Thursday, October 09, 2003

Lagi berkenaan duti eksais dan Proton...

Jepun dah mula komen, apa reaksi balas kerajaan Malaysia...tunggu dan lihat, klik di sini

Jika apa yang diperkatakan oleh CEO Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff seperti mana yang dilaorkan di dalam ruangan perniagaan The Star 8 Oktober dilaksanakan. Aku cukup yakin masa depan Proton amat cerah dan dengan syarat pengurusan strategi dan pembuatan keputusan yang dilakukan untuk menghadapi persekitaran automotif di dalam AFTA dilakukan secara efisien dan efektif.

Walaupun mungkin terdapat banyak kecacatan di dalam projek kereta nasional ini, membiarkan projek ini berkubur perlahan demi perlahan tanpa ada langkah untuk memperkasakannya sama ada dari individu, kerajaan BN atau mungkin kerajaan BA adalah lebih mengecewakan.

Perlu diingat asas yang diletakkan oleh Dr. Mahathir terhadap usaha ini amat jelas iaitu antara lain untuk membina semangat bahawa kita juga mampu melakukan sesuatu dan ini seharusnya disokong. Apa yang perlu di waktu ini adalah mencari ilmu bagi yang masih muda, belajar dan belajar semula bagi mempertingkatkan ilmu yang seterusnya dapat menyumbang kepada kesejahteraan negara yang antara lainnya melalui projek kereta nasional kita.

No comments: