Thursday, June 17, 2004

3rd Ibero American Film Festival 2004



Bermula hari ini sehinggalah hujung minggu hadapan, rakyat Malaysia terutama yang berada di Lembah Klang akan disajikan dengan tiga festival filem iaitu Festival Filem Jepun yang bermula hari ini, Festival Filem Ibero Amerika yang bermula esok dan Festival Filem Malaysia yang bermula pada 25 Jun nanti.

Kepada peminat dan pencinta filem di luar sana, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menonton filem-filem yang ditayangkan secara percuma sahaja serta menyertai acara-acara yang dianjurkan. Untuk Festival Filem Malaysia, tiada banyak maklumat yang diperolehi dan jadual rasmi serta jadual tayangan juga tidak diketahui. Malah tiada laman web khusus untuk festival ini yang dibuat oleh FINAS seperti tahun yang lepas. Malaysia boleh!

Oleh itu, sama ada kita berpeluang untuk menonton filem yang dipertandingkan pada festival tersebut secara percuma atau sebaliknya, sukar untuk dipastikan buat waktu ini. Mungkin juga khalayak tidak akan berpeluang langsung untuk menonton filem-filem tersebut. Saya berharap untuk menonton filem Bade yang terbaru Berlari Ke Langit yang mana ia dikatakan filem melodrama yang bukan tipikal. Saya amat berharap ianya tepat serta dapat menandingi kehebatan filem-filem melodrama dari Korea yang saya amat gemari.

Film festival to begin on Friday

AFFICIONADOS of Spanish and Portuguese language films are in for a treat when the third Ibero-American Film Festival kicks off 10 days of films that showcase the rich cultural heritage of the region.

Scheduled to start on June 18, the festival, held at Help Institute, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur, will see the rich diversity of Ibero-American cinema with films from Brazil, Chile, Colombia, Cuba, Ecuador, Mexico, Portugal, Spain and Venezuela.

Negri Sembilan Regent Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar is expected to launch the first day of the festival, which is for invited guests only.

There is no admission fee to watch the films. For more information, call 012-225 5136 (Wong Tuck Cheong) or log on to www.help.edu.my.
Source: The Star

No comments: