Wednesday, February 11, 2004

Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT)

KSJT, yang menganjurkan Acara Baca Puisi Keliling (APUKe) sejak awal tahun 2003 terdiri daripada kalangan karyawan muda yang selalu berkumpul di Jalan Telawi. Mereka membaca sajak, menulis rencana dan lain-lain kegiatan penulisan. Berkumpul sejak akhir tahun lalu, juga menjadi kelompok awal mendirikan majalah SIASAH.

MATLAMAT APUKe – Membuka ruang kebebasan ekspresi yang sebenar. Tidak terkongkong kepada birokrasi atau mana-mana ideology serta fahaman politik.

Didokong oleh Sastrawan Negara, Datuk A. Samad Said, penulis Fathi Aris Omar (Malaysiakini.com) Hishamuddin Rais, Hasmi Hashim, Tengku Elida Bustamam (bekas persionaliti TV3), penulis muda Rahmat Haron dan ramai lagi pengiat-pengiat muda.

Selain daripada menganjurkan APUKe, KSJT juga bekerjasama dengan sekretariat penulis muda Persatuan Penulis Nasional (PENA) untuk diskusi bulanan (setiap Sabtu minggu ketiga) di Rumah PENA, belakang retoran Tupai-Tupai, berdekatan dengan Dewan Bahasa & Pustaka.

Dan mulai bulan Februari ini, KSJT dengan kerjasama IKD akan menganjurkan pelbagai aktiviti yang mencerahkan di Studio Kurusatre , 48 Jalan Telawi, Bangsar (Atas Pejabat POS Bangsar), kesemua program bermula pukul 8.30 malam.

1) Kelas falsafah – Oleh Khalid Jaafar
(setiap rabu kelas bermula pada 11 Februari 20040


Kelas ini akan menjelaskan beberapa karya asal oleh ahli falsafah daripada pelbagai bidang dan bangsa

2) Kelas Pencerahan – Oleh Fathi dan Penceramah Jemputan
(setiap sabtu * kelas Pertama 8 Februari 2004 (Ahad) – 5.00 ptg)


Kelas ini akan memberikan gambaran awal proses pencerahan di Eropah serta beberapa perkara penting yang menjadi
asas proses pencerahan di Malaysia.

3) Diskusi Bulanan [ Randai Telawi] – Khasi Buat Perogol Hukuman Lapok
(Tarikh – 20 Februari 2004 – Jumaat)


Diskusi bulanan ini akan menjemput beberapa tokoh tua dan muda untuk memberikan pandangan mereka tentang
topik yang dipilih. Bagi Februari topik perbincangan ialah isu rogol yang menjadi perbualan hangat dewasa ini.

4) Diskusi Filem [Bedah Filem] - Bersama U Wei Shari
(Tarikh – 27 Februari 2004 – Jumaat )


Bedah Filem akan diadakan sekali sebulan denagn menjemput seorang panel untuk membahaskan dari sudut seni
dan konsep yang terdapat dalam filem yang ditayangkan. Bagi bedah filem akan menayangkan 2 jenis filem iaitu filem
klasik dan kotemporari. Bagi Februari bedah filem akan bersama U Wei Shari.

Maklumat lanjut hubungi:
Amir Sari
Telefon: 03 2283 2858/ 019 391 7406
E mail: Amirsari2003@yahoo.com

No comments: