Wednesday, March 17, 2004



Mana Manifesto BA di media arus perdana?

Media arus perdana di Malaysia sememangnya tidak adil dan memihak. Entah apa lagi yang harus diperkatakan kepada golongan-golongan ini, kata-kata cacian dan carutan kemarahan sudah menjadi kelaziman tatkala menyentuh isu ini.

Apa yang boleh dilakukan adalah dengan berdoa dan turun mengundi pada pilihanraya yang tidak adil dan tidak bersih ini agar kita dapat melihat suatu media yang bebas dan menggambarkan tahap pembangunan negara yang sebenar.

Tahap mutu media yang ada di negara ini tidak jauh beza dengan apa yang ada di Laos, Kemboja dan Vietnam. Paling menjijikkan sudah tentulah yang berbahasa Melayu terutamanya Utusan Malaysia dan nasib baiklah kesemuanya mempunyai edisi internet. Hendak membeli, jangan harap!

Agak menyedihkan apabila manifesto yang dilancarkan BA tidak mendapat liputan yang menyeluruh berbanding dengan manifesto BN. Mengapa hak pengundi untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai sudut dinafikan? Mengapa? Mengapa? Mengapa begitu bebal orang-orang di BH,NST,UM,Star,TV3,TV1...?

Sila klik di sini untuk Manifesto Barisan Alternatif

No comments: