Pementasan teater Election Day akhirnya dibenarkan
Menurut berita terkini seperti yang dilaporkan di Malaysiakini, pihak DBKL akhirnya telah membenarkan teater ini dipentaskan mengikut jadual dan perancangan asal. Cuma yang mengecewakan adalah kebenaran ini diberikan setelah dilakukan beberapa pindaan skrip ke atas versi skrip yang asal. Bodoh punya DBKL! dah lah tak dipilih secara langsung oleh rakyat KL, banyak pulak hal dia.
Episod terkini seharusnya membangkitkan kesedaran dan semangat di kalangan penggiat seni di negara ini untuk terus bangun dan melipatgandakan usaha mempertahankan hak dan kebebasan berekspresi seperti yang terjamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Walau apapun, aku menyakini bahawa situasi ini tidak akan dapat menggerakkan kesedaran rakyat terbanyak tentang isu-isu penting yang berlegar di sekitarnya. Kesedaran hanya akan timbul jikalau pihak berwajib tidak membenarkan konsert Akademi Fantasia, konsert Siti Nurhaliza atau persembahan Nana dan Achik di pusat-pusat membeli belah dijalankan kerana didakwa tidak mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment