Wednesday, June 23, 2004



Correcting Misleading Concepts - Islamic State & BN

Oleh Shin Shin

Kita masih sedang membetulkan konsep-konsep tersilap yang tersiar dalam tulisan MR / lanh di Harakah.

Namun, apakah isu sebenar di sebalik penolakan beriya-iya oleh DAP? Apakah sikap parti-parti komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC, khususnya yang mewakili bukan Islam tentang isu yang dibangkitkan oleh Kit Siang tersebut?

Apakah mereka bersetuju dan sengaja mendiamkan isu tersebut untuk dilambung dan ditimpakan kepada rakan mereka dalam Umno melalui saluran DAP?

Semasa isu tersebut dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, tiada langsung kedengaran suara wakil-wakil parti komponen BN yang bukan Melayu/ Islam yang bangkit menolak idea Kit Siang.


Referendum tiada. Rundingan dengan parti komponen tiada. Kelulusan Parlimen tiada. Even Pas yang berpegang teguh kepada negara Islam pun tidak mengakui kesahihannya. Jelaslah kenapa BN tidak mempertahankan ia apabila disoal Yang Berkhidmat Lim Kit Siang. Mereka langsung tidak perlu menghiraukan, apatah lagi mempertahankan borak Dr. Mahathir itu.

Sebenarnya ini common sense. Cuba bayangkan, apakah Pas mempertahankan kenyataan seseorang yang mempelopori idea pentadbiran Kristian. Kalau jawapannya negatif, kenapa pula konco-konco bukan Islam BN dikutuk tidak mempertahankan suatu idea yang tidak selari dengan agama mereka ? Jelas bahawa negara Islam tidak termasuk dalam agenda MCA. Ia bukan antara tujuan BN ditubuhkan pada tahun 1972.

Sebagai konco-konco pemerintah, mereka sedar bahawa mereka tidak harus menyokong sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan, dan sebagai wakil bukan Muslim dalam kerajaan yang sudah kehilangan keyakinan umum, mereka waras dan sedar tidak harus hampakan lagi komuniti yang mereka dakwa mereka mewakili.

Para pemimpin Muslim dalam DAP tidak diminta melawan konsep negara Islam. 4 Ahli Dewan Undangan Negeri Umno di Terengganu juga cuma abstained tetapi tidak membantah dalam pengundian apabila rang undang-undang enakmen Hudud, Qisas dan Takzir dibentang di Dewan Undangan Negeri.

Apakah mereka juga bersetuju dengan idea Kit Siang bahawa PM tidak semestinya orang Islam?

Rakyat Malaysia berpendapat bahawa keadilan mesti ditegakkan untuk semua dan mana-mana cadangan yang hanya mementingkan sesuatu agama / bangsa dan menzalimi yang lain dibanteras.

Walaupun mungkin beliau tidak menyebut secara jelas sebagai anti-Islam dan anti-Melayu, namun, dari gerak geri dan tindak tanduknya yang 'arrogant' dalam menolak Islam sebagai satu lambang dan dasar negara sudah mencerminkan keadaan demikian.

Apakah bagi Pas, dalam negara Islam cuma Muslim Melayu menikmati segala-gala keistimewaan, kuota, diskaun dan hak mutlak, manakala hak warga negara yang sepatutnya samarata dirampas ? Bukankah ini yang dimaksudkan Arrogance dan Chauvinism ? Kenapa wakil rakyat yang dipilih rakyat dan mempertahankan rakyat dan negara pula dilabel sebagai arrogant ?

Tetapi amat malang bagi kita apabila, kebanyakan ahli Parlimen BN dari Umno yang beragama Islam, juga nampaknya gagal untuk berhadapan dan menangkis hujah-hujah Kit Siang.

Apakah pula yang ahli-ahli Parlimen Pas ucapkan ketika itu untuk mempertahankan Dr. Mahathir ?

* * *

Jelaslah pada kita bahawa ini soal keadilan. Dengan cuba mencampur adukkan elemen perkauman dan keagamaan, sesetengah pihak di negara ini ingin membuli golongan yang mereka anggap second class tetapi nevertheless patut dilayani secara samarata.

No comments: