Undilah BA, DAP! Nafikan majoriti 2/3 BN di DUN dan Parlimen
Hari ini seperti yang telah saya perkatakan sebelum ini adalah detik bersejarah dalam kehidupan saya sebagai rakyat Malaysia kerana buat pertama kalinya akan dapat mengundi bagi memilih wakil DUN dan Parlimen.
Detik ini juga membawa makna bahawa saya terlibat secara langsung di dalam proses menentukan pembentukan bakal kerajaan di peringkat negeri dan juga pusat. Ia bermakna bahawa saya perlu bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara di atas pemilihan saya itu nanti.
Di sini, saya ingin menyeru dan berharap agar para pembaca dan juga pengunjung blog ini yang layak mengundi agar dapat mengundi calon-calon dari parti PAS, Keadilan, DAP, SNAP serta mana-mana parti yang menentang parti Barisan Nasional.
Terdapat banyak alasan yang boleh diberikan mengapa kita semua wajib untuk tidak mengundi Barisan Nasional dan tentunya yang utama adalah untuk menghantar wakil pembangkang di DUN dan juga Parlimen untuk menjadi check and balance.
Jangan terpedaya dengan hujah-hujah zaman gelap dan anti pemikiran skeptikal dan kritikal Pak Lah dan juga Khir Toyo yang menganggap tidak perlu kepada pembangkang untuk menjadi check and balance kepada parti yang memerintah.
Untuk pengetahuan, hanya terdapat tiga bentuk sistem bernegara yang tidak mahu adanya pembangkang iaitu komunis, sistem beraja seperti di zaman kesultanan Melayu dahulu dan pemerintahan diktator.
Walaupun saya menyambut baik janji-janji serta keseriusan beliau di dalam memerangi isu rasuah, perkhidmatan awam dan sebagainya. Saya tersangat pesimis terhadap beliau kerana platform yang ditungganginya adalah salah dan tidak boleh dipakai.
UMNO adalah sebuah parti usang, parti yang mengguna pakai amalan feudal, parti yang penuh dengan rasuah dan politik kotor, parti yang elit dan juga parti di mana pekerja partinya adalah budak-budak muda bodoh, samseng dan hampeh belaka.
Kita harus memberi satu pernyataan yang jelas kepada UMNO di dalam pilihanraya ini bahawa bagi membolehkan ianya suatu parti yang kekal relevan kepada rakyat Malaysia, UMNO perlu merombak dan membuat reformasi di dalam UMNO itu sendiri.
Dengan hanya bergantung kepada imej Pak Lah yang kononnya Mr.Clean sedangkan pemimpin-pemimpin di bawahnya amat hampeh dan kaki rasuah tidak akan membantu UMNO secara keseluruhan. Apa yang pasti, UMNO pasti akan sukar untuk mendapatkan tenaga kerja parti di kalangan orang muda yang berpendidikan, cerah, terbuka, matang, berduit, tidak rempit dan yang sama erti dengannya.
Yang pastinya adalah UMNO hanya akan mampu untuk mengupah anak-anak muda yang tidak boleh mengundi, bangang, tidak membaca, tidak tahu berbahasa English, hisap ganja, kaki bohsia, potential rapist, samseng, otai kampung yang bebal dan yang sama maksud dengannya.
Dan bagi saya, UMNO akan kekal tidak relevan buat selama-lamanya, Insya Allah!
Shame on you BN-UMNO workers! Very very stupid peoples in Malaysia!
34 reasons to vote against the BN
No comments:
Post a Comment