Thursday, June 03, 2004

Emmy Rossum



Apa nak cerita pasal awek ni? Hmm, sebenarnya setelah mengenali aktres ini melalui filem The Day After Tomorrow, saya sudah terpikat dengan kecantikan dan juga kebijkan beliau (hanya persepsi).

Namun setelah membuat sedikit pembacaan menerusi internet dan yang terbaru di dalam majalah First Magazine, nyata telahan awal saya amat tepat. Emmy Rossum dikatakan bakal yang akan menyinar di persada seni Hollywood dalam masa terdekat. Hanya masa yang akan menentukan.

Saya baru sahaja mendapatkan dua buah DVD filem yang dilakonkan oleh beliau iaitu Nola dan Passionada. Sehingga ini, saya masih belum dapat untuk menyenaraikan beliau sebagai aktres pilihan saya kerana keputusan tersebut hanya akan dibuat setelah selesai menonton dua filem tersebut terutamanya Nola.

p/s: Majalah First Magazine boleh didapati di kedai-kedai buku dan majalah utama seperti di MPH dan Selvam Bukit Bintang. Majalah diterbitkan
oleh syarikat dari Singapura dan kandungannya lebih baik daripada Cinema Online magazine. Harga RM9.50.

No comments: