Wednesday, February 11, 2004

Eric Chia dibenar ikat jamin, mengapa tidak Anwar?

Bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana syarikat tersebut membabitkan wang berjumlah RM76.4 juta.Dan beliau telah dibenarkan untuk diikat jamin M2 juta selepas beliau tidak mengaku bersalah atas dakwaan tersebut.

Tidak dapat dinafikan, hak untuk diikat jamin adalah hak beliau. Namun di sini timbul persoalan bagaimana tertuduh yang menghadapi dakwaan pecah amanah wang yang sangat banyak itu dibenar untuk ikat jamin sedangkan Anwar tidak pula mendapat hak yang sama. Keliru, resah, marah dan segala macam perasaan wujud di tika ini. Mungkin inilah semangat Malaysia boleh!

Kesediaan Pak Lah untuk melakukan politicall will ini harus dipuji dan diharap Pak Lah juga dapat melakukan tindakan yang sama di dalam kes Anwar.

No comments: