Struktur tarif tidak jelas
Pengumuman struktur baru duti import dan eksais kenderaan bermotor oleh Pak Lah pada hari terakhir tahun 2003 telah disambut dengan perasaan bercampur-campur dan juga kekeliruan di kalangan ahli ekonomi, penganalisis ekonomi, penjual kereta dan juga rakyat terbanyak.
Apa yang jelas kelihatan adalah wajah kekecewaan di wajah bakal pembeli kereta berikutan pengumuman itu. Ini kerana kebanyakan bakal pembeli mengharapkan sama ada harga kereta bukan nasional menurun atau sekurang-kurangnya semakin kompetitif.
Walaupun terdapat penurunan duti import ke atas kereta CKD yang diimport dari Asean kepada 25%, pengenaan duti eksais sebanyak 60% hingga ke 100% menyebabkan penurunan duti import itu tidak akan memberi kesan kepada struktur harga kereta.
Berdasarkan laporan-laporan berita dan artikel yang tersiar di beberapa akhbar tempatan, terdapat banyak persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak seperti yang dinyatakan oleh Presiden Federation of Motorcar and Credit Companies Association of Malaysia, Tony Khor, Presiden MAA dan juga CEO Proton sendiri.
Star Bizweek juga menyiarkan artikel yang menarik tentang hal ini dengan tajuk Any benefits for buyers?. Walau apapun, pengumuman Pak Lah pada hari rabu lalu dilihat sebagai sesuatu yang agak umum dan penerangan dan perbincangan yang lebih jelas dan terperinci dengan pihak yang berkaitan pastinya
akan menyusul dalam beberapa hari lagi.
Judgement year for Malaysian carmaker Proton
J.D. Power Asia Pacific Reports:
2003 Malaysia Customer Satisfaction Index (CSI) Study
2003 Malaysia Initial Quality StudySM (IQS)
2003 Malaysia Sales Satisfaction Index (SSI) StudySM
No comments:
Post a Comment