Sunday, March 21, 2004



Usaha Perangi Media Liar Dan Tidak Beretika Bantu Kemenangan BN- Zam

Bernama,

"Gejala kewartawanan yang liar telah mempengaruhi pilihan raya lalu sehingga rakyat mulai tidak yakin kepada aliran media perdana dan ini turut dirasakan oleh para pengarang sebagi suatu perkara yang amat berbahaya," katanya ketika berucap dalam beberapa siri kempen ceramah yang diadakan di sekitar Parlimen Merbok di sini Khamis malam.

Sesungguhnya saya mengakui bahawa sukar bagi sesiapa untuk menemui manusia spesis Datuk Zainuddin Maidin ini di mana-mana ceruk di dunia ini. Pandangannya terhadap isu-isu berkaitan media amat berbeza dan menjadi inspirasi kepada peminat-peminat beliau.

Penghargaan terbuka beliau terhadap media cetak dan elektronik arus perdana di negara ini yang diakui tahap kebodohan dan kesampahannya di dalam laporan-laporan berita dan rencana-rencana politiknya mengesahkan lagi kehampehan beliau.

Media apakah yang dimaksudkan bersifat liar dan tidak beretika itu? Adakah media parti terutama parti pembangkang atau media independen seperti Malaysiakini atau laman-laman web yang menyokong pihak-pihak tertentu secara terbuka atau dengan kata mudah, media yang tidak memuji dan asyik mengkritik kerajaan?

Zam ini sememangnya sangat angkuh dan kemenangannya di Merbuk pada pilihanraya hari ini akan membawa indikasi yang buruk kepada negara. Orang yang memiliki pemikiran seperti Zam ini seharusnya tidak layak untuk mewakili rakyat kerana ia hanya akan menyumbang kepada pembodohan masyarakat.

Saya amat berharap agar tiada manusia lain seperti beliau di muka bumi Malaysia ini kerana jikalau terdapat ramai manusia seperti Zam ini, Wawasan 2020 tidak akan kecapaian dan minda serta mentaliti rakyat Malaysia terutamanya yang menyokong Barisan Nasional tidak akan berkembang dan akan sentiasa dibodohi sepanjang masa.

Shame on you Zam!

No comments: