekerja untuknya adalah sesuatu yang harus dipuji.

Terkini adalah cadangan penubuhan Institut Etika Awam serta melaksanakan Pelan Kewibawaan Nasional ke arah menggalakkan urus tadbir yang berkesan, akauntabiliti serta kecekapan sektor awam dan swasta.

Beliau berkata kesemua ini bertujuan untuk mengurangkan kerenah birokrasi, memantapkan perkhidmatan awam dan membanteras rasuah dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada rakyat.

Kelihatan di hari-hari awalnya sebagai PM, beliau telah memperlihatkan sedikit karakternya sebagai pemimpin yang pro-rakyat dan pro-ketelusan.

Namun adalah lebih baik untuk terus bersikap skeptikal terhadap segala harapan dan janji-janji yang telah ditaburkan. Ini memandangkan kenyataannya yang berjanji untuk meneruskan segala dasar dan juga polisi yang telah dirangka oleh Tun Dr. Mahathir.

Kita tahu segalanya adalah hanya retorik atau janji-janji manis yang disogokkan kepada rakyat selagi beliau tidak mempunyai keinginan politik yang kuat untuk membuat perubahan yang ketara kepada beberapa institusi penting.

Meletakkan BPR sebagai satu badan di bawah parlimen seperti Suhakam adalah langkah yang paling wajar untuk dilakukan jika beliau bersungguh-sungguh untuk memerangi rasuah di samping perubahan sikap di kalangan pekerja sektor awam.

Kita tunggu apakah beliau sanggup melakukan perkara ini dan jika beliau masih berdolak-dalik, usahlah harap perubahan atau reformasi yang ketara di dalam sistem pentadbiran kerajaan.

Penerusan dasar-dasar serta undang-undang kerajaan yang menindas di bawah Tun Dr. Mahathir seperti Akta ISA, AUKU, Akta Penerbitan dan sebagainya memperlihatkan kepada kita bahawa pertukaran pemimpin hanyalah perpindahan kuasa dari satu golongan elit ke golongan elit yang lain.

Kuasa-kuasa yang mencengkam minda dan intelektual rakyat terus menerus mencari mangsanya. Kepentingan public discourse dan pandangan alternatif masih tidak menjadi agenda utama. Suara kira-kira 42% pemilih pada pilihanraya umum tahun 1999 yang mengundi parti-parti pembangkang kelihatan seperti tidak diendahkan dan adakalanya dianggap sangat minoriti.

100 hari pertama pentadbiran negara di bawah Pak Lah ini ditunggu dengan penuh minat dan debar. Apakah reformasi yang sanggup dilakukannya? Apakah karakter dan kekuatan beliau? Apapun, diharap Pak Lah tidak mengecewakan rakyat Malaysia yang prihatin dan peka!

Thursday, November 06, 2003

Artikel di bawah adalah hasil ihsan saudara Fathi Aris Omar

Kongkongan gagalkan k-ekonomi

"Masterpieces are not single and solitary births; they are the outcome of many years of thinking in common, of thinking by the body of the people, so that the experience of the mass is behind the single voice." – Virginia Woolf dalam A Room of One’s Own.

Jika tenaga kreatif itu seorang gadis manis, manakala kongkongan politik pula seorang pemuda kacak, mereka tidak mungkin ke jinjang pelamin. Tetapi Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mahu mengerti.

"Kahwin paksa" ini, jika mungkin, hanya pertemuan dua jasad di meja makan malam dan ranjang. Tetapi tenaga kreatif dan produktif tidak dapat dijanakan. Kita tidak sedar kesan tidak nampak dan tidak langsung, atau social cost, yang ditanggung akibat kongkongan ini, baik di kampus, bilik media, dunia politik dan pentas seni budaya.

Kita tidak membina – atau lebih tepat, salah tafsir "modal masyarakat" yang bebas dan demokratik – walau kita ghairah bercakap soal "modal manusia" yang kreatif dan berpengetahuan.

Bagi Dr Mahathir, keupayaan minda hanya untuk mengurus mesin dan daya kreatif pula harus diurus seperti mesin. Sebab itu, pendidikan tinggi harus berorientasikan vokasional-teknikal yang terlalu khusus, tanpa kebulatan minda manusia.

Falsafah utilitarianisme ini sebenarnya sudah berkembang sejak sekolah menengah bawah apabila pengkhususan disiplin ilmu perlahan-lahan terbentuk. Dengan bahasa mudah, pendidikan kita melahirkan tenaga kerja semata-mata (robot atau tukang), bukan "manusia", apatah lagi anasir berfikir yang kreatif dan imaginatif.

Bukan sahaja bekas perdana menteri ini tidak percaya bahawa kongkongan politiknya telah melumpuhkan imaginasi dan kekreatifan, tetapi ramai sekali di kalangan golongan terpelajar yang turut mempercayainya.

Pasaran antarabangsa

Golongan terpelajar ini turut berbangga dengan projek nasional seperti terjun di Kutub Utara, mendaki Himalaya, belayar merentasi lautan atau berenang di Selat Inggeris. Dr Mahathir menyebut dengan megah "kejayaan-kejayaan" ini di Dewan Rakyat minggu lepas, ketika membentangkan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-8.

Tetapi pernahkah pemikir seperti beliau sedar bagaimana produk idea dan produk budaya kita tidak pernah berjaya diangkat di luar sempadan negara? Apakah karya-karya besar Sasterawan-sasterawan Negara atau Seniman Negara kita berjaya di pasaran antarabangsa? Pernahkah lagu dan filem kita dibanggakan oleh peminat luar negara?

Siapa sasterawan muda yang boleh dibanggakan cerpen dan puisinya di pentas dunia? Sarjana, cendekiawan atau ahli akademik – di mana buku atau idea mereka yang dibahas serta dirujuk di dunia luar? Atau perisian komputer, animasi, multimedia, atau kartun (cetak) Bumiputera yang boleh diangkat di dunia luar?

Malah, produk kewartawanan dan wartawan kita tidak dikenali di luar batasan negara. Sebaliknya dalam bidang penyiaran, hiburan pop atau rekaletak penerbitan, kita tidak maju-maju lagi, tentunya sukar bersaing di dunia sejagat. Kenapa soal-soal ini tidak dianggap cabang kegiatan "k-ekonomi" yang Dr Mahathir hingar-bingarkan itu?

Kita dikenali sebagai pengeksport minyak sawit dan kondom sahaja, Dr Mahathir!

Saya sabitkan kegagalan ini dengan era kongkongan yang digunakan untuk memacukan ekonomi berasaskan mentaliti kilang pemasangan, pelaburan langsung luar negara (FDI) dan minda "tanah". Kestabilan ekonomi dan politik dicapi walau bagaimana dampaknya demi memancing pelaburan asing.

Makan gaji

Minda "tanah" maksudnya Gelombang Pertama yang disebut Alvin Toffler, apabila kita suka sekali memperuntukkan tanah, dengan segala insentif mewah, untuk membangunkan IT (Koridor Raya Multimedia), hiburan pop (E-Village) dan kini bioteknologi (Bio-Village).

Kita bukan membina tenaga kerja kita sendiri yang kreatif tetapi membuka tanah untuk didatangi pemodal dan teknologi asing, manakala lulusan kampus kita akan "makan gaji" di tempat itu. Tidakkah ini sama orientasinya dengan pembukaan kilang pada 1970-an dan 1980-an dulu? Cuma, dulu buruhnya tidak berpelajaran tinggi tetapi model sekarang tenaga kerjanya lulusan universiti.

Kononnya kita bertujuan membangunkan ekonomi berasaskan kreativiti dan pengetahuan – dan bagi perdana menteri sekarang, "revolusi mental" – tetapi di sekeliling kita usaha kongkongan semakin menjadi-jadi. Terbaru, lihat bagaimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membentuk jawatankuasa untuk menapis skrip teater!

Garis panduan itu terlalu umum dan merangkumi semua perkara, tidak ubah peruntukan yang diwarisi daripada penjajah Inggeris dalam Akta Hasutan. Kata profesor Ruth Walden, "sumbangan besar penjajahan kepada seluruh dunia"! Sepatutnya kita benarkan teater terus berkembang pesat sehingga layak dipentaskan di bandar-bandar besar di serata dunia maju.

Bekas perdana menteri minggu lepas juga merungut tentang keupayaan dayacipta yang rendah di negara kita. Begitu juga inovasi dan teknologi – masih rendah. Malah beberapa kajian asas dalam bidang pertanian gagal diperdagangkan.

Maka, dalam kajian separuh penggal itu, Dr Mahathir ada menyebut 10 tumpuan dasar, antara lain, memacu peralihan daripada ekonomi yang berteknologi rendah dan bermodalkan buruh kepada ekonomi berteknologi tinggi dan bermodalkan pengetahuan.

Buta seni

Pernahkah kita (maksudnya, ahli politik, cendekiawan, seniman dan ahli perniagaan) secara jujur akur bahawa keaslian buah fikir tidak lahir di bawah kongkongan, ia lahir di dalam ruang kebebasan, hak asasi dan demokrasi?

Kata Dr Jay A Seitz, "kreativiti adalah proses menjana idea-idea tidak popular – sama ada tampak, politik, ekonomi, sastera dan lain-lain – dan kemudian meyakinkan orang lain tentang nilai idea itu. Yakni, kreativiti hanya berfungsi dalam satu matriks sosial yang beranggapan idea sebagai komoditi dan wujud nilainya di pasaran intelek tetapi boleh dirangsang atau ditindas oleh organisasi atau institusi masyarakat yang lebih luas."

Pegawai kerajaan atau pemimpin Umno memang suka mengangguk dan mengulang-ulang semula istilah indah ‘k-ekonomi’ seperti diunjurkan oleh kerajaan. Tetapi tokoh berfikir, dan banyak membaca serta arif sepak terajang dunia pentadbiran golongan atasan, seperti Johan Jaaffar, tentu mempunyai kewarasan yang lain.

"Kita menganggap proses pembinaan manusia (selama beberapa dekad) untuk menjadi profesional ialah pembelajaran ilmu sains dan teknologi. Banyak graduan kita, juga teknokrat dan birokrat kita, selain pimpinan politik kita yang sebenarnya buta seni," kata bekas wartawan kanan ini dalam kolumnya ‘Di Luar Lingkaran’. (Berita Minggu, 26 Oktober)

"Ini krisis yang sama besarnya dengan kegagalan kita menjadi lebih baik dan lebih maju dalam sektor urusniaga dan industri. Kita sedang menuju pada krisis kebebalan seni di kalangan rakyat"

Dengan nada yang sedikit berang itu, Johan membuat kesimpulan yang sangat tajam (walau bagi segelintir orang, mungkin "simplistik"), " … mereka sebenarnya tidak mempunyai dasar minda yang betul untuk menghayati apa pun."

Mereka yang dimaksudkan oleh Johan, "ahli perniagaan, kumpulan profesional, birokrat dan ahli politik yang tidak faham makna sejarah, tidak mengerti seni sastera, tidak menghargai kebudayaan bangsa dan menganggap sastera dan budaya itu untuk orang lalai, keliru dan patah hati."

Kongkongan politik

Kelompok strategik bangsa dan negara ini rupa-rupanya lompong seni, dan gagal merumus kedudukan seni (dan kreativiti) dalam ruang ekonomi dan industri. Mereka tidak nampak pemisahan sains dan seni (atau sastera) sudah tidak relevan untuk maju di abad ke-21.

Jika begini orientasi berfikir mereka, bagaimana negara ini boleh maju dalam cabaran k-ekonomi, globalisasi produk budaya dan kecairan idea dalam era teknologi maklumat? Seorang pensyarah undang-undang Universiti Malaya juga mengkritik gejala kongkongan politik dengan perancangan k-ekonomi.

"Kerajaan sekarang bercakap tentang k-ekonomi dan k-masyarakat, tetapi jelas sekali, kebebasan asas atau hak asasi di kalangan rakyat tidak dipertahankan dan rakyat pula tidak diizinkan mengamalkan kebebasan seperti yang rakyat inginkan," kata Zalina Abdul Halim dalam satu kertas kerjanya di Bangkok.

Pensyarah ini percaya kongkongan maklumat, dan tekanan terhadap kebebasan bersuara (termasuk media), bertentangan dengan cita-cita besar negara ini untuk menjadi pusat serantau komunikasi, pendidikan dan hiburan.

Sehari sebelum membentang laporan separuh penggal Rancangan Malaysia ke-8, bekas perdana menteri menyebut negara ini memerlukan "top-class human capital" atau sumber manusia (baca: pengetahuan, idea dan kekreatifan) bertaraf dunia, tetapi tingkat pembacaan, penghargaan pada idea baru, atau kerancakan wacana di kalangan pelajar universiti, profesional dan seniman kita, masih sangat rendah serta memalukan.

Malah, saya perhatikan, mereka tidak ada disiplin berhujah dan berfikir serta jarang sekali mengetahui dunia luas selain disiplin khusus yang mereka pelajari.

Daya kreatif

Dalam satu tinjauan di kalangan profesional, pendidik, ahli perniagaan dan kakitangan pejabat (Sunday Star, 26 Oktober), 70 peratus responden menjawab bahawa siswa kita mempunyai masalah berkomunikasi ketika sesi temubual kerja!

Tetapi Fu Ah Kiow berpandangan luas dan bijak. Kata timbalan menteri ini, "ibu bapa sering berfikir bahawa anak-anak yang belajar dalam aliran sastera (seni) akan berakhir dengan kerjaya yang tidak menjamin pendapat lumayan. Pandangan (ibu bapa) itu salah dan ia hanya benar pada masa dulu."

Fu menambah, dalam Sunday Star (26 Oktober), "kebanyakan ibu bapa tidak sedar bahawa mendedahkan kanak-kanak kepada kesenian boleh menjana daya kreatif dan inovatif (khususnya dalam k-ekonomi)."

Jika Abdullah Ahmad Badawi tidak memahaminya dan gagal bertindak segera membuang kesan-kesan kongkongan ini dan mengambil daya perundingan terbuka dengan sektor-sektor kreatif, saya tidak dapat bayangkan bagaimana Malaysia boleh lebih maju lagi.

Pada waktu itu, rakyat akan faham bahawa akhirnya Dr Mahathir hanya memberi kita ikan besar-besar tetapi tidak mengajar kita memancing.
--------------------------------------------------------------------------------
Rujukan:

Johan Jaaffar (2003), ‘Jangan sampai kesenian bangsa dihina’ dalam Berita Minggu, 26 Oktober

Seitz, Jay (t.t.) ‘Political Science and Creativity’

Sunday Star, ‘Grads holding jobs unrelated to speciality’, 26 Oktober 2003

Sunday Star, ‘Studying art offers much potential, parents told’, 26 Oktober 2003

The Sun, ‘We need top-class human capital: PM’, 29 Oktober 2003

Walden, Ruth (2002) ‘Insult laws’ dalam The Right to Tell: The role of mass media in economic development, Washington: The World Bank

Zalina Abdul Halim, Freedom of information in Malaysia: A long and arduous journey dalam Iyer, Vinkat (2001) Freedom of Information: An Asian Survey, Singapura: AMIC dan Nanyang Technological University

"Tulisan ini asalnya diterbit dalam Malaysiakini.com (3 November 2003). Ia diterbitkan semula di sini dengan izin penulisnya. Beliau dapat dihubungi di fathiaris@yahoo.com"

Monday, November 03, 2003

Filem Antarabangsa

Semenjak kebelakangan ini, kemasukan filem-filem yang selain daripada Hollywood, Bollywood dan Hong Kong semakin bertambah. Terkini adalah penyangan filem-filem dari Thailand, Korea Selatan dan Iran seprti Talommpuk, Bang Rajan, A Tale of Two Sisters, White Room, Ringu dsb sama ada di skrin biasa atau skrin antarabangsa.

Untuk masa terdekat, dua lagi filem iaitu dari Jepun dan Thailand, Ju-On dan Ong Bak akan ditayangkan kepada umum.

Sekalung tahniah kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab membawanya seperti Buena Vista International, United International Pictures, Sunny International, GSC dll. Usaha seperti ini seharusnya dilakukan lebih awal lagi, namun lebih molek lewat daripada langsung tiada.

Sebelum ini, ruang yang ada untuk menonton filem-filem ini amatlah terhad seperti di Kelab Seni Filem yang membuat tayangan di Institut HELP, Japan Foundation di MTC, Alliance France di pusatnya dan Sobranie di belakang KLCC. Selain daripada itu, ada juga tayangan kecil di tempat-tempat tertentu yang tidak diberitahu secara meluas.

Namun tidak lupa juga sumbangan besar lanun-lanun cetak rompak terhadap usaha mewujudkan minat pada filem-filem seperti ini. Kemungkinan besar, filem-filem dari Thailand, Korea dan Japan sukar mendapat sambutan jika khalayak tidak didedahkan terlebih dahulu dengan versi cetak rompak filem ini.

Aku sebagai contoh telah menonton pelbagai filem Thailand cetak rompak yang mudah didapati di Kg. Baru semasa zaman kegemilangan mereka. Begitu juga filem Korea, Japan dan Indonesia.

Itu belum diambil kira sumbangan mereka bagi filem-filem dari Eropah dan Latin yang mudah didapati di dalam bentuk DVD di ketika itu(sekarang sudah kembali normal).

Amatlah diharap agar senario ini akan berterusan selamanya kerana aku berkeyakinan besar bahawa kepelbagaian filem yang ada baik dari segi negara asalnya, tema, budaya, persoalan dsb adalah sesuatu yang baik untuk khalayak filem di negara ini yang dirasakan masih bermentaliti kelas tiga sewaktu dan selepas menonton.

Kepada pembikin filem Malaysia baik yang Melayu, Cina, India, generasi lama, generasi baru dsb, sila hasilkan filem yang lebih baik yang dapat menembusi pasaran luar dan seterusnya dapat menjual budaya dan pemikiran rakyat Malaysia. Sememangnya harapan ini mungkin hanya dapat disandarkan kepada pengarah dari generasi baru yang mungkin lebih arif dengan persekitaran yang mewarnai hidup masyarakat kini.