Friday, July 30, 2004

Diskusi Bersama Ayu-Utami 

KOMUNITe SENI JALAN TELAWI (KsJT) dengan kerjasama IKD-KAF

Dengan rasa hormat, kami menjemput saudara merapati Ayu Utami: penulis muda Indonesia kontemporari dalam diskusi yang bertajuk;

"MENYELAK SI PARASIT LAJANG"

("Si Parasit Lajang" adalah himpunan esei Ayu Utami sulung selepas dua novelnya yang mendapat perhatian dunia sastera, "SAMAN" dan "LARUNG" -- dua novel yang ditulis sejurus kejatuhan rejim Soeharto)

TEMPAT: Dewan Parameswara, Shah Village Hotel, Petaling Jaya (bersebelahan A&W atau disko DV8 -- dekat dengan Stesyen LRT Taman Jaya).

TARIKH: 31 Julai 2004 (Sabtu malam Ahad)

MASA: 8.30 malam.

MASUK: Percuma.

Antara yang menarik tentang Ayu Utami ialah proses pengkaryaan beliau yang mengentuh secara tegar beberapa tabo dalam masyarakat Indonesia kontemporari seperti "seks", Gender dan kapitalisme. Ayu juga sedang mengikut Festival Sastera Antarabangsa Kuala Lumpur, dan beliau akan berada di KL selama empat hari. Ini adalah kunjungan ke dua beliau di Kota Negara.

Segala pertanyaan boleh menghubungi:

Buddhi (012 - 31 222 65)
Amer (019- 391 7406)

atau, Pejabat urusetia IKD-KAF: 03- 22 83 2788

atau emal ke: editormanifesto@yahoo.com atau jalantelawi@yahoo.com

Sekian dimaklumkan. Salam.....

No comments: