Tuesday, February 17, 2004

Tahniah Skuad Piala Uber Malaysia!

Skuad negara yang dikepalai oleh pemenang pingat emas Sukan Sea Vietnam mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan pasukan Hong Kong 3-2. Dengan kemenangan ini, harapan Malaysia untuk layak ke pusingan akhr Piala Uber yang akan diadakan di Indonesia Mei ini secara merit buat pertama kalinya semakin cerah.

Untuk pengetahuan, Malaysia pernah beraksi di pusingan akhir sebanyak empat kali dan kesemua penyertaan itu adalah disebabkan kita menjadi tuan rumah. Walaupun begitu, pasukan negara perlu meneruskan aksi menyakinkan dan jika boleh memastikan kemenangan ketika bertemu satu lagi pasukan pilihan, Jepun yang seterusnya akan memastikan tempat ke Jakarta.

Peningkatan aksi yang ditunjukkan oleh skuad wanita ini sememangnya sangat menggembirakan setelah sekian lama mereka tersisih. Petanda awal akan kebangkitan skuad wanita ini dapat dilihat semasa berlangsungnya Sukan Sea 2001 di KL dan diikuti dengan persembahan cemerlang di Sukan Komanwel Manchester.

Tahniah skuad wanita Malaysia!

No comments: