Wawasan 20020 Malaysia dicabar negara jiran
Straits Times melaporkan kenyataan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra tentang keazamannya untuk memacu negaranya mencapai status negara maju lebih awal daripada Malaysia.
Kenyataan ini harus disambut baik oleh Malaysia dan juga rakan ASEAN kita kerana ia pasti akan menyemarakkan persaingan yang sengit sesama kita walaupun ditakuti ia menjadi persaingan yang sebaliknya.
Jika persaingan dijalankan secara sihat dan berperanan untuk saling melengkapi seperti di negara-negara di Eropah, masa depan ASEAN terutama 'The Big Six' untuk menjadi suatu kuasa ekonomi, politik dan budaya yang unggul di dunia tidaklah sekadar angan-angan.
Tanpa kita sedari, aku pasti masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui walau sedikit pun akan sejarah, budaya, masyarakat, filem, muzik dan pelbagai lagi tentang negara jiran kita ini. Apa yang bermain di gambaran kita kebiasaannya adalah Haadyai, Phuket dan pelacur.
Amatlah malang negara yang jauh latar geografinya lebih dikenali dan diketahui lebih akan informasinya. Aku amat berharap agar akan ada pusat maklumat seperti Japan Foundation dan Goethe yang diwujudkan oleh kerajaan Thailand di masa akan datang supaya pertukaran budaya dan pemahaman yang menyeluruh dapat dibentuk.
No comments:
Post a Comment