Thursday, June 24, 2004
Negara Islam cuma Pendirian Mahathir
Oleh Shin Shin
Dr. Mahathir melawan inspirasi Bapa Merdeka Tunku Abdul Rahman yang ingin mengekalkan Malaysia sebuah negara yang adil kepada semua dengan mengisytiharkan secara unilateral Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Sudahkah Dr. Mahathir berunding dengan pemimpin-peminpin dan akar umbi parti-parti komponen BN, seperti Umno, MCA, MIC dan Gerakan ? Adakah cawangan, bahagian dan negeri bermesyuarat sama ada cadangan Dr. Mahathir yang becanggah dengan Perlembagaan dan pendirian Tunku Abdul Rahman ini diterima atau ditolak ?
Warga Singapura, Sabah dan Sarawak mengundi dalam referendum yang disyorkan Suruhanjaya Cobbold sama ada bercantum dengan Malaya untuk membentuk Malaysia. Adakah mereka diberitahu dulu bahawa Malaysia akan menjadi menukar menukarkan sistem pentadbirannya kepada yang Islamik secara tiba-tiba tanpa direstui rakyat dengan kaedah demokratik pada 29 Sept 2001 ?
Warga Quebec diberi peluang setiap 10 tahun melalui referendum untuk menunjukkan hasrat sama ada ingin merdeka. Bukankah kita juga patut mengadakan referendum untuk menentukan halatuju Malaysia jika parti pemerintah yang dipilih secara tiba-tiba ingin memperkenalkan sesuatu yang tidak termasuk dalam manifesto mereka dahulu semasa pilihanraya ?
Pengisytiharaan negara Islam itu cuma pendirian individual Dr. Mahathir, samalah seperti dia merepek supaya Pulau Pinang dan Seberang Perai dikembalikan kepada Kedah jika Honorarium Payment (Sewa Negeri) RM 10,000 setahun itu tidak dinaikkan.
Sama ada corak pemerintahan akan ditukar, ia harus diputuskan oleh rakyat jelata dalam referendum atau pilihanraya. Pas pun setuju untuk mencapai kuasa pemerintah dengan kaedah demokratik. Apakah yang Dr. Mahathir telah lakukan bukan sahaja tidak mencerminkan, malah memusnahkan ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah negara demokratik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment