Monday, June 21, 2004

Correcting Misleading Concepts - Islamic State & PM

Oleh Shin Shin

Suatu tulisan yang membylinekan MR / lanh disiarkan di Harakah. Ia memburuk-burukkan kecekalan rakyat Malaysia untuk mempertahankan tanahair daripada jatuh ke tangan mereka yang tidak menghormati keadilan di dalam masyarakat majmuk negara ini. Beberapa konsep tersilap harus diperbetulkan.

Menurut tulisan itu,

Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang bukan sahaja menentang perisytiharan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, malah lebih jauh lagi mempertikaikan mengapa Malaysia mesti mempunyai Perdana Menteri yang beragama Islam.

DAP tetap mahu Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan tidak semestinya ketua negara seperti Perdana Menteri beragama Islam.


Demi keadilan, sudah pastilah corak pemerintahan yang mengagung-agungkan sesuatu agama atau bangsa sahaja dan menganak tirikan yang lain mesti ditolak sama sekali.

Masyarakat madani yang tidak hanya mengagung-agungkan sebarang agama dan bangsa bukan menghina agama dan bangsa. Sebaliknya, semua agama dan bangsa dihormati setinggi-tingginya dan dilayan dengan adil dan saksama. Ia lebih sesuai dan lebih mudah diterima oleh setiap lapisan masyarakat.

Bayangkanlah kalau penganut Islam atau Hindu dikehendaki hidup di negara yang bercirikan ajaran Buddhism atau Kristian. Bukan mereka tidak mengetahui bahawa Buddhism dan Christianity murni, tetapi mereka merasai agama mereka sendiri pun setaraf dan sebaik seperti yang lain.

Artikel 5 Dasar Parti Keadilan yang mencerminkan aspirasi ini berbunyi,

Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk meperkembangkan peranan agama dan nilai-nila sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhak, kemanusiaan dan kemuliaan insan.

Islam adalah agama kebangsaan. Pada masa yang sama, nilai nilai murni agama lain harus diserap demi kesejahteraan. Samalah seperti Bunga Raya menjadi bunga kebangsaan tidak bermaksud bunga Orkid yang menjadi bunga kebangsaan Singapura atau bunga-bunga lain seperti Mawar dan Melati mesti dihina.

Jika penganut agama tertentu ingin mentadbir mengikut ajaran agama mereka sahaja, ia tidak mencerminkan keadilan yang harus dinikmati semua.

Jika penganut agama lain pula mencontohi mereka untuk mendirikan negeri mengikut citarasa sendiri tanpa mengambil kira hak orang lain, dan masing-masing mendirikan negara agama sendiri, keamanan susah dicapai. Kaedah yang terbaik adalah supaya keadilan ditegakkan dan semua dihormati.

Jawatan PM tidak diharus dimonopoli sesiapa, kerana hak setiap warga negara sama, asalkan seseorang berkelayakan dan sudi berkhidmat, sesiapa pun tidak harus dihalang menjadi PM atas sebab-sebab yang irrelevant. Rakyat membayar cukai pada kadar yang sama. Oleh itu, mustahillah ada yang masih tidak menyedari bahawa hak setiap warga haruslah samarata.

Selagi Umno yang gila Ketuanan Melayu dan perkauman bermaharajalela, hanyalah Melayu yang jadi PM. Pas yang memperjuangkan Islam menyatakan sesiapa tanpa mengira bangsa boleh menjadi PM asalkan Muslim. Bagi kita yang memperjuangkan keadilan, semua rakyat berhak sama dan berpeluang menjadi PM, kerana perkauman itu assabiyah.

Dalam realiti sekarang mungkin yang bukan Melayu susah jadi PM. Tapi ia tidak bererti bukan Melayu tidak berkelayakan. Kalau sesuatu bangsa khuatir tidak diberikan layanan baik kalau PM berbangsa lain, apakah bangsa lain juga tidak dilayan dengan adil apabila jawatan PM dimonopoli mereka, seperti sekarang.

Bukankah Pas tidak mengaggap negara Islam yang diisytiharkan Dr. Mahathir itu sah, dan tidak menyetujui bahawa Umno sudah mendirikan negara Islam ? Kenapa apabila pihak yang inginkan keadilan menentang, tiba-tiba Pas bertukar pendirian dan mengesahkan Negara Islam versi Umno ?

Jika diimbas kembali sejarah penolakan Islam, sama ada sebelum peristiwa 11 September 2001 atau selepasnya, nada yang dibawa oleh DAP, dengan tidak syak lagi merupakan suatu idea dan perjuangan yang dipersetujui oleh Amerika Syarikat (AS).

Malah lebih buruk lagi apabila dalam mencanangkan slogan 'memerangi apa yang dikatakan sebagai 'terrorist atau pengganas', agama Islam diheret dalam kancah pertuduhan orang salah secara kejam dan zalim.

Apakah Negara Islam yang diisytiharkan oleh Umno, boleh dikaitkan dengan keganasan, tidak demokratik dan tidak berperikemanusiaan? Dan apakah Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS juga mempunyai elemen sedemikian?


Sekali lagi konsep ini tersilap. Pengganasan merupakan musuh insan sejagat. Segelintir Muslim yang memperalatkan dan beralaskan Islam untuk berganas tidak bermaksud Islam ganas. Pengganas yang bukan Islam juga wujud di dunia seperti ETA Sepanyol, IRA Ireland Utara dan Maoist Nepal. Kalau dunia Barat menyamakan Islam dengan pengganasan, ia silap. Kalau kita ingat anti-pengganas ialah anti-Islam, kita pula yang silap.

Umno mengisytiharkan negara Islam. Ia memperkudakan SPR demi manfaat sendiri dalam pilihanraya sehingga ramai calon Pas gagal dan kehilangan negeri. Ia menuduh anggota Al-Maunah yang merampas senjata sebagai pengganas Pas. Sama ada ini perlu ditolak, terpulanglah...

Mengenai kenapa kita tidak inginkan pentadbiran yang berlandaskan nilai-nilai sesuatu agama sahaja, atau kenapa jawatan PM tidak harus dimonopoli oleh sesuatu bangsa, ia tiada kena-mengena dengan isu pengganasan. Ia berasaskan semangat keadilan.

Kepada Yang Berkhidmat Lim Kit Siang yang sedia berbahas dengan Dr Maha, syabas, lawan tetap lawan !

No comments: