Sunday, June 13, 2004
Lim Kit Siang, jangan gentar dengan UMNO
Kit Siang Mahu Debat Dengan Dr M Mengenai Negara Islam
Saya amat berharap agar Lim Kit Siang dapat berpegang kepada prinsip yang dipegang selama ini. Walaupun isu negara Islam ini dikatakan sensitif, saya tidak berpandangan seperti itu.
Saya secara peribadi tidak mempunyai masalah sama ada negara ini negara Islam ataupun tidak, apa yang penting adalah keadilan dan kemakmuran itu wujud. Namun begitu, keadilan dan kemakmuran itu sentiasa ditafsirkan dengan tahap yang berbeza yang mana ia ditentukan oleh pelbagai faktor seperti persekitaran, tahap pendidikan dan sebagainya.
Pengisytiharan negara Islam oleh UMNO menimbulkan pelbagai tanda tanya dan kemunculan Islam Hadhari pula makin membuatkan kita berada di dalam ambang kemusykilan. Adakah UMNO jujur atau ia sekadar untuk mengekang kemaraan PAS?
Apa yang pasti, pemimpin-pemimpin UMNO kelihatan kecut perut dan seperti biasa tidak akan mengamalkan ketelusan dan profesionalisme di dalam mengendalikan konflik. Tipikal UMNO memang begitu, maka tidak hairanlah majoriti orang Melayu turut seperti itu.
Ajakan Lim Kit Siang untuk berdebat tentang isu negara Islam ini dengan Dr. M seharusnya disambut baik dan saya secara pribadi amat menunggu detik-detik ini. Perdebatan tentang perkara-perkara yang sensitif sepatutnya sudah dlakukan lebih awal lagi sesuai dengan arus pembangunan negara. Saya mengimpikan suatu debat atau diskusi mengenai pelbagai isu lain yang sensitif seprti hak istimewa orang Melayu dan sebagainya.
Namun saya mempunyai suatu pandangan bahawa kontrak sosial dan perlembagaan di negara ini boleh saja berubah jika rakyat mengkehendakinya. Bagaimana? Sudah tentu melalui dewan rakyat yang mana ahlinya dipilih menerusi pilihan raya atau mungkin juga pilihan jalan raya, siapa tahu?
Jadi bukanlah sesuatu yang mustahil untuk melihat negara ini berubah menjadi negara Islam atau hak istimewa orang Melayu dihapuskan. Tiada yang mustahil di dunia ini, lagi-lagi di bumi bolehland ini, kontrak sosial dan perlembagaan bukanlah sesuatu yang muktamad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment