Ku Seman mengeluh lagi
Pengkritik filem dan penulis, saudara Ku Seman Ku Hussain di dalam dua artikel terbarunya iaitu di Siri Apresiasi Filem 32 dan Kolum Getaran Seni menampakkan kekecewaannya terhadap apa yang berlaku terhadap senario perfileman negara. Aku menyambut baik artikel beliau dan sangat bersetuju tentang apa yang diperkatakan.
Sudah penat rasanya berbicara tentang mutu filem 'sampah' Melayu Malaysia ini. Aku sangat berharap agar pembaca setia ruangan gossip-gossip di Pancaindera yang memperbodohkan itu juga turut membaca artikel Ku Seman ini walaupun aku amat skeptikal terhadap golongan ini untuk membacanya. Diharap mereka ini dapat membuktikan aku salah di dalam hal ini.
Apapun, aku sangat berharap agar golongan karyawan seni dan filem generasi baru dapat bergerak pantas ke hadapan untuk mengambil alih aliran arus perdana perfileman Malaysia. Harus diingat, industri perfileman di negara ini adalah salah satu bidang yang tidak selari dengan arus pemodenan dan kemajuan negara. Siapa yang harus dipersalahkan? penonton, pengarah, pelakon atau produser?
No comments:
Post a Comment