Friday, June 25, 2004
Buai laju-laju sampai kelangit!
Oleh Azmi Ali
Tulisan ini telah disiarkan di Laman E-Group Filemkita dan Malaysian Cinema pada 22 Jun 2004. Pandangan beliau disiarkan di sini dengan kebenarannya. Beliau boleh dihubungi di motstudio@yahoo.com
Dua hari lagi Festival Filem Malaysia ke 17 akan berlangsung membawa tema 'Filem Malaysia Era Globalisasi'.
Sungguh ironi bukan? Bukannya apa dari semua filem yang bertanding, tidak ada satupun yang diiktiraf diperingkat antarabangsa ataupun dapat bertanding ke final di mana-mana festival filem antarabangsa. Jadi di mana gobalnya festival kali ini yang nampak seperti 'terpaksa' dilakukan kerana ia adalah acara tahunan. Ini jelas kerana festival yang sepatutnya diadakan selama 3 hari dijadikan 2 hari kerana belanja telah dikurangkan dari 2juta ke 1juta? Jadi dimanakah festivalnya jika ia hanya ada malam anugerah dan sedikit bicara filem yang masyarakat malaysia tidak lansung terasa festivalnya sebagaimana rakyat malaysia tertunggu-tunggu akan Academy Awards kerana ia dijalankan secara langsung di televisyen dan promosi besar-besaran oleh media dan korporat-korporat. Mungkin festival ini hanya ditunggu-tunggu oleh kalangan orang filem sahaja. Renungkan..
Mungkin hanya rakyat Kuala Lumpur yang tahu kehadirannya kerana terdapat banyak bunting yang digantung sekitar kuala lumpur di mana langsung tidak tercatat di mana malam anugerahnya akan dibuat dan tiada website untuk dirujuk (penggunaan website adalah relevan dalam industri filem masakini jika kita ingin bercerita tentang globalisasi). Jadi apakah fungsi bunting itu jika hanya menunjukkan tarikhnya sahaja? Bincangkan...
Bila kita bercakap tentang globalisasi, sudah pasti kita mahukan filem yang bertaraf global. Walaupun usaha kearah itu sudah dapat dilihat, namun hanya segelintir yang berbuat demikian yang memandang bahawa pasaran luar amat relevan sekarang untuk kita menjengah minda dan persepsi global tentang FILEM KITA! Filem Malaysia! Dan saya rasa Datuk Yusuf Haslam pasti menentang keras pendapat saya kerana kalau saya dapat quote kata-katanya lebih kurang begini:
"kenapa kita harus memandang keluar jika pasaran tempatan masih tidak membanggakan"
Memang ada benarnya pernyataan itu, namun kalau kita asyik leka dengan pasaran tempatan dan melayan keranah dan citarasa tempatanyang kadangkala meloyakan (maaf) sampai bilapun filem kita akan berada ditakuk lama. Asyik dengan cerita yang sama, cinta, lawak bodoh yang sampai basi digunakan. Saya faham ia memang menarik minat penonton tempatan dan filem sebeginilah yang box-office di pawagam. Namun tidakkah ada inisiatif pengkarya filem (pengarah,penerbit,lakonlayar,skriwriter, dll...) untuk mendidik penonton kita? Cerita komedi boleh, tapi mesti ada pengisiannya. Seperti filem Eternal Sunshine Of The Spotless Mind yang feel good movie namun ada pengisian di dalamnya.
Namun di saat akhir dapat kita lihat filem Buai Laju-laju diterima ke dalam festival filem malaysia dimana U-Wei pasti tersenyum kerana beliau pernah berkata "saya amat berbangga jika filem saya dapat menyertai festival filem malaysia" (lain macam je). Itulah penyelamat tema festival ini kerana adanya filem malaysia yang telah menyertai festival filem luar walaupun belum ada anugerah yg diterima namun u-wei lebih terkenal di arena global dari tempatan sendiri. Filem Berlari ke Langit juga sebuah filem hebat yang mampu dipasarkan ke luar kerana tema dan jalan ceritanya yang menarik serta jarang kita lihat dalam filem malaysia era mainstream (filem pendek atau indie mungkin ada). Pontianak Shumie juga sebuah filem yg mampu dipasarkan keluar dan dengar khabar Shumie tengah berlegar di pasaran luar sekarang mencari peluang.
Jadi bagi saya, jika sudah banyak filem yang bijak dan cantik seperti ini di malaysia, barulah sesuai kita gunakan tema 'Filem Malaysia Era Globalisasi' kerana sudah nampak tema globalnya. Namun selamat berjaya untuk semua yang bertanding dan selamat berfestival untuk semua!
* filem Buli pun bagus. lain dari yang lain. betul ke masih ada tayangan umum festival filem di Gsc?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment