Sunday, June 20, 2004



Mari menonton 'Berlari Ke Langit'!



Laman web rasmi

GANDINGAN MANTAP BADE HJ. AZMI DAN ROSYAM NOR SELEPAS 'KL MENJERIT' MERAIH ANUGERAH

24 Jun 2004, filem kelapan (8) terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd iaitu 'BERLARI KE LANGIT' arahan Bade Hj. Azmi akan ditayangkan serentak di 30 buah pawagam seluruh Malaysia.

Tayangan Unggul Sdn. Bhd (TUSB) sekali lagi, menggandingkan Bade Hj. Azmi dan Rosyam Nor dalam menghasilkan yang terbaik untuk memenuhi selera penonton masa kini. Filem yang mempunyai genre yang berbeza dengan filem-filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd dan filem-filem pada masa kini.

Berlari Ke Langit sebuah filem dramatik yang menggabungkan harapan, kasih sayang, kekecewaan, kebahagiaan. Ternyata terdapat kelainan pada sentuhan Bade kali ini. Berlari Ke Langit telah mengalihkan pandangan kita untuk menyelami konflik kehidupan seorang pemuda di dalam sebuah perkampungan nelayan, berbeza dengan KL menJERIT .

Rosyam Nor, pelakon lelaki terbaik FFM-16 yang telah digandingkan bersama Fasha Sandha(akan memegang watak utama dalam Teater Tun fatimah bulan depan), pelakon yang kian meningkat naik Pada kali ini Rosyam telah membawa watak sebagai seorang pemuda kampung yang bekerja sebagai seorang nelayan. Watak itu telah memberi cabaran kepadanya kerana watak ini amat berbeza dengan watak-watak yang pernah dilakonkan sebelum ini.

Berlari Ke Langit bukan sahaja menampilkan seorang pelakon ternama tetapi turut menampilkan bakat baru seperti Siti Elizad (Puteri Era Felisa) dan adik Danial bagi membintangi filem ke-duanya dan itu merupakan sebuah cabaran buat pengarah. Hasilnya Bade Hj. Azmi dapat mengesan bakat Siti Elizad dan meletakkannya sebagai pelakon utama dalam filem ketiganya iaitu Gangster.

Selain itu, 'BERLARI KE LANGIT' juga turut dibintangi oleh Hasnul Rahmat, Saiful Apek, Fauziah Nawi, Said Abdul Ghani (Prono) dan lain-lain lagi.

Tenaga produksi di sebalik tabir filem 'Berlari Ke Langit' terdiri dari Azla Kamaruddin sebagai pengarah fotografi, Nazrul Ashraff sebagai Pengarah Seni, Zailani Abd. Ghani sebagai Penerbit Penyelaras serta Gayatri Su-lin Pillai sebagai Penerbit Eksekutif yang menjayakan penerbitan filem ini

No comments: