Tuesday, July 13, 2004

Laman web MPK dan isu sekitar Klang



Berita Harian 13 Julai 2004 (Edisi Tengah)

Pasar raya perlu dipulihkan segera

KLANG: Bangunan bekas pasar raya Great Wall yang ditutup selepas terbakar setahun lalu, kini menjadi mercu tanda yang mengaibkan Bandar Diraja Klang disebabkan keadaannya yang terbiar selain menjadi punca kesesakan lalu lintas....


Untuk penduduk-penduduk yang tinggal di dalam kawasan pentadbiran MPK, di harap laman web rasmi Majlis Perbandaran Klang dapat dimasukkan di dalam senarai favorites.

Jawapan kepada isu di atas dirasakan ada di dalam ruangan tender laman web tersebut. Di bawah adalah sebahagian kenyataan daripada "kenyataan tawaran" yang tersiar.

KENYATAAN TAWARAN

Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontrak (PKK) / Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / bekalan berikut :

No. Fail : MPK/JK/PR 62/04

Tajuk Kerja : CADANGAN MEROBOHKAN BANGUNAN HENTIAN BAS KLANG UTARA

Jika dirobohkan, projek apa yang akan mengambil tempat? Tunggu dan lihat sahaja.

No comments: