Wednesday, March 17, 2004

Tiada Isu?

Jika kita rajin bertanya kepada kawan-kawan, saudara mara dan orang ramai tentang suasana pilihanraya tahun ini. Rata-rata akan mengatakan bahawa pilihanraya ke 11 ini ketiadaan isu.

Saya boleh bersetuju jika apa yang dimaksudkan itu adalah isu besar, namun jika mereka ini bertegas bahawa memang tiada isu dan jikalau adapun tidaklah memberi impak kepada kehidupan mereka, saya cukup tidak bersetuju.

Dari pemerhatian rambang, saya melihat bahawa golongan ini adalah golongan yang tidak prihatin tentang keadaan yang berlaku dan hanya mementingkan diri sendiri. Golongan ini juga kebanyakannya tidak membaca akhbar dan jika berbuat demikian pun, akhbar yang dibaca adalah sangat terhad.

Janganlah bermimpi untuk melihat mereka ini membaca bahan-bahan di Utusan, The Star, Malaysiakini, akhbar pembangkang, The Edge, Time, FEER, Massa, Minda dan lain-lain bersama-sama.

Sudahlah tidak membaca, ketika berborak pun tiada langsung perbahasan tentang isu-isu yang penting. Apa yang selalu dibincangkan adalah gosip tentang artis, cerita awek atau balak masing-masing, bola dan lain-lain.

Tidak salah membincangkan hal-hal yang seperti di atas kerana saya juga berbuat demikian. Apa yang menjadi masalah adalah topik-topik seperti ini menjadi bahan bualan dari awal hingga ke akhir tanpa ada sedikit pun nilai intelektual di dalam 'borak-borak' mereka.

Dan berbalik kepada isu, berikut adalah di antara isu-isu yang perlu dijadikan isu pada setiap masa. Sumber diperolehi dari laman web Mafrel.

1. Politics

a. Unfair election rules and practices –why BN can abuse public facilities everyday in this general elections as reported in this and other web site ?
b. Anti-human rights laws such as ISA, OSA, Police Act, UUCA etc-why must they continue if BN claim to be democratic ?
c. Corruptions –why no big sharks prosecuted so far ?
d. Local governments –why no elections ?
e. Judiciary independence –why the judges, ACA, Public prosecutors are not free to act apart from the Executive ?

2. Economic

a. How to affect a fairer wealth distribution for all wage earners ?
b. How to do away with cronyism in awarding contracts ?
c. How to increase investors’ confidence (local & foreign) through more professional governance and merit based investment policies ?
d. How to harness free competition for economic growth and innovations ?

3. Social

a. How to fight pervasive racialism ?
b. How to improve weaknesses in enhancing people’s rights in education, housing, heath care and transport policies ? How about PORR ? Broga’s Incinerator ?

4. Cultural

a. How to put into practice a truly multiracial cultural policy –in contrast to one which is monotonous and ethnically hierarchical ?
b. How to be excel without over-protective cultural policies so Malaysians can be recognized on world stage ?

5. Ecology
How to sustain our one and only environment without sacrificing it for economic advancement

No comments: