First-Past-The-Post System perlu ditukar
Saya telah membuat sedikit kajian ke atas sistem pengundian first-past-the-post system yang diadaptasi oleh negara kita daripada warisan penjajah British ini dan mendapati bahawa sistem yang diamalkan selama ini mempunyai banyak kecacatan dan ia tidak dapat meggambarkan tahap sokongan sebenar pengundi kepada sesuatu parti.
Kecacatan utama sistem ini yang terlihat adalah jumlah undi popular yang diperolehi oleh sesuatu parti itu walaupun ianya cukup tinggi tidak mampu untuk memastikan parti itu mendapat kerusi yang sewajarnya di DUN atau parlimen. Ini sememangnya amat tidak adil kerana jika kita menggunakan sistem pembahagian kerusi mengikut undi popular, nescaya hampir kesemua kerusi DUN dan Parlimen akan mengandungi perwakilan dari pembangkang.
Sebagai contoh, Barisan Alternatif di Selangor pada pilihanraya umum 1999 telah memperolehi undi popular sebanyak lebih kurang 46% dan hanya mempunyai perwakilan di DUN sebanyak 6 kerusi daripada 48 kerusi yang ditawarkan. Jika kita menggunakan sistem pembahagian kerusi berdasarkan undi popular, maka kerajaan BN gagal mendapat mandat 2/3 daripada pengundi di Selangor dan BA akan mendapat sebanyak 22 kerusi.
Situasi yang sama juga akan turut berlaku di seluruh negara dan Kelantan dan Terengganu juga tidak akan terkecuali. Perikatan dan seterusnya BN juga tidak akan berupaya untuk mendapat 2/3 majoriti di peringkat puast sejak pilihanraya pertama diadakan di negara ini jika sistem pembahagian berdasarkan undi ini diamalkan.
Apa yang lebih membingungkan adalah di negeri-negeri yang mempunyai pembangkang sifar walaupun hakikatnya parti pembangkang di negeri tersebut mendapat undi popular yang melayakkannya mendapat banyak kerusi. Sebagai contoh peratusan undi popular di Johor adalah sebanyak lebih kurang 30%, iaitu lebih kurang sebanyak 225,000 jumlah undi. namun yang malangnya kesemua 225,000 pengundi BA yang jika dikumpulkan di Stadium Larkin pasti melimpah ruah ini seperti tidak wujud dan tidak mempunyai suara langsung.
Undi popular adalah undi yang diperolehi oleh setiap calon parti yang bertanding di mana kesemua undi yang diperolehi dari setiap DUN dan Parlimen akan dicampur untuk mendapatkan jumlah besarnya. Namun begitu harus diingatkan bahawa undi popular yang diperolehi semasa di bawah sistem first-past-the-post system tidak semestinya akan berbentuk sama jika pilihanraya diadakan di bawah sistem pembahagian kerusi berdasarkan undi.
Ini kerana terdapat pengundi yang mengundi seseorang calon walaupun tidak bersetuju dengan dasar dan polisi parti yang diwakilinya. Jika pilihanraya mengikut sistem pembahagian diamalkan di mana tiada lagi wakil rakyat bagi sesuatu kawasan, dasar dan polisi sesuatu parti dijangka menjadi faktor penentu yang dominan sebelum pengundi membuat undian.
Bagi pilihanraya umum ke 11 ini, mari kita tunggu dan lihat jumlah peratusan kerusi yang dimenangi sesuatu parti dan bandingkan dengan jumlah peratusan undi popular yang diperolehi. Jika keadaannya masih lebih kurang sama seperti sebelum ini, maka rakyat yang prihatin terhadap isu ketelusan, akauntabiliti, check and balance perlu menggerakkan usaha untuk membuat reformasi ke atas sisetem pilihanraya kita.
Buat masa ini, kita terpaksa menerima sistem yang ada
Pak Lah riding on cloud nine
No perfect system
Lessons from GE 1999 and "Gerrymandering Power Index"
lessons1999.pdf
No comments:
Post a Comment