Wednesday, June 23, 2004



Katakan tidak pada perkauman! Katakan ya pada keadilan sosial!



Sediakan peluang sama bagi pelbagai kaum- Malaysiakini

Melayu Baru
4:41pm Wed Jun 23rd, 2004

Saya membaca ulasan David Lim, LCH, Dr G Walterdan Dr Siti Mariah Mahmud mengenai isu meritokrasi dan isu-isu lain yang berkaitan. Saya adalah seorang bumiputera yang mendapat manfaat dari Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tanpa dasar ini, tidak mungkin saya – dari keluarga yang ramai yang hidup susah sebagai setinggan di Kuala Lumpur – dapat belajar di luar negara.

Dengan bantuan kerajaan, saya sekarang berkhidmat di peringkat tertinggi di sebuah syarikat multinasional di Malaysia. Setelah mendapat faedah dari dasar ini, saya berpendapat ia patut diteruskan, tetapi dengan perubahan pada cara ia dilaksanakan.

Klik di sini untuk artikel lanjut.

No comments: