10 hari terakhir bersama Dr. Mahathir
Menjelang detik persaraan Perdana Menteri kita, Dr. Mahathir Mohamad pada 31 Oktober ini, aku ingin menyiarkan tulisan-tulisan dari pelbagai sumber mengenai kejayaan dan kegagalan selama 22 tahun beliau memerintah.
Pemerintahan beliau adalah sama baya dengan umur aku dan boleh dikatakan hampir kesemua dasar dan polisi yang dilaksanakan sepanjang pemerintahannya telah membentuk cara aku berfikir dan bertindak walaupun aku lahir di ketika Tun Hussein Onn menjadi PM.
Sepanjang pemerintahannya, terlalu banyak perkara yang perlu diperkatakan dan dinilai semula. Justeru, diharap kita yang peka dan sedar dapat menganalis segala fakta yang ada sejujurnya demi untuk merubah dan melihat negara tercinta ini bertambah cemerlang di dalam semua lapangan dalam erti kata yang sebenar.
Sama ada yang memerintah kita adalah BN, BA, DAP atau parti apa sekalipun, kita tetap perlu bersuara untuk menuntut hak dan memainkan peranan demi untuk kebaikan negara dan masyarakat keseluruhannya. Tidak perlu ditangisi apa yang tiada kerana pemimpin datang dan pergi, apa yang perlu ditangisi adalah kerelaan manusia untuk diperbodohkan semudahnya.
Sumbangan dan jasa bakti Dr. Mahathir terhadap kita tidak boleh dipertikaikan dan jika ada yang masih tidak mengakui kejayaan yang dicipta beliau, mereka ini seharusnya dibukakan mindanya. Namun ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak boleh dikritik dan dipersalahkan. Apapun, terima kasih Dr. Mahathir.
No comments:
Post a Comment