Pilihanraya Umum 2004, suatu kisah dan pandangan
Pilihanraya umum Malaysia yang ke 11 sudah lebih seminggu berlalu, dan hampir kesemua negeri sudah melantik menteri besar atau ketua menteri masing-masing beserta barisan exco masing-masing.
Di peringkat pusat pula, Pak Lah juga telah membentuk kabinetnya yang tediri daripada muka-muka baru dan juga muka lama. Diharap barisan kabinet Pak Lah yang dilantik ini dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan cemelang, gemilang dan terbilang.
Berbalik kepada pesta ulung demokrasi ala Malaysia yang baru saja selesai ini, saya di sini ingin menceritakan serba sedikit pengalaman pertama saya sebagai salah seorang pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia beserta beberapa ulasan dan analisis ringkas tentang keputusan pilihanraya umum 2004 ini.
Pertamanya, saya merasa bertuah kerana di ketika timbulnya banyak masalah yang melibatkan pengendalian pilihanraya ini oleh SPR dan sebagainya, pengalaman pertama saya mengundi amat menyeronokkan dan amat mudah.
Saya telah mengundi di saluran enam dan apa yang mengejutkan adalah saya tidak merasakan langsung kesusahan dan kebosanan beratur panjang untuk membuang undi kerana apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana setibanya saya di kelas yang dijadikan tempat pembuangan undi itu, tiada langsung pengundi dan saya dengan rileksnya terus masuk dan memangkah x pada calon PAS di kerusi Parlimen dan calon Keadilan di kerusi DUN. Seperti yang dijangka, kedua-dua calon yang saya pangkah telah tewas kepada calon Barisan Nasional.
Setelah selesai membuang undi, saya bersama Apai dan Litat segera untuk meninjau-ninjau suasana pilihanraya di beberapa kawasan sekitar iaitu di Jalan Kebun, Johan Setia, Kemuning, Sri Muda, Seksyen 17, 18, 19 dan Taman Rashna. Apa yang jelas suasana pilihanraya kali ini tidak kurang meriahnya walaupun tidak boleh menandingi pilihanraya 1999. Pada waktu ini, saya merasakan bahawa pakatan BA dan juga DAP mempunyai peluang 50-50 untuk menang.
Namun kesemua impian dan harapan itu musnah satu persatu apabila mula menonton program keputusan pilihanraya di stesen-stesen televisyen Barisan Nasional yang sudah semestinya menguji tahap kekuatan mental saya pada malam tersebut. Bermula dengan beberapa keputusan di Putrajaya, Sungai Burong dan kerusi-kerusi di negeri Terengganu dan Kelantan, saya sudah dapat membayangkan kekalahan yang sememangnya tidaklah begitu pelik bagi seorang penyokong parti selain BN di Malaysia.
Apa yang menjijikkan pada malam kecundang tersebut adalah tentang keghairahan stesen televisyen sampah TV1 yang begitu gopoh melaporkan tentang kekalahan PAS di Kelantan dan juga stesen TV3 yang sure heboh mengulas tentang keputusan tidak rasmi kemenangan BN di kerusi Permatang Pauh. TV1 dan TV3 memang bodohhhhh!!!
Mengulas tentang keputusan pilihanraya 2004 ini, saya ingin mengucapkan tahniah! kepada parti pemenang iaitu Barisan Nasional walaupun kemenangan yang diperolehi adalah dengan cara yang amat bacul dan rendah moral. Bayangkan bagaimana parti ini boleh menang dan terus membodohi rakyat Malaysia? BN menang di kala SPR tidak bebas, media berat sebelah, kempen yang singkat, rasuah wang, pembangkang disamakan dengan segala keburukan dan pelbagai lagi kekejian di dalam taktik dan kempen pilihanraya mereka.
Cuba bayangkan jikalau kesemua ketidakadilan ini tidak wujud, apakah keadaan dan senarionya akan tetap sama? dan bayangkan dengan segala kekejian ini, calon-calon dari parti pembangkang serta bebas masih mampu mengumpul undi popular sebanyak 2,512,325 atau 35.36%.
Berdasarkan undi popular ini, BN seperti sebelum-sebelumnya tidak akan mendapat 2/3 kerusi di Parlimen dan juga di hampir kesemua DUN kecuali Johor dan Melaka. PAS juga hanya akan menang dengan kiraan 23-22. Parti-parti pembangkang dan juga bebas seharusnya mendapat sebanyak 77 kerusi parlimen jika pembahagian kerusi diagihkan berdasarkan undi popular.
Apa yang jelas terlihat daripada keputusan pilihanraya ke 11 ini adalah terdapatnya sebilangan besar pengundi selesa yang setia untuk memangkah dacing dan kebanyakan daripada pengundi jenis ini mengundi dacing kerana mereka menganggap ia sebagai lambang kepada keselamatan, pembangunan dan kesenanangan hidup. Dalam erti kata yan lain, ia merupakan sebahagian daripada ciri-ciri keperluan asas manusia yang sekaligus menolak teori keperluan Maslow.
Persoalan dan isu-isu yang lain seperti isu hak asasi, pengabaian demokrasi, keperluan check and balance, ketelusan, isu alam sekitar,penindasan,diskriminasi kaum, rasuah dan sebagainya langsung tidak mendapat tempat kerana ianya belum tentu akan menjamin kesenangan dan keselesaan hidup.
Saya agak sedikit bersetuju dengan kenyataan seperti ini jika ianya ditakrifkan pada sistem demokrasi ala Malaysia kerana sudah menjadi lumrah alam jika sesebuah negeri itu diperintah oleh parti selain dari BN, negeri tersebut pasti akan ditindas dan didiskrimiasi dengan pelbagai cara seperti mana yang terjadi kepada Kelantan dan jga Sabah dan Terengganu sebelum ini.
Yang jelas, ia bukanlah salah sistem yang ada sebaliknya adalah kesalahan dan kebodohan berpolitik BN yang memerintah di peringkat pusat yang seperti tidak mengiktiraf hak-hak kerajaan negeri. Di sinilah perlunya Mahkamah Perlembagaan untuk menilai sesuatu perkara yang dilihat melanggar semangat persekutuan Negara Malaysia seperti mana yang berlaku di dalam situasi ini.
Saya juga bersetuju jika kenyataan seprti ini dijadikan asas oleh pengundi di negeri-negeri yang masih belum maju ekonominya seperti di Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Perlis kerana penduduk di negeri-negeri ini masih dahagakan pembangunan.
Namun apa yang merungsingkan dan menyebabkan saya berfikir bahawa perjuangan menuntut hak-hak demokrasi yang tulen akan melalui jalan yang panjang dan sukar serta tahap kematangan berpolitik pengundi di negara ini masih rendah adalah apabila menatap keputusan di negeri-negeri yang boleh dianggap hampir maju seperti di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Perak dan Melaka.
Bagaimana penduduk negeri-negeri yang maju ekonominya dan maju pemikiran dan tindak dirinya masih boleh percaya kepada mitos-mitos palsu BN? Adakah mereka-mereka ini terpedaya denagn iklan-iklan BN di media-media dan ataupun mereka-mereka ini tidak percaya kepada parti pembangkang yang tidak boleh dipercayai terutamanya PAS?
Jika ya dan pastinya ya, cara yang terbaik bagi pengundi-pengundi di negeri-negeri ini adalah dengan memberi undi mereka kepada BN di kerusi DUN dan pembangkang di kerusi Parlimen seperti mana yang sering dilakukan pengundi Cina di Pulau Pinang dan Perak.Para pengundi perlu tahu dan sedar akan hakikat bahawa di negara ini kerusi Parlimen adalah segalanya dan berdasarkan sejarah-sejarah lalu, kesemua kebaikan dan keburukan polisi dan tindakan yang memberi impak meluas terhadap seluruh rakyat adalah bermula di Parlimen.
Oleh yang demikian, jika inginkan negeri yang maju dan dalam pada masa yang sama inginkan parlimen yang bukan sekadar rubber stamp, telus, bertangungjawab, melaksanakan dasar-dasar pro rakyat bukannya pro perut sendiri dan kroni dan sebagainya, kaedah ini adalah pilihan yang terbaik pada waktu ini terutamanya kepada pengindi=-pengundi Melayu/Islam yang tidak mudah terpengaruh denagn politik agama, kaum atau pembangunan. Check and balance adalah elemen terpenting di dalam sistem demokrasi dan ia dapat dimainkan dengan berkesan dengan adanya pembangkang yang kuat. jangan mudah percaya kepada idea anti demokrasi MB Selangor yang memalukan, Dr. Khir Toyo.
Politik praktikal seperti ini dirasakan wajar buat masa ini dan juga di dalam masa yang terdekat terutamanya di masa ketiadaan isu-isu besar yang boleh mempengaruhi pengundi. Ini ditambah pula oleh imej ketidakmampuan parti-parti pembangkang utama seperti PAS, Keadilan dan DAP untuk membentuk kerajaan di peringka pusat.
Apapun tahniah kepda BN Terngganu kerana berjaya merampas semula Terengganu daripada PAS walaupun hampir kesemua orang yang saya temui temasuklah penyokong BN sendiri melahirkan rasa hairannya tentang peratusan mengundi yang tinggi di kesemua kerusi DUN dan Parlimen, juga rasa sinis dan rasa buruk sangka yang tidak tertahan tentang apa yang ditanggap tentang kerajaan hantu ini.
Kepada PAS di Kelantan, sila ambil iktibar di atas kemenangan majoriti mudah ini sebagai suatu amaran rakyat kelantan agar tidak banyak bercakap dan berceramah. Kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, saya harap Tuan Guru dapat memberikan kerusi MB di dalam tempoh peralihan ini kepada seorang yang profesional seperti Husam Musa dan saya tidak mahu mendengar bahawa hanya ulama sahaja yang boleh menjadi MB Kelantan. Adalah lebih baik jika jawatan ini diberikan kepada seorang profesional yang berjiwa ulama dariada seorang ulama yang tidak berjiwa professional.
Kepada rakyat Selangor terutama pengundi-pengundi BN di PJ Utara, PJ Selatan, Shah Alam, Klang, Gombak, Hulu Langat, silalah merajinkan diri anda untuk membaca lebih banyak bahan bacaan selain daripada Utusan dan Berita Harian terutamanya bahan bacaan yang seimbang , menyertai aktiviti-aktiviti pencerahan, cuba berdiskusi atau mendengar diskusi yang seimbang, mengurangkan menonton berita di RTM dan TV3 sebaliknya cuba menonton beita di BBC dan pelbagai lagi. Namun jangan lupa, perniagaan atau kareer anda harus dikembangkan pada masa yang sama agar periuk nasi tidak terjejas.
Kepada para penyokong dan pengundi parti pembangkang di Selangor khususnya dan negeri-negeri lain amnya, silalah turut membuka minda seluas-luasnya dan rajinn-rajinlah membaca, berfikir dan berbincang tentang segala isu dengan terbuka dan matang. Tunjukkan kepada pihak yang bertentangan bahawa kita adalah golongan yang mempunyai kredibiliti kerana terdapat banyak contoh bagaimana rakyat membenci pembangkang adalah disebabkan oleh sikap mereka yang gopoh dan beremosi serta buta politik walaupun mempunyai tahap kesedarn politik yang baik.
Kepada rakyat Johor, saya tidak tahu hendak berkata apa kerana saya belum memahami apa yang terbuku di benak fikiran mereka. Saya tiada pesanan khusus dan jika mahu juga, pesanannya sama seperti untuk pengundi di Selangor.
Pada akhirnya, saya ingin menyatakan impian saya untuk melihat system pilihanraya di negara ini didasarkan kepada undi terus kepada parti seperti mana sistem pilihanraya di Indonesia. Saya mengharapkan suatu hari nanti kesemua pengundi di negara ini mengundi berdasarkan dasar-dasar, rekod-rekod serta janji-janji yang dinyatakan oleh setiap parti sebelum mengundi. Di masa itu, tiada lagi undi berdasarkan faktor calon seperti calon bukan orang tempatan, calon bukan dari kaum tertentu dan sebagainya.
Faktor-faktor seperti seseorang calon itu mengambil berat masalah rakyat dan sebaginya bukanlah tugas utama seorang pembuat dasar. Ini kerana tugas-tugas tersebut sepatutnya dilakukan oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat di dalam pilihanraya kerajaan tempatan jika ianya dapat diadakan semula.
Harus ditegaskan di sini bahawa perjuangan untuk menuntut kebebasan, keadilan, pendemokrasian yang tulen dan sebagainya tidak akan berhenti hanya kerana pilihanraya sudah selesai. Perjuangan harus diteruskan melaui pelbagai cara, jika perlu berdemonstrasi, berdemonstrasi, jika ingin berdiskusi sila berdiskusi, jika ingin meluahkan melalui medium seni seperti filem dan teater, sila lakukan.
Demokrasi bukan sekadar hanya pilhanraya sahaja, tambahan lagi pilihnaraya ala Malaysia ini yang jelas sangat cacat dan tidak adil. Akhir sekali, saya menuntut agar pengerusi SPR meletak jawatan dan mendesak agar SPR dijadikan satu badan yang bebas di bawah Parlimen serta mengkaji semula peranan kerajaan sementara selepas parlimen dibubarkan.
Perjuangan belum selesai, sebahagian Melayu mudah lupa, apakah tanggal 14 April 2009 dan detik-detik sebelum tarikh tersebut akan menghadirkan sesuatu yang bermakna kepada demokrasi di Malaysia? Jika tidak, adakah perjuangan akan terhenti? Jawapannya tidak dan kita hanya perlu menjadkan tokoh-tokoh seperti Syed Husin Ali, Lim Kit Siang dan Hadi Awang sebagai motivasi diri jika tidak mampu menjadikan diri sendiri sebagai faktor utama.
4 comments:
[url=http://www.23planet.com]casinos online[/url], also known as accepted casinos or Internet casinos, are online versions of trifle ("chunk and mortar") casinos. Online casinos franchise gamblers to pick up part in and wager on casino games from start to finish the Internet.
Online casinos superficially remodel away up respecting sales marathon odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos contend higher payback percentages acceptable reproach gismo games, and some magnanimous well-mannered payout level audits on their websites. Assuming that the online casino is using an aptly programmed unspecific amphitheatre troupe generator, sign in games like blackjack clothed an established agree to in edge. The payout a certain extent nearby voyage of uncovering of these games are established at expected the rules of the game.
Uncounted online casinos sublease or beget their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Supranational Leg-pull Technology and CryptoLogic Inc.
Hi, I read уour blog regularlу. Your humoriѕtic stylе is witty, keеρ up
the goοd wοrκ!
Also vіsit my site - webcamchat
Thanks for finally talkіng about > Untitlеd < Liked it!
my webpage: docspal.
сom
Thе othеr daу, ωhile Ι wаs аt work, my couѕin stole my iPad
anԁ tеsted tο sеe if it
cаn survivе a thiгty fοot dгoр, juѕt so
ѕhе сan bе a youtubе sensation.
Ϻy iPаԁ is nоw destroyеd аnԁ she haѕ 83 viewѕ.
I κnow this iѕ entirely off tοpic but I haԁ
to ѕharе it with ѕomeοne!
Fеel fгee to surf to mу web blog: hämoriden symptome
Post a Comment