Friday, March 05, 2004
Ingati selalu jasa kerajaan - Najib
Utusan
``Saya cuma nak ingatkan, kalau dulu bila ada setinggan, cepat-cepat papan tanda UMNO naik, tapi bila dah ada flat yang cantik ni, jangan lupalah (kepada kerajaan yang menyediakan rumah itu).
``Kalau tak ada papan tanda pun, dalam hati ni ingatlah, ingatlah siapa yang telah berbudi kepada tuan-tuan dan puan-puan,'' katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Kunci Vista Puteri 2, Taman Bayu Puteri di sini, hari ini.
Hmm..apa punya politik yang Najib pakai ni, bila agaknya politik pembangunan tidak akan digunakan di negara ini. Aku rasa pembangunan adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh setiap kerajaan dan antara lain mengapa perlu ada kerajaan adalah untuk memenuhi tangungjawab tersebut.
Apa yang menjadi pertimbangan rakyat selepas itu adalah sama ada ianya dapat dipenuhi atau tidak. Jika ianya dipenuhi, mungkin sokongan akan berkekalan dan nampak gayanya itulah yang dikehendaki oleh Najib.
Isu seperti ini adalah isu tempatan yang tidak boleh dinafikan kepentingannya. Namun begitu terdapat isu lain yang tidak kurang pentingnya terutamanya kepada rakyat di negara yang 'telah membangun' iaitu isu yang bersangkutan tentang isu nasional dan isu global seperti hak asasi, demokrasi, penindasan, diskriminasi kaum dan sebagainya.
Isu ini boleh diketepikan jika kita berhasrat untuk kekal dengan taraf 'telah membangun' selama-lamanya. Aku berpendirian bahawa ketiga-tiga isu ini adalah sama penting walaupun aku sebenarnya tidak begitu memandang tentang isu-isu tempatan apatah lagi soal pembangunan.
Mengapa? Sudah tentu kerana tempat aku sudah tidak memerlukan sangat pembangunan terutamanya pembangunan fizikal yang mana kesemuanya telah disediakan. Jika tidak ada pembangunan pun, aku mungkin tetap akan begini kerana aku sangat berpegang teguh kepada konsep 'inisiatif diri sendiri' yang mana ianya tidak memerlukan individu itu terlalu bergantung harap pada kerajaan. Jangan biarkan diri kita terhutang budi kepada kerajaan sebaliknya biarlah kerajaan yang terhutang budi kepada kita.
Apa yang dikehendaki adalah politik yang membangunkan pemikiran dan politik bermaruah. Itu sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment