Saturday, March 13, 2004

Kenyataan bodoh di musim pilihanraya 1

Hadi Awang,

Menyentuh mengenai calon wanita Pas di Terengganu, Abdul Hadi berkata, mereka tidak dipilih kerana parti itu tidak yakin calon wanita mampu membawa kemenangan kepada Pas.

Malah katanya, Barisan Nasional sendiri tidak berani untuk menurunkan calon wanita di Terengganu atas alasan yang sama.


Dulu kata tiada permintaan daripada Dewan Muslimat, sekarang lain pula alasannya. Tuan Guru, sila berhati-hati dan cermat ketika bercakap kerana ia akan menyukarkan para ahli, penyokong dan pengundi PAS untuk mempertahankan kenyataan Tuan Guru.

Saya tahu bahawa majoriti ahli dan penyokong PAS akan mempertahankan segala kenyataan Tok Guru, namun saya berani menyatakan bahawa majoriti daripada hujah yang akan diberikan adalah taklid buta semata.

Mengapa calon wanita PAS dan UMNO juga tidak boleh menang di Terengganu? Adakah wanita di sana masih seperti di zaman purba? Adakah pengundi Melayu-Islam di sana terlalu sempit pemikirannya? dan jika ya, adalah amat malang sekali.

Senator Datuk Muhamed Abdul Ghani,

Pesara tentera digesa agar mengenang jasa dan segala kemudahan yang mereka nikmati selama ini dengan memberi sokongan penuh bagi menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 21 Mac ini.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Senator Datuk Muhamed Abdul Ghani berkata pesara tentera, termasuk 250,000 yang menganggotai persatuan itu serta kira-kira 2 juta orang tanggungan mereka, seharusnya insaf bahawa hanya kerajaan BN yang mampu membela nasib rakyat, khususnya orang Melayu di negara ini.

"Kita telah berjuang bermati-matian untuk menuntut kemerdekaan. Sekarang menjadi tanggungjawab kita juga untuk mempertahankan kemerdekaan itu serta segala kemajuan yang telah kita capai," katanya.


Satu lagi contoh ahli dewan negara yang perlu kembali menghayati apa itu demokrasi, pilihanraya serta fungsi kerajaan dan parti. Perlantikan beliau sebagai senator nampaknya hanya membazirkan duit rakyat sahaja.

1 comment:

Anonymous said...

Generally I do not read post on blogs, but I wish to say that this write-up
very compelled me to try and do so! Your writing taste has been
amazed me. Thank you, very great post.

My site :: www.erpinfo.org