Saturday, October 04, 2003

Penubuhan Suruhanjaya Kehakiman perlu disokong

Hari ini, Majlis Peguam akan mengadakan mesyuarat tergempar(EGM) untuk mengeluarkan satu resolusi bagi mendesak kerajaan supaya menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi melantik dan menentu kenaikan pangkat hakim

Langkah yang diambil ini amatlah dialu-alukan kerana sebarang usaha untuk membebaskan institusi-institusi penting seperti badan kehakiman, BPR, SPR, Polis dan sebagainya dari cengkaman secara langsung dan tidak langsung sang pemerintah adalah sangat perlu.

Pemisahan di antara badan kehakiman dan eksekutif perlu jelas dan sebarang rasa skeptikal dan tidak percaya rakyat terhadap kehakiman seharusnya tidak perlu ada.

Namun amatlah malang di kala satu langkah ke hadapan dan amat maju sifatnya ini tidak pula dipersetujui oleh Dr. Mahathir. Lebih mengecewakan lagi adalah reaksi balas beliau yang sangat tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai pemimpin yang dihormati kawan dan lawan.

Namun tidaklah menghairankan kerana komen yang dikeluarkan oleh Dr. Mahathir semenjak dua menjak ini terkadang sukar untuk dibezakan dengan 'komen-komen' atau 'cakap-cakap' yang keluar dari 'mat rempit' atau 'penonton fanatik filem dan telemovie Melayu'.

Tambah mengecewakan apabila Peguam Zaid Ibrahim mula bersuara, komen yang mundur nilai inteleknya itu sudah dijangka awal-awal lagi. Siapa yang berani mempertikaikan apa yang negarawan perkatakan?

Sesuatu yang menarik mengenai episod ini adalah jawapan balas yang dikemukakan oleh pengerusi Majlis Peguam, Kuthubul Zaman Bukhari terhadap logik yang diberi oleh Dr. Mahathir;

Dr. Mahathir,

``Nanti orang yang dipilih akan terhutang budi kepada Majlis Peguam dan bermakna akan selalu melayan peguam. Jadi mereka tidak akan menjadi bebas kerana mereka tahu kuasa peguam untuk menentukan siapa yang akan dilantik sebagai hakim, siapa yang akan dinaik pangkat dan sebagainya.

``Jadi peguam lebih berkuasa dalam pelantikan hakim dan kalau hakim takut kepada peguam pasal peguam boleh tentukan dia naik pangkat atau jadi hakim, penghakimannya tidak betul lagi,'' katanya.

Kuthubul Zaman Bukhari,

"Kuthubul said Mahathir’s logic that judges are indebted to those who appoint them implied that the current crop of judges would now be "afraid" of or indebted to the chief justice and prime minister, both of whom play a major role in their appointments"

Walau apapun kesudahannya, pembebasan kesemua institusi yang berperanan untuk memelihara hak rakyat, kebebasan dan demokrasi yang masih setengah masak ini perlu diperjuangkan tanpa rasa jemu kerana perjuangan ini pastinya diberi ganjaran yang setimpal oleh tuhan.

No comments: