Friday, June 25, 2004
Surat perkauman oleh Putera Hang Tuah
Di bawah adalah surat pembaca yang menamakan dirinya Putera Hang Tuah yang disiarkan di Malaysiakini 24 Jun 2004. Kandungan di dalam surat pembaca ini tidaklah memeranjatkan malah sering kali didengari daripada tulisan dan percakapan orang Melayu terutamanya mereka yang berada di sebelah parti perkauman Melayu, UMNO. Saya ingin sangat untuk duduk berjumpa dan bertukar-tukar pendapat dengan rakyat Malaysia yang berfikiran jenis ini baik orang Melayu, Cina, India dan sebagainya.
Saya harap jika Putera Hang Tuah terjumpa blog saya ini, sila e-mel kepada saya supaya kita dapat duduk melepak bersama-sama sambil menghayati kepentingan kesaksamaan dan keadilan, mungkin beliau terlalu disogok oleh sesetengah penceramah BTN yang sangat jijik pemikirannya.
Jadikan Pemuda Umno benteng Melayu
Putera Hang Tuah
4:14pm Thu Jun 24th, 2004
Terdapat beberapa akhbar berbahasa Inggeris dan Cina memanipulasi pemilihan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan landasan perkauman. Dukacita, permainan ini berjaya memerangkap pemimpin politik ke satu sudut sempit sehingga terjebak dalam membuat keputusan popular memberi tempat secara borong kepada 128 pelajar terbabit.
Adunan berita yang telah menjadikan keputusan tersohor markah CGPA 4.0 pelajar tersebut berjaya dijadikan smoke screen melatari agenda perkauman itu. Saya tidak akan memuji kejayaan mereka kerana saya kecewa dengan kegagalan pemimpin politik menghidu permainan bermuslihat ini.
Klik di sini untuk artikel penuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment