Monday, June 28, 2004

Kenyataan Khalid mendapat bantahan

Telahan saya bahawa kenyataan Khalid Jaafar ketika berdialog di dialog, "Masa depan politik teologi di Malaysia" akan mendapat bantahan amatlah tepat. Daripada siapa? Sudah tentu daripada satu-satunya parti agama di negara ini, PAS.

Menurut laporan berita Harakahdaily, PAS Maran dan K Krau menyifatkan saudara Khalid Jaafar sebagai merendahkan Nabi Muhamad. Satu usul tergempar dan usul mengutuk juga telah dibuat oleh kedua-dua bahagian PAS ini di dalam mesyuarat mereka.

Adakah manusia bernama Khalid Jaafar ini akan termasuk di dalam golongan Astora, Farish Noor dan sebagainya pada kaca mata PAS? Apa yang jelas, pemikiran sempit dan tidak terbuka sebahagian orang PAS masih kuat dan sebati sekali di dalam jiwa. Tiada langsung rasa ingin menyelidiki hal yang sebenar dan cuba berdiskusi secara intelek seperti mana yang selalu diamalkan oleh Khalid Jaafar melalui IKD dan sebagainya.

Budaya intelektualisme di Malaysia nampaknya semakin menghadapi jalan sukar. Apakah jenis manusia yang bertindak hanya dengan membaca laporan di akhbar Harakah bilangan 1266 sahaja? Mungkin atau tepat sekali ianya adalah manusia gopoh! Shame on you PAS Maran dan Kuala Krau.

No comments: