Tuesday, March 16, 2004

Iklan keji BN di The Star



Kepada sesiapa yang jarang dan tidak pernah membaca dan membeli akhbar The Star, sila dapatkannya sekarang untuk melihat kekejian iklan Barisan Nasional. Walaupun ianya masih tidak seteruk pilihanraya 1999, namun ia tetap keji dan perlu dikutuk.

Sudahlah keji, salah satu fakta di dalam iklan tersebut jelas tidak benar dan berniat jahat. Iklan tersebut adalah berbunyi seperti ini, "DAP says they've cut ties with PAS, but why did DAP National Chairman attend PAS' 50th anniversary celebration?" dan disusuli dengan penerangan tentang gambar yang menjadi latar belakang ikla tersebut yang berbunyi "PAS leaders welcoming DAP leader Lim Kit Siang, during the party's 50th anniversary celebration in Kedah (27 Feb 2001)".

Sedangkan fakta yang sebenar adalah DAP pada ketika itu masih berada di dalam pakatan Barisan Alternatif dan hanya menarik diri daripada BA pada 22 September 2001. BN begitu memalukan dan memualkan, media di bawah Pak Lah langsung tiada perubahan sebaliknya pembodohan demografi terus dijalankan.

Menonton iklan-iklan di TV3 hanya menambahkan lagi kebencian dan keresahan di hati tentang apakah nilai dan tradisi yang digunapakai oleh Barisan Nasional. No level playing field ini menyebabkan kerajaan yang akan dipilih nanti adalah kerajaan yang dipilih oleh pengundi yang dinafikan hak untuk membuat pilihan secara saksama. Dalam erti kata lain, 'pengundi bodoh'.

Dalam pada itu, TV1 masih seperti dulu dan ia adalah satu contoh klasik media sampah terunggul di Malaysia. TV1 absolutely rubbish!

Undilah DAP! Nafikan 2/3 majoriti Barisan Nasional!

No comments: