Friday, April 30, 2004
Aku dan bangunan itu- Aran
di bangunan itu
aku duduk di tembok batu
dengan niat nan satu
menunggu kamu tiba di situ
di bangunan itu
sambil menunggu kamu di situ
ku karang kata-kata rindu
yang istimewa untuk mu
di bangunan itu
penuh sesak orang bertamu
semuanya bagai meluru
bak tiada esok bagi mu
di bangunan itu
aku tabah menanti di situ
menahan resah di kalbu
menantikan kamu
di bangunan itu
tempat berlabuhnya cintaku
bagai bas-bas itu
di bawah bangunan itu
di bangunan itu
aku tetap menantikan kamu
walaupun ku tahu
cintamu tiada lagi untukku
di bangunan itu
menjadi saksi bahawa diriku
bertuah memiliki kamu
di satu masa dahulu
di bangunan itu
diniharinya aku sudah di situ
menantikan kamu
sebagai bukti sayangku padamu
di bangunan itu
rasional menjadi debu
cinta menjadi pemandu
hati menjadi batu
di bangunan itu
pernah kau tidur di bahuku
bukti kau percaya padaku
kini tinggal menjadi abu
di bangunan itu
aku terkenang cerita dulu
lalu aku menjadi sayu
kenangan cintaku di Hentian Pudu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment