Tuesday, January 16, 2007

Selebriti Cina dan bahasa


Photobucket - Video and Image Hosting
Janet sentiasa menawan

Photobucket - Video and Image Hosting
Pang Chin Fei melaporkan untuk Buletin Utama

Dalam banyak-banyak selebriti Cina tempatan, aku paling suka pada aktres Janet Khoo dan pembaca berita TV3, Pang Chin Fei kerana mereka sangat cantik dan berbudi bahasa. Namun begitu cantik sahaja tidak mencukupi kerana apa yang membuatkan mereka berdua berbeza daripada Carmen Soo, Marion Counter, Amber Chia, Lavin Seow dan ramai lagi adalah kepetahan mereka berbahasa kebangsaan. Aku amat kagum dengan kelancaran Pang Chin Fei bertutur tatkala membaca berita atau melaporkan dari lokasi walaupun terkadang isi berita yang dibacanya membuatkan aku nak demam panas.


Photobucket - Video and Image Hosting
Suki yang kawaii

Janet Khoo tidak perlu dipersoal lagi kerana kita sering melihat wajahnya di kaca televisyen membintangi drama berbahasa Malaysia. Janet juga amat berbudi bahasa dan merendah diri dan banyak testimoni dari teman-teman seperti Allan Koay, Nazrul dan termasuk aku sendiri yang mengesahkannya. Calon terbaru yang mungkin akan menjadi kegemaran aku dek kerana kepetahan berbahasa adalah Suki. Jadi kepada anak-anak muda di luar sana tidak kira apa bangsa sekalipun tingkatkanlah penguasaan bahasa kebangsaan anda dan juga Bahasa English. Jadikan ia agenda wajib dalam hidup anda.

3 comments:

ASL said...

Kat Pantai Timur berlambak Cina yg cakap Melayu sebagai penutur jati.

wu said...

kalau dengar orang cina di kelantan btutur dlm bahasa melayu,memang kita tak tau mereka orang cina, kecuali setelah tengok muka mereka

deroyanmangko said...

Satu MALAYSIA