Sunday, February 15, 2004

Yeah! Siti menang lagi!



Seperti yang sudah dijangka, Cik Siti kita telah mencipta kemenangan hatrick di Anugerah MTV Asia yang berlangsung gilang gemilang di Stadium tertutup Singapura malam semalam. Di Malaysia, siaran tertunda anugerah ini boleh ditonton di Astro melalui saluran Chanel 71.

Kemenangan kali ketiga berturut-turut Siti ini telah menyerlahkan kehebatan dan tahap populariti yang dimiliki beliau amatlah sukar ditandingi oleh mana-mana artis mainstream yang lain. Apa yang jelas, artis-artis lain hanya memiliki tempat kedua untuk direbut.

Populariti yang diraih oeh Misha Omar, Siti Sarah dan juga Waheeda gagal untuk menarik sokongan peminat dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menyokong mereka secara jitu dan konsisten. Ketika ini, hanya Siti sahaja yang dirasakan memiliki kewibawaan dan karisma untuk mendapat sokongan yang mantap walaupun beliau pernah pada satu ketika dibenci oleh penyokong dan simpatisan parti pembangkang apabila beliau secara terbuka menyokong dan ingin menjadi antara teraju utama puteri UMNO.

Mujurlah beliau tidak meneruskan langkahnya itu walaupun mungkin beliau tetap penyokong parti pemerintah. Itu tidak menjadi masalah kerana ia adalah hak peribadi. Walau apapun, Cik Siti Nurhaliza ini tetap diminati dan digilai oleh segenap lapisan masyarakat, malah tidak menjadi rahsia lagi bahawa ramai penyokong-penyokong parti PAS juga merupakan peminat setia Cik Siti kita.

Berdamping dan bercerita panjang dengan kelompok peminat Melayu yang meminati dan mengikuti secara serius segala cerita tentang dunia hiburan arus perdana negara ini memperlihatkan terdapat dua kelompok utama yang bertentang pendapat. Satu pihak amat menggilai Siti dan satu pihak lagi membenci Siti, kelompok tengah tersangat kurang dan jika adapun, suaranya kurang didengari.

Apa yang merungsingkan dan kekadang membuatkan aku menyampah adalah hujah kebanyakan kelompok yang membenci Siti adalah kerana beliau tersangat popular dan terlalu banyak memenangi itu dan ini. Walaubagaimanapun aku tidaklah berasa terlalu hairan kerana aku mempunyai pandangan bahawa kelompok ini kurang memberi perhatian kepada aspek muzik yang ditonjolkan seseorang artis itu. Golongan ini lebih menitikberatkan isu-isu peribadi seseorang artis seperti yang selalu disiarkan di media hiburan tempatan.

Walaubagaimanapun, satu fakta menarik adalah kemenangan Siti Nurhaliza juga mencatatkan rekod di Anugerah MTV Asia ini iaitu menjadikan Malaysia adalah salah satu daripada tiga buah negara di mana pemenangnya dimenangi oleh artis yang sama selama tiga tahun berturut-turut. Negara lain adalah Singapura melalui Stefanie Sun dan Hong Kong melaui Sammi Cheng. Sama ada ia memberi indikasi yang baik atau buruk kepada industri hiburan di ketiga-tiga buah negara itu seharusnya dibahaskan oleh industri.

10 Favourite Music Artist Awards from Asia:

Favourite Artist Mainland China - Pu Shu
Favourite Artist Hong Kong - Sammi Cheng
Favourite Artist India - Abhijeet
Favourite Artist Indonesia - Audy
Favourite Artist Korea - BoA
Favourite Artist Malaysia - Siti Nurhaliza
Favourite Artist Philippines - Parokya Ni Edgar
Favourite Artist Singapore - Stefanie Sun
Favourite Artist Taiwan - A*Mei
Favourite Artist Thailand - "Bird" Thongchai McIntyre

International Music Awards:

Favourite Male Artist - Gareth Gates
Favourite Female Artist - Christina Aguilera
Favourite Pop Act - Blue
Favourite Rock Act- Linkin Park
Favourite Video - Linkin Park
Favourite Breakthrough Artist - t.A.T.u

The Asian Film Award - Michelle Yeoh
The Inspiration Award - Anita

I'm really like BoA!!! Her perfomance yesterday is very outstanding! I love you BoA! Btw, still waiting for another Korean singer such as Jang Nara, Lee Jung Hyun, Lena Park and Lee Soo Young to perform in MTV Asia Awards!!

BoA And Linkin Park Bag Two Cupids Each At The MTV Asia Awards 2004
Anita Mui honoured at MTV Asia Awards
Siti Nurhaliza menang anugerah Artis Pilihan Malaysia MTV Asia

No comments: